Sunday, March 17, 2013

Welcoming a new NIK

Alhamdulillah… a new member of our family safely arrive on 13 Mar 2013 (13.3.13) the date as I wanted it to be. Syukur sangat2. Okeh… haruslah cerita sejarah kelahiran ni kan…

Dari 11.03.13 iaitu hari Isnin lagi aku dah start cuti… MC la. Isnin ada checkup kat Serdang. So mintak MC. Selasa… ponteng dengan sukati. Rabu, checkup kat Az Zahrah. Mintak MC sampai Jumaat terus. Tak larat dah aku nak drive gi keja wehh… Doktor lak tak banyak songeh, siap tanya nak berapa hari MC. Pagi kul 10.30 checkup tu.. dr dah check…. Bukak 3 cm. Tp dia rileks je suh aku balik. Kalo ada contraction baru dtg spital. Aku lak… cam blur2 ayam gitu.. balik je. Sebab nya aku mmg tak penah rasa cemana contraction sblm ni. Pregnancy sblm2 ni… semua kena tahan masa checkup. Tak sempat contraction pun.

Sampai rumah, dear hubby call cemana, aku cakap la dr ckp dah bukak 3. Dia lak yang gelabah, suh gi spital. Lepas zuhur, kitorang gi Serdang. Gamble je… kalo kena tolak Kajang, baru nak gi Az Zahrah. Sampai Serdang… mmg ramai la yg tgh tunggu. Ada gak yang tgh queue utk dibawa ke Hospital Kajang sebab penuh. Aku tawakal je. Menyerah diri utk di check.

Mmg lama la menunggu. Ye lah.. dah spital gomen kan… what do you expect? Kalo swasta lain la… tp adik aku kata dia gi check Az Zahrah pun mau 2, 3 jam gak menunggu. So… kira sama je la. Baik gi yang free dah gomen provide ni kan.
1st check… dah bukak 4. Suh tunggu lagi. Sempat aku solat Asar dulu. Laki aku dah penat menunggu. Standard la tu kan… yang aku bersyukur sangat sbb tak dtg spital time tgh malam2. Sebab masa tu nak campak mana anak2 aku? Bukan ada bibik boleh tinggal cam tu je. Yang lawak, dear hubby dah pesan kat budak2 tu… ‘kalau mama sakit nanti, along jaga adik ekk. Papa dah tak bleh jaga sebab kena tgk mama. Nanti kita wat latihan gi spital!’. Amik ko… siap nak wat rehearsal tuh.

Okeh.. sambung cerita. Around 7.30… check lagi. Dr kata dah bukak 5. Terus dia nak pecahkan air ketuban. Aku? Harus la gabra tahap gaban! Takot woiii… Pulak tu… rasanya 3 org duk kerjakan aku nak pecahkan air ketuban. Walopon tak sakit sangat… tp ngeri gak la weh. Lepas tu, nak cucuk utk drip plak. Walawehhh… 3 kali cucuk kat 3 tempat wokeh! Semua tak sakses. Last sekali derang cucuk kat atas pergelangan tangan, dah situ je yang ok. Orait gak ahh… tak la sakit sangat time bergerak2 nanti.
Kul 8.30… aku dah ditolak ke labour room. Bilik no 10. Tak lama lepas tu, dear hubby masuk. Borak2 sambil tunggu contraction. Masa ni la semua terasa.. nak berak la.. nak kencing la.. adoiyaaa… nak gi toilet dah tak boleh. Sib baik misi semua baik2. Semua org nak beranak cam tu kut. Aku sblm2 ni dr bagi ubat utk buang segala benda dulu masuk labour room. Ni tak sempat masuk ward, terus tolak ke labour room. Tu yang tak best sket.

Around 10.30 pm baru terasa bebetul contraction yang sakit giler nak mampos… boleh pulak aku lupa cemana nak meneran time ni. Aku igt time rasa nak meneran tu teran la. Pas tu rileks. Sekali kena teran sampai baby kuar daa… adehhh…. Tapi seyes, ni la 1st time aku deliver yang betul2 normal. Selalu kena induce and tak rasa sakit sangat2. Ke dah lupa sakit? Ntah ler… hahahahaa!!!
Lepas teran rasanya beratus2 kali.. (ye… agak over sampai beratus. Gimik je.. hehehe) aku dah abih tenaga. Ye la… imagine.. last meal aku adalah kul 12 tgh. Lepas t uterus tak makan sampai malam. Harus la letih nyahhh! Sampai bidan dah suh laki aku amik air sapu2 kat muka sebab aku dah nak pitam. Bidan tu siap cakap… nak tarikh cantik tak… cepat teran!!!
At last… kul 11.37 pm… keluarla another hero. Alhamdulillah sesangat. Takde perkataan yang mampu aku katakan selain bersyukur yang teramat sangat. Bila dah azan dan iqamat, nurse bwk kuar utk dibersihkan. Nurse tya, sblm2 ni baby berat brp? Aku cakap paling besar 3.0 kg. dgn konfiden dia kata, yang ni around tu jugak la ni. Bila nurse hantar baby balik, dia cakap.. ‘baby puan berat 3.5kg!’ Haaa!!! Hambek kooo… patut la rasa cam putus nafas nak beranakkan dia. No wonder aku rasa susah nak kuar. Kalo time Iqmy dulu, bila kuar kepala, senang je kuar badan. Yang ni… adoiii makkk seksa!!!
Tapi yang tak best Serdang ni, dia tak letak dlm ward. Just letak kat Transit room which is dlm ni ada la dlm 10 katil without any borders for each bed. Terbukak ala2 dorm gitu. Imagine la kita nak nyusukan baby… mmg tak selesa la sebab laki masing2 ada temankan wife memasing. Sungguh tak menepati citarasa. Tapi kira darurat kut sbb ward penuh.
Pulak tu baby ku tak berak for 1 whole day for the 1st day. Jadi tak leh balik lg. nak dekat 24 hours lepas deliver, baru dia berak. Tp aku lak problem sbb katanya agent pembeku darah kurang. Kalo normal reading 150, tp aku nyer 130 jer. So kena amik darah buat test lagi. Lepas tub bp over low pulak. Siap berbunyi2 mesin tu time nurse amik reading. Aku dah cuak. Apa lagi ni???

Dlm tghari cam tu, doctor kata reading dah normal. Boleh balik. Yahoo… terus aku tak tya dah pasal bp tu. Kira ok la. Cuma pening2 sket. Biasalah… aku mmg darah rendah.
Well... dengan itu bertambah lah koleksi hero ku. Apa pun mama loves all my heroes very much! You are such a wonderful gift to me...
Welcome to the world my evedearest NIK IQRAM HADIF