Thursday, August 25, 2011

2011 Ramadhan...

Today is my last day working before heading back to hometown the day after tomorrow. Bulan posa tahun ni alhamdulillah.... berlalu dengan begitu pantas. Dan aku ucap syukur sebab posa thn ni merupakan posa paling jimat. Kami cuma berbuka 3 kali kat luar. Yang lain, semua bukak kat rumah which is I'll cook or just tapau at my office cafe. Mmg jimat giler sebab cafe pun caj murah. Subsidi kannn...

Persiapan, mmg aku dah setelkan awal2 lagi. Not a problem at all. Thn ni insya allah kami akan sedondon for about 4 days. Hehehe... melampau ke? Ok je aku rasa. Itulah untungnya prepare awal2. Ada banyak masa nak cari colour as per required.

Okeh... nak cerita pasal bulan posa tahun ni. Alhamdulillah... aku sempat solat terawih berimamkan dear hubby, sekali ngan Haiqal. Iqmy menten jadi tukang kaco orang. Adalah dalam 5, 6 malam jugak sempat, sebab dear hubby pun bz. Kalo dia ada kelas malam, aku pun cuti terawih. Bleh gitu???

Paling aku igt 1st wiken masa bulan posa. Ya Rabbi.... mmg tak productive langsung. Aktiviti tido sepanjang hari. Laki aku laaa... Aku ada gak basuh, sidai, lipat kain semua. Tapi mmg rasa malasss ya amat hari tu. Huh... melepek betul! Si Haiqal lak tgk tv dari subuh sampai malam. Aku pun pening tgk tv lama2. Last2 bukak posa kat luar sbb malas masak.

The next wiken lak, hari Sabtu masak nasi ayam, semua tawar. Hari Ahad nyer masakan plak semua terlebih garam. Apakahhh???

Kuih raya tahun ni tak banyak order. Sbb mmg dah tau takkan abih nyer. Rumah aku, kalo takde org datang, mmg tak de sape2 sentuh la kuih tu. Aku plak, kat rumah org, laju je makan. Kat rumah sendiri buat tak tau je. Hehehe....

Oklah... wish all of you selamat balik kampung. Semoga selamat balik, selamat kembali. Insya Allah....

Monday, August 1, 2011

Ramadhan kembali...


Wishing you 1 Month of Ramadhan
4 Weeks of Barkat
30 Days of Forgiveness
720 Hours of Guidance
43,200 Minutes of Purification
2,592,000 Seconds of NUR!

Selamat berpuasa...

Wednesday, July 27, 2011

A tribute to my newborn nephew

Last week, around Thursday night, my brother texted me mention that his wife already give birth to a baby boy. Actually, this is his 5th kids but the 1st boy after 4 girls. Memang baby yang ditunggu2 la.

Just congrates him without call coz I know he'll be busy. Tanak kacau dia lagi. The next day, baru call and get clearer picture. Rupanya, it was a premature baby. Gave birth on his 8th month pregnancy since the placenta was separated from the baby. Pelik gak la senario ni. Aku tak tau lak uri tu boleh terpisah dalam perut. Thus, the baby didn't get enough oxigent to stay in his mommy womb. Maka, doctor terpaksa kuarkan utk kebaikan ke2-2 pihak.

After the caesarian took place, my SIL need blood tranfusion. Tak tau berapa banyak darah dimasukkan, tp dia ilang byk darah. The baby's condition is critical. Ya Allah... siyes... tetiba aku teringat balik kisah aku. I did experience the same, cuma baby ku lahir 6 bulan due to unknown reason.

Finally, yesterday, my brother texted me saying that the baby's gone. Innalillah! Rasanya, kes dia sama cam aku which is the baby only survived for 5 days. Dear hubby told me, before my baby gone, dia sempat bukak mata tgk papa dia dtg melawat kat NICU hari tu. Masa tu dear hubby igt she'll gonna be alright. Tp esoknya, doctor called, and my baby passed away. Sedihnya... hanya Allah yang tahu.

