Thursday, March 13, 2014

Hadif is 1!!!

Today is 13 Mar 2014. A year after 13 Mar 13... the date that I save to give birth to my youngest baby (for the time being la...) And now... a year has passed. Waaa... time did fly fast kan! Seriously... terasa cam baruuuu sangat timang Hadif. And today.. he is 1!

Alhamdulillah for the great health that Allah gave on him. A cheeky baby as usual. Not much problem I faced to take care of him. Syukur sebab semua anak2 ku mmg takde masalah masa kecik ni. Tido on time... mandi ok... kesihatan ok... makan ikut suap... susu mmg aku breastfeed till 2 years old. Rezeki yang Allah kurniakan lebih nikmat dari rezeki2 lain. Alhamdulillah sekali lagi.

His 1st birthday, papa dia yang over mengorder kek bagai which is never happen before. Kalo birthday or anny sblm ni, jangan harap papa dia nak sebok2 order kek. Buat tak tau lagi ada. So.. agak mengherankan jgk la. Tapi.. biorkan je... dah anak papa ni kannnn...

The wonderful of 1st year Hadif
He ordered Carrot Cheese Cake from his collegue. Sedap gak la. Cuma family aku ni bukan jenis menketedarah kek. So.. sorang satu slice... lebihnya aku bwk opis. Jamu kekawan plak. Hehehe...

No special occasion for his 1st bday since it's weekday. We're bz with our current chores plus plak ada catuan air which give me headache. Adoiyyaaa.. nak cuci kain pun kena buat jadual. Stress mak!

So it's only cake cutting with the siblings. Pas tu makan kek. Dah! Huhuhuhu... ok la kan...tak payah nak over2. Baru setahun je kutttt... Hehehee....

Let's eat the cake. Yummehhh!!!
Untuk NIK IQRAM HADIF, mama dan papa selalu doakan kejayaan, kebahagiaan, kesihatan, keharmonian, keimanan, kehenseman dan semua yang baik2 untuk Hadif. Juga untuk anak2 mama dan papa yang lain... NIK MUHAMMAD HAIQAL @ ALONG dan NIK IQMAL HAQIMI @ ANGAH. Semoga menjadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. We love u all equally!

Monday, January 13, 2014

Dear Hadif

Well, agak lama aku tak berkecimpung dalam arena blogging ni. Kekangan masa okeh! Fuuhh... terasa hebat plak guna ayat tu. Cam high classss je. Muahahaha...!

Okeh... Today as of 13 Jan 2014... Hadif dah genap 10 bulan. Time did flies fast kan. Rasa cam baruuuu je dia kuar. Baruuuu je dia mengenal dunia. Skang ni... dah makin bulat. Baju2 pun mmg banyak yang dah tak muat. Aku plak malas betul nak selongkar kotak baju2 Iqmy yang lama. Mmg takde masa dan tak sempat buat keje lain kalo dah berkepit ngan Hadif.

His journey - seems like dah start nak berdiri sket2 walopon anak kawan aku dah berjalan berlari semua. Tak kisah la, sbb anak2 aku semua jenis lambat berjalan. Haiqal n Iqmy dua2 umo setahun lebih baru bleh start jalan.

During his 1st month
Tapi Hadif ni, umo 6 bulan dah tumbuh gigi dua batang kat bawah. Uwaaa... seriau mak nyahhhh!!! Mmg selalu dia gigit pun. Normal la bagi breastfeeding mom kalo kena gigit2 tu. 3-3 anak pun aku dah kena. Perit mmg perit. Tp dah baby... apa yang dia tau? Org kata, masa dia gigit, tutup hidung. Nanti dia akan lepas. Tp masa kena tu, siyes aku tak igt nak buat. Tindakan refleks... mmg cubit la! Dah sakit kan. Huhuhu...

Hello Hadif!
Oh ya... masa deliver Hadif ni la 1st time aku dapat tgk uri. Sib baik nurse tu tanya, "nak tgk uri tak". Terus aku cakap nak. Bila dia tunjuk... OOOOoo cam tu rupanya. Agak besar la rasanya. Kut2 nak sama besar ngan baby. Lagipun aku bagi permission untuk amik darah kat uri tu for medical purpose. Cam derma darah kut. Lupa lak. Tapi siap dapat cert la.

