Wednesday, November 24, 2010

Aidiladha

For the first time as a perantau ni, kitorang bertolak balik kg pada pagi raya. Tak pernah2 buat lagi balik pagi raya ni. Tp tak leh nak elak, terpaksa jgk balik pagi raya since Selasa tu kerja lagi. Nak balik malam tu, dear hubby get exhausted from his working hard on the last day school. Banyak menda nak kena setel katanya. So, takpelah… Dan aku pun halfday Selasa tu, just relax at home while packing all the stuff to be bring home.

Kitorang bertolak around 3.30 pagi from Kajang. Alhamdulillah… the journey was smoothed. No jammed at all. Plus with the good weather, we have no problem along the way.

Berhenti solat subuh kat somewhere in Lipis around 6.15 am. Lepas sambung perjalanan, Mc Yah called me. Asked me about the road. Poor her, bertolak kul 10 mlm, tp dalam kul 7.30 pg tu, dia still kat Merapoh. Aikkk… depan sket je dari aku. Rupanya , jalan jammed teruk malam tu dari MRR2 lagi. I should proud with dear hubby for choosing the right time to be departed. Hehehe…

Sampai Gua Musang, berenti jap. Mandikan budak2. Siap pakaikan baju raya dan bersamping sekali. Takpe la… dah hari raya kan. Kat masjid Gua Musang, org tgh solat raya.

Sampai rumah in laws around 11 am. Adehh… letih giler. Tp sib baik lembu yang abang iparku nak korban blom sembelih lagi. So sempat lah Haiqal n Iqmy tgk upacara penyembelihan tu. Iqmy tu, org dah abih sembelih baru nak tutup mata. Sblm tu ok je tgk. Tak paham aku.

Lepas tu, aku pengsan. Bangun pun sebab Iqmy kejut suh basuh berak dia. Huhhh… hampeh sungguh! Lepas tu mandi manda, solat semua. Dekat kul 3 baru aku pakai baju raya. Org dah abih beraya. Hehehe…
Lepas Asar baru balik rumah bondaku terchenta. Bondaku demam. Sian… mmg monyok abih la. Sedih pulak tgk dia cam tu sbb dia mmg jarang sakit. Tp Alhamdulillah, the next day, she becomes ok. Kali ni just my brother Hamdi and Imah yang tak balik. Imah balik lepas raya, Jumaat lepas abih keja baru bertolak balik katanya.

Esoknya, masa tgk rancangan apa ntah, ada masak nasi carrot. Tgk cam senang bangat, bleh buat ni. My dear hubby come out with a suggestion, why not we BBQing tonite? Aku ON. Mc Na ON. Terus buat list barang. Pegi Tesco beli barang.

Balik, siapkan barang marinate and marinate ayam, daging, sotong, sosej. Kitorang buat cucuk lidi chicken ball and sausage as well. Dear hubby buat sauce and marinate tu. Aku and Mc Na buat nasi carrot. Agak lembik nasik tu sbb terlebih air. Overall... rasa ok. Sedap wooo…

Malam, lepas Isya’, kitorang start membakar. Ooo sblm tu, suruh my brother Hamdan to make a BBQ stove. Ntah dari mana dia dapat tong, then dia makeover jadi BBQ stove. Creative betul.
Mc Yah belikan kek for her kids birthday. 3-3 anak sekaligus buat b’day. Jimattt!
All my cousins pun join included my one and only uncle – We Yeh. My aunt dah masuk tido. It’s really fun hanging around and enjoy the food. Tp nasik carrot ku tak laku diover shadow by BBQ. Tp I should proud with my orange soda drink. Sedap wooo!

Well… we should do it annually I guess. Happening gilerrr!

Tuesday, November 9, 2010

Family day – the post mortem

5 Nov 2010

We decided to depart at 4 am – aku, Imah and Mc Yah. So, bangun kul 3.15 am, mandi siap semua, call Imah. Sekali dia kata nak bertolak la ni. Walopon aku tak caye, tp buat2 caye la.
4.00 am sharp, we leave home. Janji nak jumpa kat tol Nilai. Call Mc Yah… aisehh membuta lagi la minah tuh. Lantak dia la, terkeluar dari geng!

Imah called, Nilai nyer RnR tutup. So, janji nak jumpa kat RnR Seremban. Dalam 4.30 sampai situ, paw roti Imah and teguk air dia gak. Then kitorang teruskan perjalanan.
Benti solat Subuh kat RnR Pagoh. Beli pau, then sambung lagi. Masuk Simpang Renggam. Sekali tgk sign board – Desaru -109 KM. Waaa… jauh lagi rupanya. Masa tgh jalan tu, tetiba ada sekor ayam hutan terbang then langgar keto kitorang. Cinabeng nyer ayam! Abih pecah bumper depan tau! Tak sekolah betul la ayam tuh!!!

Acara keta sorong... Kunun papa nak berjuang!

We arrived Kem Desaru around 9.00 am. Mandikan Iqmy dan Haiqal, terus Haiqal lesap pas tuh bila dah jumpa sepupu sepapat dia.

Kitorang kuar bekpes yang dah cam lunch dah. Lepas tu, lepak bilik, tido seround. Tp Iqmy tak tido langsung. Jadi, aku tido pun cam tak tido la.

Lepas tu, lepak kat dapur kem. Kat sini cam2 ada. Opis pun kat sini, dapur pun kat sini. Nanti nak main games pun kat sini gak la. Lepak2 sambil diskas acara treasure hunt utk kanak2. Susah gak nak create clue utk derang ni. Finally, siap gak 5 clue utk budak2 tuh. Lepas lunch, acara bebas. Aku gi menyendeng tgk hadiah. Tolong arrange kan hadiah skali utk semua games yang ada.

Around 5, baru acara treasure hunt start. Ada 6 group, 1 gorup 2 org. Yang lawaknya, Iqmy group ngan Wani, anak abang aku yang sulung. Tp Wani sorang je terkejar2 sana sini. Iqmy relax je melepak. Hahahaha… yang best tu, dapat no 1. Tak sesia group ngan Kak Wani. Hehehehe…

Malam, x de acara. Just dinner. Balik bilik awal gak rasanya. Ntah kul berapa. Kat sini, mmg tak tgk jam. Tak tau pukul berapa satu2 masa tu. Cam terpisah dari dunia luar je rasa.

6 Nov 2010
Bangun lambat. Letih siottt…
Around 8 kut baru berkumpul kat port kitorang. Tu pun nak buat bekpes dulu la, nak set up barang2 games la. Alih2 dalam kul 10 ke baru start game.

  • Mula, acara kanak2 – sand art. Sorang kena siapkan satu sand art yang diberi. Kena ikut gambar dalam sand art tu la. – Haiqal dapat no 7 out of 8. Huhhhhh!!
  • Then, acara cari gula2 dalam tepung kategori kanak2. Tgn letak belakang, pusing dulu 5 pusingan, then lari kat pinggan tepung. Tiup tepung, amik gula ngan mulut, then lari letak kat pinggan. Kena amik 5 gula2 baru menang. Yang lawaknya, masa games ni, Afiq (anak abang aku Hamdi) 2 round amik tepung. Pok Jie yang mula2 pasan, apa yang Afiq ni amik? Sekali, dia amik tepung laaa.. gelak guling2 kitorang masa tu. Mula2 tanya, kemain cakap paham. Lawak sungguh Mat Apik nih. Siap muntah2. Ye lah, dah makan tepung je. – Haiqal dapat no 2.

  • Sambung lagi acara cari gula2 dalam tepung kategori lelaki dewasa. Masa ni pun lawak. Masing menipu. Dear hubby awal2 lagi dah niat nak amik 5 gula2 sekaligus. Tp Mc Na dah aim dia. Mmg tak leh main tipu la. – Dear hubby dapat no 3 (rasanya)

  • Acara lari dengan lutut - versi kanak2. Iqmy peserta paling bersemangat

  • Lagi, acara sambung tali. Ni pun kategori lelaki dewasa. – Dear hubby disqualified sbb tipu, sambung tali dia ngan tali laki Mc Na.

Lepas tu rehat. Masak for lunch plak. Tp aku gi tidokan Iqmy. Lepas tu layan karaoke seround. Sambung balik dalam kul 4 dah. Kali ni main kat pantai lak. Depan port kitorang ni je.

  • Mula2 acara belon kasih sayang. Ala.. belon yang diisi air, then kena baling dan sambut oleh pasangan memasing. Game ni, aku and dear hubby pasangan ke-2 reject. Chaiiittt!!!

  • Pas tu, acara pancing botol. Amik batang penyapu, pusing 10 kali. Then lari kat botol. Dalam tu ada tali dan paku. Ikat tali satu kat batang penyapu, satu lagi kat paku. Then pancing botol tuh. Bila dah dapat, bawak botol lari kat tempat start tadi. – Dear hubby takde nombor. Sampai sudah takleh pancing botol.

  • Next – tarik tali. 2 groups, 6 members each – 2 girls, 4 guys. Aku masuk geng abang2 ku. Mula2 seri. Then buat sekali lg. Abih tenaga aku tarik, tp si Imah bleh cakap cam aku tak tarik je. Dia kata ‘Tok degih punnn…’ Huhh sakit abih tgn aku tau. Tp berbaloi sebab group kitorang menang!!!

  • Acara seterusnya – lari dgn lutut. Lawak sungguh tgk derang lari. Cam org cacat lak. Muahahahaha… - Dear hubby dpt no 2.

  • Kemudian, lari dengan lulut kategori kanak2. Masa ni Iqmy pun join. Cam paham je cemana nak main. Duduk2 je terus letak tgn kat belakang. Tp sungguh bersemangat dia main. Org lain dah sampai sejam, dia masih berlari. Siap meniarap2 lagi time jatuh. Sungguh best tgk dia main. – Haiqal dapat no.1

  • Kitorang sambung lagi acara berpasangan – kereta sorong. Aku pegang kaki dear hubby, then dia guna tangan jalan ke depan. Tp blom apa2 dah jatuh. Berat weiii… dah lah tgn aku sakit lepas main tarik tali tuh. – Kitorang disqualified sbb tak abihkan game pun.

  • Lastly, utk hari ni acara for veteran – cari remis. Aku tak masuk port pun. So sapa menang, tak kesah lah.

Tarik tali - pesal nampak cam aku tak tarik pun?

Pas tu, terjun pantai!!!

Malam – acara BBQ, bagi hadiah and also lucky draw. I got a flower again this year for lucky draw. Lucky ke tuh? Lepas tu kitorang sambung games musical chair for 3 categories – kid, women and man. Lawak je masa ni, sakit perut aku gelak. Haiqal dapat no 3 whilst dear hubby and me tewas awal. Hahaha….!

Then, kitorang buat tarian poco2. Macam2 step ada ek? Aku sempat belajar sampai step 4 je. Pas tu surrender sbb Iqmy dah bangun tido. Then balik tido kat bilik.

7 Nov 2010

Lepas subuh, dah siap pack barang. Then breakfast… bertolak balik KL around 9 am. Sampai dekat kul 4. Yelah.. benti kat Pagoh pun dekat 2 jam. Ramai giler org.

Aku pun bleh jadi pemberi hadiah tu...

8 Nov 2010

Aku cuti!!! Jadi berpoya2 lah kat rumah. What a heaven!!!

Thursday, November 4, 2010

2010 – Family Day

This year, our family day will be held at Desaru. Adoiiii…. Jauh seyhhh! Tp since this time, we set the date on Deepavali leave, it should be ok la. Timing dah kira bagus sebab Deepavali on Fri. Kira dapat cuti 3 hari.

Plan nyer, we’ll depart tomorrow morning. Janji nak konvoi ngan Imah. From email, we’ve got the itinerary prepared by my brother in law. Please bear in mind…. Org tua… so ejaan pun ada yang tak update. hehehe…

5 Nov ( Jumaat)
Jam 1200-1500 : Semua ahli keluarga melapor diri/ check in.
Jam 1600 : Sukan pantai atau Treasure Hunt.
Jam 2200 : Doa Selamat.

6 Nov ( Sabtu )
Jam 0700 : Senamrobik pantai.
Jam 0800: Sarapan pagi.
Jam 0900: Sukanika.( buatlah apa yg patut).
Jam 1230: Makan Tengahari/Rihat.
Jam 1600: Orienteering/Baca peta antara family atau Tim 3 orang satu Tim) /Flying Fox,Boating.
Jam 1730-2030: Rihat.
Jam 2030: BBQ & Hiburan/Sukan
Indoor.

7 Nov ( Ahad)
Jam 0730: Sarapan Pagi/Bergerak Pulang/Check out.

Sila jemput semua warga Kem Desaru ( anggota pekerja) kita sekali bermula 6 Nov pagi.En Hanafiah, Sadiah, Zana dan Mike Mokhtar diminta/dijemput hadir bermula 5 Nov.

Ahli komitee dilantik khas ialah spti brikut:

a. Penasihat: En Hanafiah.
b. Ketua Penganjur: Buji.
c. Pen Ketua Penganjur & Hadiah: Ahmad Mubarak & Sofia.
d. AJK Sukanika: Mcna dan Pian dan kawan McNa.
e. AJK Muzik,Elektrik & Pyroteknik: Khalid.
f. AJK Hiburan Karaoke,Poco-Poco & MC : Mike Mokhtar.
g. AJK Sajian: Sadiah,Zana.
h. Ahli-Ahli Sajian: CikMa,Nik Aishah.
i. AJK Sukan Treasure Hunt/ Orienteering/Fly Fox: : Zaki & Ahmad Mubarak.
j: AJK Penginapan & Penyambut Tetamu: Hamdi & Zaki.
k. AJK Hadiah: Juliza Azura & Sofia.
l. Chief Secretary & Coordinator: Sofia.

( NB: Semua AJK yg dipilih khas di atas itu tidak boleh menolak ).Buji diminta memaklumkan kpd mereka untuk membuat persiapan sewajarnya.
Semua yg terima msg ini dijemput hadir.Sila RSVP kpd Buji sebelum 5 Nov.
Sekian.Terima kasih jua.Wsalam.

Perghhh… giler packed jadual. Sampai kul 12 malam tu. Yang lawak tak hengat tu, semua AJK tidak boleh menolak. Wakakaka.... sib baik nama aku takde.

And to be frank, I’ve been waiting for this event whole year, after we had it last year. I really enjoy it. Sapa tak suker kalo hang around with our family members kan.

Since we’ll back on Sun, as a backup plan, aku dah apply cuti hari Isnin. Hahaha… baekk punyer plan.
Okeh… will update later once we’ve come back from this happening event!

Monday, November 1, 2010

Gomo Klate Gomo!!!

Umum mengetahui… (perghhh… ayat!!! Ala2 peksa SPM ko!) Kelantan Juara Piala Malaysia 2010! Akhirmya, setelah 40 tahun Berjaya gak Kelantan rasa! Muahahahaha… aku bangga jadi rakyatnya yang penuh kontroversi itteww… hahahaha!!!

Okeh… aku nak citer sket. Hari Jumaat tu, sempat dengar dalam Hot FM, derang nyer topic hari tu adalah Final Piala Mesia ni. Hari tu gak derang pasang lagu Hobin Jang Hobin (ye ke?) dan lagu Kelantan (taktau tajuk). Siyes tak besh lagu2 itu. Hehehe… Interesting part is, they interviewed Menteri Besar for both of finale. Aku sempat dgr yang N.9 nyer je. Kelantan tak sempat sebab dah sampai opis. Aishhh… tak sempat nak dgr Nik Aziz cerita pasal dia main bola dolu2.

Balik keja lak, DJ lain lak but still topic sama. Kali ni dia pasang lagu N.9 – Apo kono eh jang - lawan ngan lagu Kelantan – Wau Bulan. Tp atas dasar bodek, dia kata seri. Hehehe.. ala… tak heran pun. Nama pun pertandingan, kalo 2-2 menang, tu bukan bertanding namanya.

Sabtu – dari pagi sampai petang kitorang kuar. Lepas breakfast McD, gi MAEPS jumpa bos aku jap. Motip aku rajin jumpa bos hari cuti??? Sebenarnya, Jumaat tu aku tertinggal hp aku. Dear hubby call, and he asked to take the phone with her. Lagipun Sabtu tu derang ada mtg kat MAEPS, so bleh aku amik je kat situ.

Lepas tu, gi Maxis Centre nak terminatekan broadband. Package yang aku amik dulu mahal, so terminate yang tu, subscribe yang lain. Maxis gak. Aku kan loyal customer gitu!

Then, gi JJ – lunch, tgk wayang seround – cerita Life.. as we know it. Best gak. Tp Iqmy menyepoilkan mood aku nak tgk wayang. Tensen gua ngan budak kecik tu! We arrived home dah dekat kul 7.

Send this pic to my siblings. Mc Na replied "Nur Iqma?". Hahahaha...

Malam, semangatku berkobar2 nak tgk final Piala Mesia ni. Tp, awal2 N.9 dah sumbat sebijik. Terus aku frust. Masuk bilik, guling2 sambil baca novel. Agak lama lepas tu, dear hubby menjerit… “GOALLLLLLL!!!!!” dengan happy sekali. Waa… Kelantan dah score le. Aku pun menyelit semula nak tgk. Tp kejap je sebab si Iqmy ajak masuk bilik. Ntah apa yang dia nak buat!

Tak lama lepas tu dear hubby jerit lagi “GOALLLLLL!!!”. Haaa…. Dah leading la! Semangat ku kembali. Aku jenguk tv jap. La… baru 60++ minit. Lama lagi. Aku jadi takut nak tgk. Tak leh tgk ni, nanti perasss. So, aku masuk bilik semula. Sampailah dear hubby jerit “Yeaaa…. Kelantan juara!”

Barulah aku kuar tgk. Giler arrr… happening abih! Tp yang buat aku kesal, botol air mineral bersepah atas padang. Konpem peminat Kelantan yang balik sebab nampak merahhhhhh je semua kat tempat duduk penonton. Hmmm… tak berubah2 jgk mentality derang. Tp, aku gegeh menganga tengok penyampaian pingat pada semua. Laki aku konpem nyesal tak gi tgk kat stadium tu. Sebab last year dia gi tgk tp balik dgn frust!

Aku rasa sebab dia tak gi tgk kut Kelantan menang. Hehehe… bleh buat speku gitu?