To my newborn nephew Nik Umar Al-Khatab bin Nik Hamdan.... Al- Fatihah....

Saturday, July 23, 2011

Black out!

Last night, around 10.30 pm, suddenly our premises gone blackout. Out of nowhere! Dah la skang ni musim panas. And it is! Mmg panas sungguh bila tetiba kipas switched off. Aircond tak sempat pasang lak tuh.
Bukak tingkap, nyamuk lak berkeliaran masuk. Huh... buhsan! Tangan lak tak berenti2 duk mengipas. Anakanda semua dah bukak baju. Yang kecik lagi la... bogel. Sib baik pakai pampers. Hehehehe...
Bila dah tak tahan dalam bilik, kitorang turun bawah lak. Laki aku sibuk duk ajak tido hotel. Huh... tak membina langsung cadangan! Kalo dah tido hotel, sah sah la esok aku EL. Haiqal pun ponteng sekolah. Lagipun, perabih duit je kalo setakat nak duk hotel depan rumah. Apa kess?

Kat ruang tamu bawah, ok sket. Tp bila dah lama2, panas tu terasa gak. Laki aku lak nak kuar. Ada janji ngan kawan dia. Aku suh kuar je, dia tak sampai ati lak nak tinggalkan kitorang. Lastly, dia ajak kuar sekali. Dia kuar jumpa kawan dia, aku ngan anak2 tido dalam keta. Hah!!! Tak penah buat keja gila cam gini. Tapi bila dah darurat, belasah je.

Si Iqmy, mentang2 kena aircond keta, dan dan tu lelap. Kalo tak, duk berlari je dalam rumah sblm tuh. Aish... susah la kalo dah biasa tido dlm aircond nih!

Balik rumah around 2.30 am. Alhamdulillah. Letrik dah ada. Tp, baru notice, tingkap tak tutup, lampu kipas semua terpasang. Yang dasat tu, TV pun terpasang. Kuat lak tu bunyi. Adehhh... dah jadi pembaziran letrik lah pulakkkk

Friday, July 1, 2011

The celebration pics

Okeh... Here's the celebration pics that i managed to capture. Some were captured by Haiqal and Iqmy's teachers at their nursery. Let's take a look.....




Birthday Boys ready to cut the cake



With the friends....



Taraaa.... my 12th anny choc. Cun kan???



The choc for kid's friends



Close-up



The cake



The birthday boys


Thursday, June 30, 2011

The special day throughout the year

All the special dates and days in our lives this year finally past. In fact, I have a plan... kunun nya nak buat makan2 sket. Just for relatives and close friend. Tp tu la... plan semata2. Pada hari kejadian, semua tak jadi!

We start on Feb - 20th. Dear hubby's birthday. He's in bz mood with his job. I did ask him to have a special dinner that night. But he refused, and just asked me to cook. Haishhhh... no special maaa... Even for the birthday present, he bought himself and claimed it back. Boleh ek gitu? Takpela... at least dia beli barang yang dia nak. What was that??? Netbook LENOVO okeh!

May -5th. My birthday. Since it fall on weekdays, no party2 allowed! Letih okeh. Same as his brithday, no special dinner though. We just went for a movie which is THOR (sib baik citer best!). Dear hubby even insist me to accept the BB he bought for my bday present. Cehhh... tak aci langsung! Boleh pulak main paksa2 cam tuh. Time dia, bleh je pilih2 hadiah. Tp sebab BB tuuu... aku terima la. Hahahaha!!!

May -31st. Dear Iqmy turns 3! Since the father condition not so well (please refer to previous posting) so, no special event happen. Sian Iqmy. Tp tak tau apa pun budak tuh. Lagik kesian, sampai skang tak de beli apa2 utk dia. Adussshhh. Sorry my dear. Tak tau nak beli apa. Menan dah berlambak. Buat sepah je.