Yang lawaknya, dear hubby jeles anak2 sblm ni cam anak mama sket. So masa nak tanam uri Hadif ni, dia balut ngan kain pelikat dia. Dengan harapan... yang ni akan jadi anak papa. Huhuhuhu... cam hampehhhh! Kadang aku akan bahasakan "Tgk anak papa ni...". Hari tu Si Iqmy boleh balas balik "Bukan anak papa... anak mama. Ebi anak mama, along anak mama. Hadif pun anak mama. Papa takde anak". Miahahahahaha... Hampeh sungguh okeh!


At Gold Coast Sepang


Rasanya Hadif yang paling kurus compared to his brothers which semua debab2 masa kecik ni. Tapi still budak2 kat taska dia panggil "Bulat". And one more thing... paling tanned. Huhuhuh... adakah sebab aku suke minum neslo ais masa peknen? Terus kulit Hadif pun ala2 neslo jugak? Sadisss...

Menurut kata MIL aku, kalo dah mak bapak dia putih... putih la dia. Apa nak kalut? Kannn??? Satu lagi sebab angah dia over putih. So.. org tgk dia gelap la. Padahal kengkawan aku kata Hadif tak gelap pun. Takpe la... Mana2 pun... Hadif mmg cute! Harusla mak dia overrr. Hahahaha!!!

Tido menonggeng... cam best je

Blom CNY maaa....
On his 10th month... berat dalam 8++kg. Blom sampai 10 kg. Tp kalo dukung... adoiyaaa... berat gak weh. Letih la jgk kalo jalan2 sambil dukung budak ni. Tapi maknya tak makin kurus pun... huhuhuhu...

Jatuh katil... penah sekali. Time tido tgh2 malam which aku pun tak sedar cemana boleh jatuh. Tau2 dah terlentang melalak kat lantai. Terus papa dia ubah kedudukan katil rapat ke dinding. Papa dia mmg obses ngan Hadif. Tak boleh dengar budak ni bunyi sket. Mesti kalut nak tengok. Memang manja lebih la. Cam sian plak kat Angah... kekurangan kasih sayang...

Jatuh yang lain.. banyak kali la. Dah buas. Tak leh duk diam, dia lak, nak berdiri pun tak de lesen. Harus la jatuh kan... mmg selalu kena tengok la. Panjat tangga lak.. sampai separuh dah slow. Sbb penat. Takleh naik sampai atas. Hahahaah... lawak lak!
Seksi tak???

Angah ajar naik beskal. Ekk.. ke keta?

Next March, he'll become 1. Lagilah terasa sungguh cepat berlalu. One thing for sure, my life more colourful by his existence. Of course my other sons too.

Being a mom is such wonderful feeling... Thank Allah give me that opportunity to experience it.

Tuesday, October 8, 2013

Cerita di tempat parking

Pagi tadi, topik kat Hot FM adalah cerita di tempat parking. Suddenly aku teringat kisah yang aku alami long ago. Tp nak tepon Hot? Mmg tak koser la kan. So I preferred to jot down here for my reading pleasure sek sok.

Ok... Masa tu malam. Kitorang tgk mid night. Kitorang tu referred to aku, dear hubby and Haiqal. Masa tu baru ada Haiqal. Dia pun dalam 5, 6 tahun cam tu. So, mmg selalu gak kitorang kuar tgk mid night together gether. Rasanya kali ni citer Transformer ke? Sbb dear hubby mmg duk tunggu2 citer ni.

Movie abih kul 1 lebih kut. Kitorang pun kuar la ke keta nak balik. Haiqal pun dah tangkap lentok. Sampai kat parking, sekali tgk tayar pancit daaa... Maka berkerja keras la laki aku nak tukar tayar. Nak bukak skru tu pun punya seksa. Sbb derang ketatkan skru tu guna machine angin tu kan... harus la tak leh guna kederat laki aku yang slim ittew.

Dear hubby guna besi panjang, dan pijak besi tu untuk longgarkan skru. Tp tak bergerak pun kooo... Lepas 2, 3 kali cuba, dia suh aku naik n pijak besi tu secara berjemaah ngan dia plak. Aku pun tolong la. Tak bergerak jugak wehhh!!!

Masa ni... ramai je org yang lalu lalang, tp semua main tengok je. Takde rasa nak tolong kitorang langsung. Melayu ke China ke... semua sama. Kitorang still gegeh duk panjat batang besi tu. Adeh la... punya ka ketat skru tayar tu, sampai letih gak la kitorang. Tp hampeh tak bergerak. Prihatin sungguh rakyat Mesia ni.

Sekali... ada la sorang pompuan. Agak boyish dengan style tomboy dtg tolong. Sebab dah tgk kitorang cam helpless je nak tukar tayar ni. Dia try panjat besi tu, then... tadaaaa... sekali tendang, skru dah longgar. Walawehhh....hebat tu.

Maka, dengan pertolongan dia... berjaya la dear hubby tukar tayar. A zillion thanks to her. Aku pun lupa nak berkenalan. Setakat cakap cam tu ye. Yang lawaknya... dia sempat bagitau..."korang tak cukup berat tu..." Miahahahaha.... hampeh!

Wednesday, May 15, 2013

Accident

Truthfully, I've never experience an accident. I mean the one yang cedera2 la. Kalo setakat calar2, kemek2 keta tu.. ada la 2, 3 kali.

Tapi kali ni, it's happen to my boy. The eldest one Haiqal. Masa tu, aku still dlm pantang. Dah sebulan kut baby Hadif masa tu. Mak aku still ada rumah aku, tolong jaga kitorang. Sebulan jugak la bondaku tersayam duk rumah.

Actually, since blm bersalin lagi si Iqmy duk mintak nak beskal. So hari tu, weekend, dear hubby kuar ngan anak2 gi beli beskal. Kunun masa tu nak repair beskal Haiqal je. Sekali balik, 3 beskal sekali ada dlm bonet keta. Katanya, satu untuk Iqmy, 1 untuk dia and beskal lama Haiqal dia bwk repair. Tp pas2 ni beskal baru tu akan bagi kat Haiqal jugak katanya.

So, every evening, lepas balik sekolah, derang akan round taman perumahan ngan beskal. Sebab nyer nak train Haiqal naik beskal gi skolah. Sekolah dekat je... tp fee utk transport beratus. Mmg tak berbaloi la. Tp nak lepas dia naik beskal g skolah cam tu je.. mmg tak berapa nak harap la kan. Harus la train dulu. So.. derang akan naik beskal la petang2 lepas balik skolah dgn dimonitor oleh papa derang.

Hari tu, baru hari ke2 derang round pun. And hari ke 3 lepas beli beskal. Aku duduk kat rumah je la sementara tunggu derang balik. Around 7 mlm, tetiba mak aku cakap.."Eh.. naper Haiqal balik jalan kaki? Sapa yang hantar? Naik keta tu". Aku pun bangun nak tengok. Lepas tu, mak aku cakap lagi.. "Eh... naper muka Haiqal berdarah2 tu?" Haaa.... Apa????

Dengan pantas aku terpa ke pintu. Sekali tengok muka anakanda beta... uwwaaaaa... kenapa??? kenapa????

Serious... masa ni hati aku dah takde rentak dah. Berdebar2 cam apa ntah. Siap nak nangis lagi. Terus aku tanya "Kenapa ni Along?". Dia jawap accident je. Huhuhuhu... aci kerat jari... mmg aku nak pengsan!

Muka berdarah abih, mulut bengkak. Katanya dah pegi klinik. Tak lama kemudian, dear hubby sampai. Baru lah tau cerita sebenar. Mula2 dia ke taska derang nak amik benda tertinggal. Laki aku ngan Iqmy tak ikut. Tp duk main2 area2 situ je. Taska derang pun takde la jauh sangat. Masa tu... laki aku ngan Iqmy duk main beskal... 2 row je belakang rumah aku. Haiqal lak kat simpang nak masuk row rumah situ, lepas dah balik dari taska dia. Sekali bunyi dentuman kuat. Instict laki aku cakap.. accident ni. Pas tu dia nampak beskal biru kat tepi keta tu. Alamak... anak aku! Terus dia jerit nama Haiqal. Sib baik Haiqal masa tu boleh bangun. Kalo terbaring... ntah la.. tak tau la cemana.

Masa tu la pulak duk sibuk ngan Iqmy. Nak lari ke tempat Haiqal pun tak boleh nak tinggal Iqmy sorang2 kat jalan tu. Tp dia jerit kat driver keta tu... Jangan lari! Ada orang kat situ tolong angkat beskal and check keadaan Haiqal. Laki aku pulak, sibuk nak marah driver keta which is apek tua instead of tgk keadaan anak. Duk cakap jangan lari... jangan lari...

Bila dah tgk semua, dia tanya cemana kena? Apek tu kata Haiqal salah sebab tak tgk kiri kanan, main masuk je simpang. Haiqal lak kata dia tak nampak keta sebab tepi jalan tu ada keta lain park. Terlindung. Tapi laki aku nyer conclusion... apa2 hal apek tu salah sebab Haiqal budak. Kalo kita yang langgar budak... otomatik org tua yang salah. Budak tau apa?

Terus derang bawak Haiqal gi klinik. Parking kt klinik tu penuh lak. Laki aku n Haiqal n Iqmy masuk klinik dulu. Apek tu gi park keta dia. Sempat laki aku pesan kat budak2 muda yg tgh minum kt restoran sblh klinik tu... tgk keta apek tu, hafal plet no. Takut apek tu lari. Apek tu cakap "Saya tak kan lari maaa... saya pun takut ni" Sian pulak dengar dia cakap camtu.

Doktor basuh luka, check semua ada patah ke apa. Alhamdulillah.. luka kat muka je. Tangan sket. Patah riuk mmg takde. Tapi tang muka pun... ngeri la wehh... Aku mmg takleh letak ubat kat luka dia. Seriau. Mak aku la yang tolong letak.

Yang sadisnya, the next week tu dia peksa. Nak MC pun tak leh. Sian... kang miss lak peksa dia. Dah la nak UPSR tahun ni. Tp alhamdulillah... weekend tu luka dia baik ngan cepat. Aku pun paksa dia minum pati ikan haruan yang sepatutnya aku minum. Hehehe... teknik ngelat.

Yang pasti... walopon luka yang sedikit tu pun dah buat aku kelam kabut nak pengsan. I can't imagine how to face a worst one. Sungguh aku tak sanggup. Mintak dijauhkan... dan semoga keluargaku dilindungNya dari segala penyakit, kecelakaan dan apa jua bencana. Insya Allah. Amin...

Sunday, March 17, 2013

Welcoming a new NIK

Alhamdulillah… a new member of our family safely arrive on 13 Mar 2013 (13.3.13) the date as I wanted it to be. Syukur sangat2. Okeh… haruslah cerita sejarah kelahiran ni kan…

Dari 11.03.13 iaitu hari Isnin lagi aku dah start cuti… MC la. Isnin ada checkup kat Serdang. So mintak MC. Selasa… ponteng dengan sukati. Rabu, checkup kat Az Zahrah. Mintak MC sampai Jumaat terus. Tak larat dah aku nak drive gi keja wehh… Doktor lak tak banyak songeh, siap tanya nak berapa hari MC. Pagi kul 10.30 checkup tu.. dr dah check…. Bukak 3 cm. Tp dia rileks je suh aku balik. Kalo ada contraction baru dtg spital. Aku lak… cam blur2 ayam gitu.. balik je. Sebab nya aku mmg tak penah rasa cemana contraction sblm ni. Pregnancy sblm2 ni… semua kena tahan masa checkup. Tak sempat contraction pun.

Sampai rumah, dear hubby call cemana, aku cakap la dr ckp dah bukak 3. Dia lak yang gelabah, suh gi spital. Lepas zuhur, kitorang gi Serdang. Gamble je… kalo kena tolak Kajang, baru nak gi Az Zahrah. Sampai Serdang… mmg ramai la yg tgh tunggu. Ada gak yang tgh queue utk dibawa ke Hospital Kajang sebab penuh. Aku tawakal je. Menyerah diri utk di check.

Mmg lama la menunggu. Ye lah.. dah spital gomen kan… what do you expect? Kalo swasta lain la… tp adik aku kata dia gi check Az Zahrah pun mau 2, 3 jam gak menunggu. So… kira sama je la. Baik gi yang free dah gomen provide ni kan.
1st check… dah bukak 4. Suh tunggu lagi. Sempat aku solat Asar dulu. Laki aku dah penat menunggu. Standard la tu kan… yang aku bersyukur sangat sbb tak dtg spital time tgh malam2. Sebab masa tu nak campak mana anak2 aku? Bukan ada bibik boleh tinggal cam tu je. Yang lawak, dear hubby dah pesan kat budak2 tu… ‘kalau mama sakit nanti, along jaga adik ekk. Papa dah tak bleh jaga sebab kena tgk mama. Nanti kita wat latihan gi spital!’. Amik ko… siap nak wat rehearsal tuh.

Okeh.. sambung cerita. Around 7.30… check lagi. Dr kata dah bukak 5. Terus dia nak pecahkan air ketuban. Aku? Harus la gabra tahap gaban! Takot woiii… Pulak tu… rasanya 3 org duk kerjakan aku nak pecahkan air ketuban. Walopon tak sakit sangat… tp ngeri gak la weh. Lepas tu, nak cucuk utk drip plak. Walawehhh… 3 kali cucuk kat 3 tempat wokeh! Semua tak sakses. Last sekali derang cucuk kat atas pergelangan tangan, dah situ je yang ok. Orait gak ahh… tak la sakit sangat time bergerak2 nanti.
Kul 8.30… aku dah ditolak ke labour room. Bilik no 10. Tak lama lepas tu, dear hubby masuk. Borak2 sambil tunggu contraction. Masa ni la semua terasa.. nak berak la.. nak kencing la.. adoiyaaa… nak gi toilet dah tak boleh. Sib baik misi semua baik2. Semua org nak beranak cam tu kut. Aku sblm2 ni dr bagi ubat utk buang segala benda dulu masuk labour room. Ni tak sempat masuk ward, terus tolak ke labour room. Tu yang tak best sket.

Around 10.30 pm baru terasa bebetul contraction yang sakit giler nak mampos… boleh pulak aku lupa cemana nak meneran time ni. Aku igt time rasa nak meneran tu teran la. Pas tu rileks. Sekali kena teran sampai baby kuar daa… adehhh…. Tapi seyes, ni la 1st time aku deliver yang betul2 normal. Selalu kena induce and tak rasa sakit sangat2. Ke dah lupa sakit? Ntah ler… hahahahaa!!!
Lepas teran rasanya beratus2 kali.. (ye… agak over sampai beratus. Gimik je.. hehehe) aku dah abih tenaga. Ye la… imagine.. last meal aku adalah kul 12 tgh. Lepas t uterus tak makan sampai malam. Harus la letih nyahhh! Sampai bidan dah suh laki aku amik air sapu2 kat muka sebab aku dah nak pitam. Bidan tu siap cakap… nak tarikh cantik tak… cepat teran!!!
At last… kul 11.37 pm… keluarla another hero. Alhamdulillah sesangat. Takde perkataan yang mampu aku katakan selain bersyukur yang teramat sangat. Bila dah azan dan iqamat, nurse bwk kuar utk dibersihkan. Nurse tya, sblm2 ni baby berat brp? Aku cakap paling besar 3.0 kg. dgn konfiden dia kata, yang ni around tu jugak la ni. Bila nurse hantar baby balik, dia cakap.. ‘baby puan berat 3.5kg!’ Haaa!!! Hambek kooo… patut la rasa cam putus nafas nak beranakkan dia. No wonder aku rasa susah nak kuar. Kalo time Iqmy dulu, bila kuar kepala, senang je kuar badan. Yang ni… adoiii makkk seksa!!!
Tapi yang tak best Serdang ni, dia tak letak dlm ward. Just letak kat Transit room which is dlm ni ada la dlm 10 katil without any borders for each bed. Terbukak ala2 dorm gitu. Imagine la kita nak nyusukan baby… mmg tak selesa la sebab laki masing2 ada temankan wife memasing. Sungguh tak menepati citarasa. Tapi kira darurat kut sbb ward penuh.
Pulak tu baby ku tak berak for 1 whole day for the 1st day. Jadi tak leh balik lg. nak dekat 24 hours lepas deliver, baru dia berak. Tp aku lak problem sbb katanya agent pembeku darah kurang. Kalo normal reading 150, tp aku nyer 130 jer. So kena amik darah buat test lagi. Lepas tub bp over low pulak. Siap berbunyi2 mesin tu time nurse amik reading. Aku dah cuak. Apa lagi ni???

Dlm tghari cam tu, doctor kata reading dah normal. Boleh balik. Yahoo… terus aku tak tya dah pasal bp tu. Kira ok la. Cuma pening2 sket. Biasalah… aku mmg darah rendah.
Well... dengan itu bertambah lah koleksi hero ku. Apa pun mama loves all my heroes very much! You are such a wonderful gift to me...
Welcome to the world my evedearest NIK IQRAM HADIF

Thursday, February 14, 2013

What have been prepared?

Currently, my pregnancy has reached 34 weeks. Gender.... dah tau. Tp still I want to keep it as secret (walopon aku dah canang abih kt org. Hehehe. .)

Nak jalan pun siyes rasa berat cam gajah. Huhuhu.... yang aku heran ada jgk yg tak tau aku peknen.  Ada gak yang baru notice. Apakah????? Tak cukup besar kah diriku ini? Letih weii peknen org baru notice masa dah lebih 8 bulan. Citttt....

Well... this time pregancy, nak kata aku excited. .. yes I am. Si Iqmy pun dah masuk 5 tahun. Harus lah terasa nak ada baby. Tp kali ni... byk preparation aku buat awal. Salah satunya sbb online shopping which I addicted these day. Gilerr ko.... tetiap hari gegeh browse shopping web. Agak parah la.... sampai akak admin tu boleh cakap.. hari ni takde sampai brg. Hehehe....

Apa yang aku dah shopping? Here's the pics....

Avent Breast Pump
 
Here's the product

Food Storage - utk BM Container pun bleh. Memang itu pun tujuan aku...
 
Bouncer... I got really a good bargain for this item

Ni dah pakai pun... sebab Iqmy pun still minum susu ngan botol


Nursing Pillow... I love this one!!!
 
Well, it's only some of it. Not to mention all other thing such as blanket, mitten, booties, cap and so on yang aku beli. Baju baby lagi... kesian la kalo tak beli sepasang dua as welcoming him in the family. Tapi bila dah beli... beli lagi... dan lagi... dan lagi.... sampai dear hubby dah sound brp byk welcoming ni? Hehehehe...

Seawal peknen 6 bulan aku dah beli diapers. Hahahaha... cam besttt je beli diapers ni. Lama dah pencen.

Ok... tu utk baby. Utk aku??? Aku dah start beli set bersalin Nona Roguy. Online too... lagi murah maa... kalo tak dalam RM300++, ni aku dapat dalam RM280. Lagi... aku beli bengkung. Blom sampai. Maybe next week kut.

Skang ni, cam dah complete je semua. Kira boleh beranak dgn aman la... Miahahaha....
Opsss... doakan yang terbaik utk aku. Semoga selamat, mudah dan sihat semuanya. Aminnnn

Thursday, December 20, 2012

Syndicate???

Selalu jugak dengar atau baca pasal sindiket2 yang tipu orang ramai ni. Tp it’s just that, selebihnya amik iktibar la dari pengalaman org lain ni. Macam2 jenis cerita yang aku dengar or baca pasal ni. Ada yang langgar belakang dulu, ada yang guna budak2 kecik and so on. Memang la kita just baca sekali lalu. Sebabnya, tak jadi kat kita.

Kali ni, it’s happen to us. Luckily, masa tu I was with dear hubby. Ceritanya, pada hari kejadian, aku kena stayback due tu ada bid tender yang kena prepare. Kebetulan, dear hubby cuti. So, malam tu dia hantar aku gi opis. Balik esoknya, aku called and he came to fetch me up.

It’s around 12.30 pm when dear hubby arrived my office premise. Lepas tu kitorang terus balik. Mmg takde menyinggah mana2 sebab aku pun letih n ngantuk giler lepas semalaman berjaga. Kitorang lalu kat MRR2 kat Keramat/ Ampang ni. Sampai dekat Tesco Ampang, tetiba ada sebuah VIVA putih with Indian man masuk rapat ngan keta aku. Mmg rapat giler sampai aku takut tergesel je nanti.

Dear hubby bukak tingkap, then dengar mamat india tu cakap “RHB! RHB!”. Laki aku terus bagi signal nak benti tepi jalan. Tgh2 highway okeh… tengahari buta plak tu. Lepas benti, dear hubby kuar and asked me to lock the door. Aku dah cuak, suh abaikan je. Tapi dear hubby kata dia nak tau pasal apa.

Terus dia gi kat keta VIVA putih tu yang benti kat belakang keta kitorang. Driver and co pilot dia kuar. Both of them Indian with gangster look la aku bleh cakap. Aku tgk laki aku duk bercakap2 dengan sorang lagi matnusia yang duduk seat belakang. Sambil tunjuk2 apa ntah. Dear hubby boleh senyum2 sengih2 je time ni. Makes me wonder… apa masalah ni???

Around 10 mins cam tu, dear hubby masuk balik keta. Aku tya kenapa? Dear hubby kata, bank upah derang nak tarik keta sbb kata dah lebih 3 bulan tak bayar. Siap tunjuk record, last payment was on August. So dear hubby suh tanya bank balik, ni record ni updated ke tak? Dia takde sangkut payment pun. Lagipun bank supposed call him at first place to inform kan? Bukan main tarik keta tgh2 highway cam ni. Sib baik aku ngan dia. And keta tu pulak mmg aku yang bwk nak pegi keja. Laki aku naik motor.

Masa ni, dear hubby mmg baran je ngan bank. Siap maki hamun kata cemana procedure bank ni? Takkan takleh call kat owner dulu. Lgpun, bukan terus tarik. Suppose bg warning dulu. Ni tetiba je upah samseng mana tarik keta. Dia kata, kalo aku yang tgh bawak keta tu cemana? Mau gabra aku time2 tu!

Balik rumah, terus dear hubby call bank. Marah2 kenapa suh org tarik keta sedangkan payment takde sangkut pun. Sekali bank kata, derang takde upah mana2 agent pun tarik keta. Dan katanya lagi, mmg sepatutnya bank call owner dulu. Inform yang payment sangkut. Siap bleh consider kalo owner boleh bayar at least sket dulu. Bukan main tarik cam ni, tgh2 highway. Mmg tu takde dalam procedure derang. “Ni sindiket ni encik!” org bank tu cakap.

Lepas tu, barulah kitorang cam tersedar. Kitorang nyaris nak kena tipu rupanya tadi. Astaghfirullah Al-Azim!!! Seram nyer aku….!!! Dan… Alhamdulillah, kitorang terselamat dari tipu helah derang. Syukur ya Allah! Kalo tengok badan mamat2 india tu, mmg tak terlawan. Yang pompuan duk kat seat belakang pun muka gangster abih!

Ramai yang suh report. Tp masalahnya, no plate tak igt. Siyes aku tak terpikir nak kena tipu. Masa tu aku duk menyumpah seranah pihak bank sebab wat kitorang cam ni.

Moral of the story, kalo korang kena cam ni, even betul ada sangkut payment, cakap ngan mamat yang nak tarik tu, gi balai polis berhampiran. Nak tarik pun biar polis jadi saksi sebab mmg derang takleh main tarik cam tuh je. Lagi bagus kalo bleh contact pihak bank direct for confirmation.

Apa2 pun aku bersyukur yang teramat sebab masa tu kebetulan aku ngan dear hubby. Kalo ikutkan, selalunya mmg aku drive sendiri pegi keja balik keja. Ye… perancangan Allah adalah yang paling sempurna pastinya. AMIN…