Sunday, March 17, 2013

Welcoming a new NIK

Alhamdulillah… a new member of our family safely arrive on 13 Mar 2013 (13.3.13) the date as I wanted it to be. Syukur sangat2. Okeh… haruslah cerita sejarah kelahiran ni kan…

Dari 11.03.13 iaitu hari Isnin lagi aku dah start cuti… MC la. Isnin ada checkup kat Serdang. So mintak MC. Selasa… ponteng dengan sukati. Rabu, checkup kat Az Zahrah. Mintak MC sampai Jumaat terus. Tak larat dah aku nak drive gi keja wehh… Doktor lak tak banyak songeh, siap tanya nak berapa hari MC. Pagi kul 10.30 checkup tu.. dr dah check…. Bukak 3 cm. Tp dia rileks je suh aku balik. Kalo ada contraction baru dtg spital. Aku lak… cam blur2 ayam gitu.. balik je. Sebab nya aku mmg tak penah rasa cemana contraction sblm ni. Pregnancy sblm2 ni… semua kena tahan masa checkup. Tak sempat contraction pun.

Sampai rumah, dear hubby call cemana, aku cakap la dr ckp dah bukak 3. Dia lak yang gelabah, suh gi spital. Lepas zuhur, kitorang gi Serdang. Gamble je… kalo kena tolak Kajang, baru nak gi Az Zahrah. Sampai Serdang… mmg ramai la yg tgh tunggu. Ada gak yang tgh queue utk dibawa ke Hospital Kajang sebab penuh. Aku tawakal je. Menyerah diri utk di check.

Mmg lama la menunggu. Ye lah.. dah spital gomen kan… what do you expect? Kalo swasta lain la… tp adik aku kata dia gi check Az Zahrah pun mau 2, 3 jam gak menunggu. So… kira sama je la. Baik gi yang free dah gomen provide ni kan.
1st check… dah bukak 4. Suh tunggu lagi. Sempat aku solat Asar dulu. Laki aku dah penat menunggu. Standard la tu kan… yang aku bersyukur sangat sbb tak dtg spital time tgh malam2. Sebab masa tu nak campak mana anak2 aku? Bukan ada bibik boleh tinggal cam tu je. Yang lawak, dear hubby dah pesan kat budak2 tu… ‘kalau mama sakit nanti, along jaga adik ekk. Papa dah tak bleh jaga sebab kena tgk mama. Nanti kita wat latihan gi spital!’. Amik ko… siap nak wat rehearsal tuh.

Okeh.. sambung cerita. Around 7.30… check lagi. Dr kata dah bukak 5. Terus dia nak pecahkan air ketuban. Aku? Harus la gabra tahap gaban! Takot woiii… Pulak tu… rasanya 3 org duk kerjakan aku nak pecahkan air ketuban. Walopon tak sakit sangat… tp ngeri gak la weh. Lepas tu, nak cucuk utk drip plak. Walawehhh… 3 kali cucuk kat 3 tempat wokeh! Semua tak sakses. Last sekali derang cucuk kat atas pergelangan tangan, dah situ je yang ok. Orait gak ahh… tak la sakit sangat time bergerak2 nanti.
Kul 8.30… aku dah ditolak ke labour room. Bilik no 10. Tak lama lepas tu, dear hubby masuk. Borak2 sambil tunggu contraction. Masa ni la semua terasa.. nak berak la.. nak kencing la.. adoiyaaa… nak gi toilet dah tak boleh. Sib baik misi semua baik2. Semua org nak beranak cam tu kut. Aku sblm2 ni dr bagi ubat utk buang segala benda dulu masuk labour room. Ni tak sempat masuk ward, terus tolak ke labour room. Tu yang tak best sket.

Around 10.30 pm baru terasa bebetul contraction yang sakit giler nak mampos… boleh pulak aku lupa cemana nak meneran time ni. Aku igt time rasa nak meneran tu teran la. Pas tu rileks. Sekali kena teran sampai baby kuar daa… adehhh…. Tapi seyes, ni la 1st time aku deliver yang betul2 normal. Selalu kena induce and tak rasa sakit sangat2. Ke dah lupa sakit? Ntah ler… hahahahaa!!!
Lepas teran rasanya beratus2 kali.. (ye… agak over sampai beratus. Gimik je.. hehehe) aku dah abih tenaga. Ye la… imagine.. last meal aku adalah kul 12 tgh. Lepas t uterus tak makan sampai malam. Harus la letih nyahhh! Sampai bidan dah suh laki aku amik air sapu2 kat muka sebab aku dah nak pitam. Bidan tu siap cakap… nak tarikh cantik tak… cepat teran!!!
At last… kul 11.37 pm… keluarla another hero. Alhamdulillah sesangat. Takde perkataan yang mampu aku katakan selain bersyukur yang teramat sangat. Bila dah azan dan iqamat, nurse bwk kuar utk dibersihkan. Nurse tya, sblm2 ni baby berat brp? Aku cakap paling besar 3.0 kg. dgn konfiden dia kata, yang ni around tu jugak la ni. Bila nurse hantar baby balik, dia cakap.. ‘baby puan berat 3.5kg!’ Haaa!!! Hambek kooo… patut la rasa cam putus nafas nak beranakkan dia. No wonder aku rasa susah nak kuar. Kalo time Iqmy dulu, bila kuar kepala, senang je kuar badan. Yang ni… adoiii makkk seksa!!!
Tapi yang tak best Serdang ni, dia tak letak dlm ward. Just letak kat Transit room which is dlm ni ada la dlm 10 katil without any borders for each bed. Terbukak ala2 dorm gitu. Imagine la kita nak nyusukan baby… mmg tak selesa la sebab laki masing2 ada temankan wife memasing. Sungguh tak menepati citarasa. Tapi kira darurat kut sbb ward penuh.
Pulak tu baby ku tak berak for 1 whole day for the 1st day. Jadi tak leh balik lg. nak dekat 24 hours lepas deliver, baru dia berak. Tp aku lak problem sbb katanya agent pembeku darah kurang. Kalo normal reading 150, tp aku nyer 130 jer. So kena amik darah buat test lagi. Lepas tub bp over low pulak. Siap berbunyi2 mesin tu time nurse amik reading. Aku dah cuak. Apa lagi ni???

Dlm tghari cam tu, doctor kata reading dah normal. Boleh balik. Yahoo… terus aku tak tya dah pasal bp tu. Kira ok la. Cuma pening2 sket. Biasalah… aku mmg darah rendah.
Well... dengan itu bertambah lah koleksi hero ku. Apa pun mama loves all my heroes very much! You are such a wonderful gift to me...
Welcome to the world my evedearest NIK IQRAM HADIF

Thursday, February 14, 2013

What have been prepared?

Currently, my pregnancy has reached 34 weeks. Gender.... dah tau. Tp still I want to keep it as secret (walopon aku dah canang abih kt org. Hehehe. .)

Nak jalan pun siyes rasa berat cam gajah. Huhuhu.... yang aku heran ada jgk yg tak tau aku peknen.  Ada gak yang baru notice. Apakah????? Tak cukup besar kah diriku ini? Letih weii peknen org baru notice masa dah lebih 8 bulan. Citttt....

Well... this time pregancy, nak kata aku excited. .. yes I am. Si Iqmy pun dah masuk 5 tahun. Harus lah terasa nak ada baby. Tp kali ni... byk preparation aku buat awal. Salah satunya sbb online shopping which I addicted these day. Gilerr ko.... tetiap hari gegeh browse shopping web. Agak parah la.... sampai akak admin tu boleh cakap.. hari ni takde sampai brg. Hehehe....

Apa yang aku dah shopping? Here's the pics....

Avent Breast Pump
 
Here's the product

Food Storage - utk BM Container pun bleh. Memang itu pun tujuan aku...
 
Bouncer... I got really a good bargain for this item

Ni dah pakai pun... sebab Iqmy pun still minum susu ngan botol


Nursing Pillow... I love this one!!!
 
Well, it's only some of it. Not to mention all other thing such as blanket, mitten, booties, cap and so on yang aku beli. Baju baby lagi... kesian la kalo tak beli sepasang dua as welcoming him in the family. Tapi bila dah beli... beli lagi... dan lagi... dan lagi.... sampai dear hubby dah sound brp byk welcoming ni? Hehehehe...

Seawal peknen 6 bulan aku dah beli diapers. Hahahaha... cam besttt je beli diapers ni. Lama dah pencen.

Ok... tu utk baby. Utk aku??? Aku dah start beli set bersalin Nona Roguy. Online too... lagi murah maa... kalo tak dalam RM300++, ni aku dapat dalam RM280. Lagi... aku beli bengkung. Blom sampai. Maybe next week kut.

Skang ni, cam dah complete je semua. Kira boleh beranak dgn aman la... Miahahaha....
Opsss... doakan yang terbaik utk aku. Semoga selamat, mudah dan sihat semuanya. Aminnnn

Thursday, December 20, 2012

Syndicate???

