Friday, July 24, 2009

Desaru trip -> Nikah kahwin + Accident + Saman = MC

Banyak betul pengalaman aku dapat during our trip to Desaru. Sungguh bermakna tuh!

Okeh, kitorang bertolak dari rumah aku arou 8.45pm. Duk tunggu Imah dari maghrib sampai isyak. Sampai je minah tu, terus bertolak. Tertinggal card TNG lak. Pusing balik amik.

Singgah Ayer Keroh amik si Atie. Then terus jalan. Aduh... Sumbat 7 org dalam Aveo nan kecik tuh, semput aku!

Berenti kat Pagoh to take the dinner. Gilerr dinner kul 11 malam. Dah masuk angin perut aku. Lepas tu, continue the journey to Desaru. Jauh wooo... tp sebab malam, tak terasa sangat. Kali ni Atie lak jadik driver.

At RNR Pagoh

Sampai kat stesen minyak, 1 more hour journey to reach Desaru, singgah isi minyak. Atie bleh lak terlanggar satu benda cam bangku gitu kat tempat isi minyak. Dia tak nampak daa. Mamat yang jaga tu pun membebel. Lepas tu, mamat tu tak bagi duit baki lak tuh. Dah 10 minit jalan, baru Mc Na tanya duit baki. Pusing balik ke stesen minyak tuh. Rugik dah minyak! Hahahaha...

Lepas hantar Atie kat rumah dia, tak jumpa jalan lak nak gi rumah Pok Kie and Pok Jie. Pusing situ pusing sini. Mc Na lak tgh mamai masa Atie bagi instruction jalan. Aku lagi lah tak tau, baru sampai sini seumo hidup ni.

At last we manage to get to Pok Kie's house around 2. Adusss letih wooo...


Sabtu, just lepak kat Kem Desaru. Tgk2 kan derang pasang pelamin. Aku tolong tgk je, si Iqmy tanak gi ngan org lain. Penat seihhh!

Malam, gi Kota (adik badik aku cakap. Haram aku tatau tang mana Kota ni) makan kat kedai makan one of our relative. Banyak lauk yang dia hidang. Tom yam, sup ekor, kailan ikan masin, telur dadar, ikan bakar, ikan 3 rasa. Fuhhh.. kenyang. Seperti biasa, derang tanak amik duit. Berkejaran kitorang masuk keta lepas dah letak duit kat kaunter. Tp, dapat lak dia campak dalam keta. Pok Jie amik balik, letak atas meja dia balik. Pekerja dia lak bagi balik kat sedara ku tuh. Adik aku dah lari ke keta. Sanggup dia kejar adik aku. Sampai ada 1 keta tu slow kan keta dia sbb igtkan ada gaduh2. Hahahaha.. lawak sungguh. Finally, bila keta lalu tepi sedara aku tu, dia campak duit tu kat mak aku. Aduhh.. penat je Pok Jie lari. Mission not accomplished!

Sampai rumah dah 12 lebih. Tidooo


Ahad, majlis akad nikah. On the way ke masjid, accident lak. Mc Na langgar Pok Kie kat depan. Slow je. Lepas tu satu wira sondol keta Mc Na. Kuat woo... Sekali lagi Aveo Mc Na cium bontot wira Pok Kie. Lepas tu semua cam tergamam. Aku terkedu, tetiba je Mc Na meraung. Cisss! Nak melalak lak masa ni.

Menten posing depan keta lepas accident



Wira Pok Kie tak leh tutup bonet. Aveo Mc Na kemek depan belakang, wira belakang paling teruk. Lampu pecah, cermin pecah. Tak leh gerak. Kena tow. Lepas diskas gitu gini, setel. Gi masjid, sambung majlis nikah. Posing2 acara wajib. Lepas tu gi rumah pengantin pompuan, makan2 posing2 lagik.

Malam, acara belah pengantin lelaki lak. Sanding, makan2, karaoke seround 2, balik tido. Penat seyhhh!!!



Sebelom akad nikah


Isnin, kunun nak tolak balik lepas Subuh. Sekali, kul 10 baru kuar gi makan roticanai. Pas tuh, masuk Kem Desaru jap. Kunun nak amik MC kat klinik dalam tu. Tp takde lak MC awam. MC untuk pelatih PLKN je. Hampehsss.

Around 1 pm gak lah baru bertolak balik. Masa on the way tu, Mc Na potong keta kat double line. Elok je lepas potong... tgk ada polis wat roadblock. Selamatttt kena saman, tp sib baik polis tu wat kesalahan tak pakai tali pinggang keledar. Kena 80 je. Kalo tak, mau makan 300 wooo...


Nelly lak tak sihat. Demam, diarhea, pening2. Sian dia. Sampai rumah aku around 7. Lepas maghrib, kuar makan dulu. Then balik tidoooo.


Selasa, aku selamat MC lepas 3 hari asyik selsema batuk. Adehhh... what a long holiday!

No comments: