Adik aku Mc Na balik Kelantan last Thurs. And she just come back to KL last Mon. Mengangkut sekali bondaku nan terchenta. Biasak la.. kalo ada bondaku, maka banyak barang2 hasil dari pesanan penaja. Mc Yah pesan nak beras la.. kopok la.. aku pesan nak serunding ikan. Hari Isnin tuh, aku dilanda Monday Blues.. hahaha.. ntah bile terjebak ni ekk???
Sedang aku berMonday Blues, org gomen call kata doc yang scanned, tak clear biler print. Kelam kabut aku gi cari Ori copy. Tp mmg takde sebab ori nyer HQ simpan. Lepas cakap2, org gomen tu suh aku gi hantar by hand. Ok la. So aku pun gi la Putrajaya nu menjadi despatch semata2. Chistttt!!
On the way back, bondaku tepon, dia baru je sampai dari kampung. Suh aku amik segala barang pesanan ni. Aku lak dah kat Putrajaya. Jadi aku cakap esok je lah aku gi amik.
Esoknya, aku menyekip kan diri sejam, kuar gi umah kakak aku kat Wangsa Maju. Jumpa dear bonda. Banyak lah yang bondaku tunjuk. Skirt la.. tudung pesen baru la (ada kristal).. suar la..
Last2 dia bagi baju rayaku yang dah siap dijahit manik. Ohhh... sungguh santek sekali!!! Aku suker!!! Suker gilarkkk! Hahahaha... konpem. Raya nanti, aku lah yang paling ayu mayu sekali. Hahahaha!!!
Ni part tangan je tawww... ni pun dah santek giler kan?? hahahaha
Tapi kan, sebenarnya aku tak bayar lagi jahit manik tu. Hehehehe. Kalo bebuat lupa aci tak? Hahahaha
Jadi, baju raya pertama dah setel, raya ke2... setel. Raya ke 3... ala... kire setel la semua sampai abis cuti. Senang! Cuma nak kena cari baju utk hero2ku ber3 tuh. Warna tema, selalunya aku yang over memilih. Hero2 ku pakai jer.
Okeh.. citer lain. Dekat umah aku ni kan, ada fun-fair tau. Baru start last week. Haiqal sibok duk ajak gi fun-fair, walopon tetiap tahun tak penah miss pegi. Buhsan sungguh aku. Mahal lak tuh. Satu game dalam 4 hengget. So, aku pesan kat Haiqal, kalo nak gi, balik sekolah kena simpan duit singgit sari. Okeh? Dia ok je. Bersemangat tuh..
Semalam, balik sekolah, dia terus cakap kat aku "Ala Mama... terlebih la..". Aku tanya "Apa yang terlebih? Terlebih guna duit? Tak cukup singgit la simpan ni?"
Sekali dia cakap "Bukan... terlebih simpan. Singgit seposen ni!". Adehhhh anakanda ku sungguh lurus bendul la! Dia igt kalo lebih tu salah kut... haiiihhhh!
No comments:
Post a Comment