Selalu jugak dengar atau baca pasal sindiket2 yang tipu orang ramai ni. Tp it’s just that, selebihnya amik iktibar la dari pengalaman org lain ni. Macam2 jenis cerita yang aku dengar or baca pasal ni. Ada yang langgar belakang dulu, ada yang guna budak2 kecik and so on. Memang la kita just baca sekali lalu. Sebabnya, tak jadi kat kita.

Kali ni, it’s happen to us. Luckily, masa tu I was with dear hubby. Ceritanya, pada hari kejadian, aku kena stayback due tu ada bid tender yang kena prepare. Kebetulan, dear hubby cuti. So, malam tu dia hantar aku gi opis. Balik esoknya, aku called and he came to fetch me up.

It’s around 12.30 pm when dear hubby arrived my office premise. Lepas tu kitorang terus balik. Mmg takde menyinggah mana2 sebab aku pun letih n ngantuk giler lepas semalaman berjaga. Kitorang lalu kat MRR2 kat Keramat/ Ampang ni. Sampai dekat Tesco Ampang, tetiba ada sebuah VIVA putih with Indian man masuk rapat ngan keta aku. Mmg rapat giler sampai aku takut tergesel je nanti.

Dear hubby bukak tingkap, then dengar mamat india tu cakap “RHB! RHB!”. Laki aku terus bagi signal nak benti tepi jalan. Tgh2 highway okeh… tengahari buta plak tu. Lepas benti, dear hubby kuar and asked me to lock the door. Aku dah cuak, suh abaikan je. Tapi dear hubby kata dia nak tau pasal apa.

Terus dia gi kat keta VIVA putih tu yang benti kat belakang keta kitorang. Driver and co pilot dia kuar. Both of them Indian with gangster look la aku bleh cakap. Aku tgk laki aku duk bercakap2 dengan sorang lagi matnusia yang duduk seat belakang. Sambil tunjuk2 apa ntah. Dear hubby boleh senyum2 sengih2 je time ni. Makes me wonder… apa masalah ni???

Around 10 mins cam tu, dear hubby masuk balik keta. Aku tya kenapa? Dear hubby kata, bank upah derang nak tarik keta sbb kata dah lebih 3 bulan tak bayar. Siap tunjuk record, last payment was on August. So dear hubby suh tanya bank balik, ni record ni updated ke tak? Dia takde sangkut payment pun. Lagipun bank supposed call him at first place to inform kan? Bukan main tarik keta tgh2 highway cam ni. Sib baik aku ngan dia. And keta tu pulak mmg aku yang bwk nak pegi keja. Laki aku naik motor.

Masa ni, dear hubby mmg baran je ngan bank. Siap maki hamun kata cemana procedure bank ni? Takkan takleh call kat owner dulu. Lgpun, bukan terus tarik. Suppose bg warning dulu. Ni tetiba je upah samseng mana tarik keta. Dia kata, kalo aku yang tgh bawak keta tu cemana? Mau gabra aku time2 tu!

Balik rumah, terus dear hubby call bank. Marah2 kenapa suh org tarik keta sedangkan payment takde sangkut pun. Sekali bank kata, derang takde upah mana2 agent pun tarik keta. Dan katanya lagi, mmg sepatutnya bank call owner dulu. Inform yang payment sangkut. Siap bleh consider kalo owner boleh bayar at least sket dulu. Bukan main tarik cam ni, tgh2 highway. Mmg tu takde dalam procedure derang. “Ni sindiket ni encik!” org bank tu cakap.

Lepas tu, barulah kitorang cam tersedar. Kitorang nyaris nak kena tipu rupanya tadi. Astaghfirullah Al-Azim!!! Seram nyer aku….!!! Dan… Alhamdulillah, kitorang terselamat dari tipu helah derang. Syukur ya Allah! Kalo tengok badan mamat2 india tu, mmg tak terlawan. Yang pompuan duk kat seat belakang pun muka gangster abih!

Ramai yang suh report. Tp masalahnya, no plate tak igt. Siyes aku tak terpikir nak kena tipu. Masa tu aku duk menyumpah seranah pihak bank sebab wat kitorang cam ni.

Moral of the story, kalo korang kena cam ni, even betul ada sangkut payment, cakap ngan mamat yang nak tarik tu, gi balai polis berhampiran. Nak tarik pun biar polis jadi saksi sebab mmg derang takleh main tarik cam tuh je. Lagi bagus kalo bleh contact pihak bank direct for confirmation.

