Monday, July 13, 2009

Family Outing - Port Dickson

So, another gathering have been organized by our eldest sister - Kak Cik aka Datin last Sat. Kali ni derang pilih kat PD lak. Kalo sblm ni kat A Famosa to celebrate her b'day, kali ni to celebrate her doter - Sonia. Aku pun amik kesempatan re-celebrate my kids b'day gak. Hehehehehe... tumpang lah majlis orang.

Hari Jumaat tu dah balik lambat. Ada makan2 sempena farewell 2 trainee dari KUITHO. Ye je eja tuh? Belasah je lah. Sampai kul 7, ada majlis besday anak2 lak kat taska derang. Besday utk bulan 1 -6. So Haiqal ngan Iqmy masuk sekali la. Makan2 lagi disitu....
Balik rumah, layan The Biggest Loser lak. Motivated betol la tgk menda ni. Erik dari 407 lbs turun 200++ lbs. Dari gemok jadi hensem lak. Isk...isk..iskk..

Lepas solat Maghrib, buat puding lak. Adik bongsuku, Imah ngan Pojie yang request nak makan. Buat je lah. Lepas beli kek nak bwk esok, kakakku Mc Yah lak sampai. Nak amik barang2 dia lah tuh. Borak2, gossip2, ngumpat2 jap, then dia pun blah. Aku sambung buat puding. Makan masa nak buat menda ni, tunggu layer by layer keras baru bleh sambung.
Lepas tu... mandi2, solat... terus koma. Hahahaha

Pagi Sabtu, kuar bekfes dulu. Then kemas2 rumah sket. Basuh baju sekolah Haiqal sbb konpem esok tak sempat.
SMS dari Abang iparku - Abe Wa aka Datuk - Salam. Just a friendly reminder 2 all members. Welcome to Blue Lagoon. 1. No lunch/ hi tea/ bfast r catered for. 2. Kalo tuan/puan2 bawa sabun mandi & tuala sendiri lagi molek. sliper juga sbb safety kl nak jalan tepi pantai/ fr wuduk solat. begitu juga nescafe 3 in 1 or your favorite drinks/ concortion/ brew secukupnya & goreng pisang if you arrive @ 4pm etc @ d bungalow disini ada dapur gas & frigde. Boleh masak sendiri, bawalah apa2 bekalan sebab kedai jauh. *Birthday party catering BBQ only malam jam8 pm saja. Takut anak2 kebuluran saja otherwise ok. CU there. landmark to our place 620 metres before reaching Ilham Hotel on d hill saddle turn left @ Sri Bayu signboard, go right down hill keep left. if misplaced refer nik raihan dia familiar benar, dun call me. K then drive safely. Wsalam.
Perghh... refer nik raihan tuu!!! Abih abang, kakak, adik aku duk call tanya jalan, aku pass kat dear hubby. Hahahaha.. lakiku yang drive, aku lak dapat nama.

Anyway lepas Zuhur jugak la kitorang gerak. Lepas Zuhur pun dah pukul 3. Tu pun macam2 hal. Dah kunci pintu, tingat tak bawak towel. Membebel lakiku nak kena amik balik. Dah la dia pakai kasut Adidas. Letih duk ikat/ bukak tali. Lepas dah kunci gate lak, tertinggal duit lak. Bleh gitu??? Adehhh

At RNR Seremban

Jumpa Mc Na kat R N R Seremban. Makan2 dulu. Then konvoi to PD. Tempatnya... adehhh... rumah kayu beb! Jalan sket bunyi kriuk... gituh. Tp nice view. Mengadap pantai bebetul. Cantik.

Lepas solat Asar, aku and the gang (meaning - no veteran allowed) pegi Teluk Kemang lepak2 makan mee goreng and air kelapa. Ronda2 cari hadiah to birthday girls and boys. Adik aku Pojie and abang Pok Kie baru sampai dari Desaru. Join sekali.


Acara karaoke versi budak2


Lepas Maghrib, wrap those presents. Giler derang ni, nak beli hadiah untuk Haiqal ngan Iqmy siap tanya aku. Nak beli apa? Mak derang apa lagi.. beli ni... beli tuh.. hahahaha... suker benar aku mengepaw!

Lepas Isyak gak start makan. BBQ kambing, ayam, ikan, sosej. Nasi goreng, buah2 lagi. Fuh.. kenyammm. Masa makan, karaoke dah start. Tp versi budak2. Biar derang melalak dulu. Lepas acara nyanyi2, potong kek, acara bagi hadiah lak. Pok Kie nyer besday esok. Dia pun sambut sekali.

Acara karaoke utk org dewasa dah start. Memula dear hubby ngan Mc Na nyanyi lagu Micheal Learns To Rock. Tak rock langsung. Hahahaha. Lepas tu semua pakat nyanyi. Oh yeah. Kali ni cukup korum. Semua adik badik ku ada. Best siottt!!!

Around kul 3 am jugak la baru semua senyappp. Dah pengsan la tu

Pagi Ahad, pepagi lagi Haiqal ngan Sonia dah turun laut. Dear hubby pun turun gak bawak Iqmy sekali. Kejap je. Lepas tu naik sbb Iqmy dah kesejukan. Siap tertido dalam float. Siannnn. Oh yea.. sesi karaoke bersambung lagi... dan lagi... dan lagi...

Acara potong kek. Kek Haiqal beli yang sama cam hari tu sbb cup cakes tak de org nak buat. Huhuhu

Lepas melantak, semua turun mandi laut. Aku malas sbb Iqmy nak tido. Elok je Iqmy tido, semua geng mandi naik Banana Float tuh. Cisss... jelesnyer... Lepas derang balik, aku sempat mandi laut jap. Ngan baju tido tu. Ahakss..

Around 2, dah kemas nak balik. Tetengok, keta Aveo Mc Na lak tak leh start. Bateri dah kong rupanya. Lama gak duk godek2. Posing dulu seround 2. Lepas dah ok, bertolak balik. Kali ni berapa keta ek.. jap kira

1. Rexton - DatukDatin
2. Viva - Pok Mat - Datuk's nephew
3. Aveo - Mc Na, Imah
4. Waja - Aku
5. Iswara - Hamdi, Hamdan
6. Wira - Pok Kie Pok Jie
7. Vios - Mc Yah

7 keta kali ni! Tu pun bilik penuh. 2 bijik sewa, still tak cukup. Takpe, geng bujang tido ruang tamu.


Pok Kie and Pok Jie yang terlopong. Ntah apa yang dikagumkan

Pok Kie, Pok Jie, Mc Na, Imah singgah Nilai 3 dengan bondaku. Diikuti dengan Datuk Datin. Aku balik terus. Iqmy ngan Haiqal tido sepanjang perjalanan. Letihla tu main air.

Malam, Pok Kie call nak singgah rumah aku. Aikkk.. igt balik terus. Sekali, nak tido umah aku. Letih dah meronda2 kat Nilai 3 nu. Mc N pun datang gak lepas gi hantar Imah. Maka penuh lah rumah aku malam tadi.

Pagi ni, malas sungguh nak bangun. Mc Na pulak tanya kat mana nak amik MC. Aisehh... dah berjangkit la tu

No comments: