Tuesday, November 10, 2009

Malaysia Cup

Dear hubby really looking forward to see the game. Final wehh!!! Finallll!!! Bukan senang Kelantan nak masuki final ni!

And in news was stated that N9 was known as underdog! Giler under estimate N9 ni main. Aku tak de apa2 contribution dalam bab ni! Selain tak berapa minat bola, aku jugak limit to constraint dengan adanya budak bernama Iqmy.

2 beradik

So, Sabtu lepas, dear hubby went to Bukit Jalil to watch the game. Sungguh bersemangat, dengan pakai baju merahnya, kul 6.30 dah kuar rumah. Janji ngan kekawan dia nak jumpa kul 7. Yang lawaknya, suh student dia belikan tiket. Biasala... bila lagi nak mempergunakan student kan?

Ni apa jenis menan ni duk dalam bakul?

Si student lak, kul 4.30 dah ada kat situ! Perghhh... nak kagum ke tak? Bukan apa, konpem solat semua tuang entah kemana lah tu! Ni je la yang aku tak berkenan kaum Melayu Islam kalo gi tgk bola ke, konsert ke. Awal2 dah tercongok depan stadium, tp solat entah kemana! So awal2 lagi aku dah warning dear hubby, solat jangan luper.

Dan, malam tu, bertiga la aku ngan anak2 depan tv. Elehhh... tgk tv pun ok apa. Si Iqmy siap amik bendera Mesia lagi duk kibar2 sambil tgk bola. Org cakap "Papa!!! Papa!!!" dia pun sibuk gak "Pa...Pa". Memang konpem tak paham la kan... Hahahaha...

Aku pun tgk on off gitu, siap boleh skip gi mandi lagik, gi kuar makan lagi ngan budak2. Alih2 dah 3-0. Dan2 aku sms dear hubby 'Dah boleh balik tu. Konpem kalah dah'. He replied 'Dah on the way balik pun. Berapa?'

Aihhh... dia yang gi tgk, bleh plak dia tanya aku yang kat rumah? Hehehehe... Sib baik Indra Putra sempat rembat gol for free kick. Siyes... bola mantap dia bagi!

Suci dalam debu. Erkk.. seswai ke nak solat ni?

Aku pun tatau kul berapa dear hubby sampai rumah sebab dalam kul 12 aku dah selamat berselimut ngan Iqmy. Haiqal pun tumpang moyok sebab Kelantan kalah. Dia kata dia main bola ngan kawan dia, dia Kelantan, kawan dia T'ganu, boleh score 14 - 0. Huh... bola apa sampai score 14!

Dan esok nya, lakiku tak abih2 menyatakan ketidakpuasan ati dia. Antaranya:
- Kelantan main cam taik!
- Nyesal kerajaan Kelantan bagi cuti hari Ahad tu!
- Balik kg jaga lembu je la!
- Kesian ngan penyokong2 yang datang. Boleh dikatakan 80% dalam stadium tu warna merahhhh je
- Tanak tgk dah bola pas ni!
- Nyesal beli pengikat kepala 'GOMO KLATE GOMO"!

Hehehehe... morale of the story mory?
Erkkk...Kalo nak gi tgk bola, bawak la anak2 sekali! Boleh maknya berpoya2 kat rumah! Hahahahaha...!

2 comments:

jq.person@hotmail.com said...

jange kato dio plop hok duk kebaboommm tuh..

nik_raihan said...

tidakkkk.... dia penonton berhemah! setakat sumpah seranah jah... hehehehe