Apa2 pun aku bersyukur yang teramat sebab masa tu kebetulan aku ngan dear hubby. Kalo ikutkan, selalunya mmg aku drive sendiri pegi keja balik keja. Ye… perancangan Allah adalah yang paling sempurna pastinya. AMIN…

Wednesday, October 31, 2012

Backdated B'day Present

Lama gila nak dapat hadiah kan? B'day bulan 5, nak masuk bulan 11 baru dapat. Isk...Isk...Isk... But, the truth is, I dun really mind about this so-called-b'day-present since I've got nothing to ask for. For me, everything is just fine to demand something that I dun need to.

Actually, back then, dear hubby already told me to wait for SAMSUNG GALAXY NOTE II to be out somewhere in this year. Aku just ok je la memandangkan takde kepentingan pun nak tukar hp baru ni. BB aku still in good condition and works well. Bleh je nak pakai BB tu sampai tahun depan walopon dah kureng sket sejak2 aku try dear hubby nyer NOTE.

When, NOTE II out.. baru je..dalam sari dua ni, terus laki aku suh tanya rega. Riki2... boleh la dalam standard price. Ok... terus dia suh order. Aku cuma menurut perintah. Kunun. Hihihihih....

Maka, skang ni, aku dgn riak nya memperagakan NOTE II ku ini pada semua kengkawan kat opis, adik badik, rakan taulan... semua lah! Miahahaha... riak takbur seyhhhh...

Yang lawak tu, ada sorang akak kat opis ni tanya, cemana nak guna pen dia tuh? Dalam iklan tunjuk boleh crop, copy, paste semua. Dengan malu2 aku jawab "saya tak reti lagi pakai pen dia". Hehehehe... abih kredibiliti aku sebagai pengguna NOTE II.

Pulak tu, baru dalam seminggu 2 cam tu aku pakai, si Iqmy main2 ngan phone aku ni then dia salah masukkan S Pen tu. Terbalik. Tp dia cucuk jugak sampai tak leh bukak. Uwaaaa!!! Jahanam!!! Yang lagik sadis, bila aku ngan papa dia marah kat dia, maybe sebab rasa bersalah, dia geget plak S Pen tu. Abih terkopak cat dia. Huhuhuhu.... giler tension. Lastly, dear hubby bukak guna skru and sib baik boleh betulkan.

Dengan muka selamba, Iqmy mintak balik phone tu sbb nak main game. Sabar je la aku! Skang ni, kalo kat rumah, mmg utk budak2 tu main game la phone aku ngan laki aku. Kalo ada apa2 notification ke... konpem tak sedar, atau tak tau langsung. Cisss sungguh!!!

Well... I'm waiting for another b'day gift which already promised by dear hubby. Guess what? Surpriseeee....

Thursday, September 13, 2012

My 1st experience.... EVER!

Everybody did experience something for the first time kan? Regardless whatever it is, pregnant ke, working ke, driving a car ke... What I want to share here is, my 1st experience being mad by my COO.

Okeh... kita dah besar. Kalo masa kecik... it's not a big deal pun sbb mmg perangai budak2 yang tak matang dan selalu nak suh kena marah. What I mean... we're adult .. with a career... matured one... and does not deserve such a curse.

Citer dia cam ni. 1 fine day, I just got back to work after a day leave. My boss plak expect aku still cuti (nyesal lak dtg keja!) so, he assigned another collegue to consolidate a clarification for a tender, which masa tu aku yang handle.

Lepas lunch, baru derang notice, aku ada kat opis (masa ni aku duk tmpt lain.. jauh la dari geng2 dpmt aku). And org yang di assign tu (aku panggil Kak Mas) terus suh aku tolong. With regard, my responsibility, sbb sepatutnya aku yang buat, and Kak Mas tu pun tak sempat lunch nak siapkan ni, aku pun tolong la. Siapkan cover letter for this clarification and have a check on document being prepared.

Normally, my clerk will go and see the COO to have a sign in cover letter. But this time, everybody was occupied with own task. So, I took the cover letter and see the COO. He was at his room, and I entered. Pass him the cover letter. My bad luck that day, he got plenty of time to check on the cover letter. He complained on my grammar, which not a big mistakes pun. Aku letak 'abovesaid' as one word instead of 'above said'.

OK la... aku tukar. 2nd time, dia komplen menda lain plak... yang mmg tak bersangkut paut langsung dgn apa yang aku nak sampaikan dalam surat tu utk customer. Tau menda apa? Menda spacing... font kecik besar... line space... Adehhh.... sebagai kuli, aku ok je lagi. Siap aku tanya... "anything else?"

Sekali dia mengamok cakap "What do you expect? A COO to check this bloody letter? Who's you superior?". Aku pun cakap la nama bos aku. Dia kata, suh bos aku ajar cemana nak buat surat. Ek elehhh.... cam la ni 1st time aku buat surat. Dah berlambak aku handle tender, RFQ semua. Takde pun nak komplen. Dia main tenyehhhh je. Lagipun, takde menda penting pun dlm surat tu aku nak bgtau customer. Just nak submit all the technical clarification they requested us to. Yang penting document2 lain dlm folder submission tuh, Surat ni just formality je.

Masa aku nak kuar bilik dia, dia bleh lagi warning "Please be serious about your job!". Dan aku plak masa ni dah baran... terus aku jawab "I AM!". Sekali dia melenting lagi ckp, dgn surat cam ni kata aku serius? Adehhh laaa.... Naaaakkk je aku jwb balik... dgn surat bodoh ni dia nak judge keja aku? Tp memandangkan mmg dia takkan mengalah, dan aku pun byk keja lain, aku diam je... dan kuar dari bilik dia.

Aku suh clerk aku betulkan segala kosmetik surat tu, dgn line spacing, font semua. Kali ke3 baru dia sign. Lantak ko la... Semua kawan2 aku cakap... dia takde keja masa ni. Tu yang beriya mengecheck surat tu sampai teliti sekali. Kalo tak... haram tak baca pun.

But then, apa best sgt jadi COO sampai aku suh check surat sekali lagi tu pun nak hangen? Siyes masa tu aku nak cakap pangkat COO takleh bwk masuk kubur pun. Konpem aku kena blacklist masa tu!

Lepas tu... aku jadi anti ngan dia. Sblm ni mmg ada org ckp2 dia cam tu cam ni. Tp aku tak amik port pun. Lepas kena ni... ilang terus respect aku kat dia. His behaviour doesn't suit the title.... AT ALLL!!! Bwk mati la pangkat COO ko tu! Baru COO tuuu....

Monday, September 3, 2012

SALAM....

Salam all,
I know, recently I’ve been too lazy to update this blog. Cerita banyak… kekadang sblm tido tu duk piker cerita apa aku nak post. Sampai tak leh nak tido pun ada sbb mengarang  nyer pasal taw… Gegeh tak? Miaahahaha!

Okeh… since we’re still in raya mood, raya month… I would like to dedicate Selamat Hari Raya to all muslims out there. Raya tahun ni, tak sempat nak berposing sbb charger bateri camera aku hilang tanpa dapat dikesan. Natijahnya… ( pergh.. bangga aku buleh guna perkataan ni!) masa raya amik gambar guna Note dear hubby je. Tu pun dia bukan rajin mengambik walopon aku mmg konpem rajin memosing. Tumpang2 la mana2 kamera. Huhuhu…
Tahun ni jgk aku insap. Percaya tak, baju raya aku buat 2 pasang je. Siyes weh….  Sib baik 2 pasang je buat. Sbb regular tailor aku kawen… Dan2 tu tak menjahit la plak. Baju raya thn ni pun tak comfortable sangat sbb tailor lain. Aku rasa cam besar gedabak. Kain pun kemain lebor. Tp, wat2 tak paham je la.

Posa thn ni, missed 2 days even aku aim nak posa penuh. Sebabnya, terpaksa bukak utk IV drip. Huhuhu… tp aku lari… aku cakap ngan dr, aku rela bukak posa dari kena drip. Doctor pun cakap ok… tp kena minum air byk2. Maka punahlah harapanku nak posa penuh. Preggy kali ni pun aku kena alahan yang agak teruk, which never happen to me for all my previous pregnancy. Maybe sebab mula2 peknen tu bulan posa kut. Ntah lah… apa pun aku ok. Itu normal for preggy moms… kan?
Guess… I have to stop now. There’s a lot of assignment need my attention. Lagipun, selaku kuli, kena la buat apa yang diarahkan. Ntah bila aku nak jadi tokey besar ni. Letih la keja cam ni….

Wednesday, August 1, 2012

Expecting....

Alhamdulillah... It's positive (walopon self check). Maka, aku akan berpuasa penuh pada tahun ni. Insya allah....

Kalo seblom ni aku selalu nak kan baby girl, but seriously, after confirmed ni I don't really care about the gender.

As long as normal, healthy and safe... I'll be utmost thankful.

Alhamdulillah again....