June 19th. Two events here - Haiqal turns 10 and our 12th Anny. Pun tak sempat buat apa2 yang special. Candle light dinner??? Not even close. Siyes... we dunno how to celebrate. Just watch a movie - The Green Lantern. Kuar lepak2 anak beranak cam biasa. Haiqal present this year is Arsenal shoe bag with Arsenal cap as his request. Tp cap tu dah jadi cam hak milik papa. Our anny gift? Yilleekkk! Ntah... aku pun tak tau nak bagi apa or nak mintak apa. Just wish that our family will always bound together, our marriage will happilly ever after.

Tp aku sebenarnya ada order cake and choc for all of us. Plan nya, hari ni baru nak collect. Nanti aku snap2 gambar ekkk.

So... we'll see how our special days gonna happen next year lak. Insya Allah...

Monday, June 27, 2011

Mistik

Aku nak cerita bab mistik sket kali ni. Actually it happens to my hubby. Lately dia jadi agak garang. Selalu ngamok tak tentu pasal. Aku solat lambat pun dah marah2. Budak2 duk bergaduh pun dia ngamok. Aishhh... siyess... aku tensen!

Pas tu, dia susah nak tido malam2. Ada satu malam, dia takleh tido, then dia nampak cam satu lembaga dekat pintu bilik. Dia selawat banyak2 dan baca segala ayat yang dia tau. Lepas tu, dia rasa meremang bulu roma. Turun bawah, masuk bilik, dapur, ruang tamu semua. OK. Then dia masuk stor. Memang kat sini dia terasa ada 'something'. Terus dia baca ayat apa ntah, aku lupa.

Sebenarnya, kalo nak di ingat2 balik, aku rasa mula2 dia jadi pelik bila one day, kitorang jumpa sekor tikus dalam stor. Biasala, bila dah ada makhluk lain ni, dah jadi tak best la. Ngan busuknya, sepahnya... rasa tak selamat la. So, malam tu, dear hubby pasang trap tikus. Around 12 lebih, bunyi cam trap tu dah mengena. Kitorang pun turun tgk. Konpem! Dah masuk perangkap pun...

Aku suh laki aku bunuh je terus, tp memandangkan dah lewat malam, cam kurengggg sket. So, dear hubby pun angkat je perangkap tu, letak kat luar rumah. Tapi dalam pagar lagi la. Laki aku pun bukan berani sangat nak bunuh2 tikus sebenarnya. Jadi, perangkap tu ngan tikus2 tu sekali tinggal kat luar la.

Esok nya, nak gi keja. Aku kuar tetengok tikus ghaib! Siyesss wehh!!! Mustahil la boleh lepas dgn perangkap tuh. Aku nak tarik pintu dia pun sket nya susah. Misteri gak la. Petang tu, my dear hubby left all alone at home. Masa dia kat dapur, dia rasa ada sesuatu yang melintas belakang dia, pas tuh bulu roma dah meremang semacam.

Start dari hari tuh, mmg kitorang selalu gaduh even for a small reason. Kekadang, takde reason pun gaduh. Naik buhsan aku!

But, dear hubby feels something is not right. Dia sendiri rasa pelik. So, dia call her mother ask for ustaz utk tgk2. Then dia cakap ngan ayah dia. Suddenly ayah dia nangis. Ayah dia kata dia boleh rasa 'something' tuh. Ayah dia terus suh balik berubat.

So, last Wed, dia balik kg. Jumpa ustaz. Dia kata ada saka dari keturunan ayah. Spontan je laki aku cakap dia bleh jawab padahal dia pun tak tau sebenarnya. Ustaz tu suh kuar, dia jawab tanak. Ustaz tanya, kenapa pilih laki aku, dia jawab, dia suke ngan laki aku. Suh kuar, tanak jugak. Dia kata lagi, dia tak buat apa2 pun, dia nak jaga laki aku je. Ustaz tu gosok2 tapak kaki, laki aku kata dia mengilai cam hantu. Then ustaz tu tekan ibu jari kaki kiri. Sakit! Cam kena hiris, pas tu kena bakar. 4 org pegang laki aku meronta2. Lepas dah kuar, dia gosok kaki balik, Ajaib! Tak geli pun. Tekan ibu jari kaki plak... tak sakit pun.

Dia kata lepas tu, dia rasa tenang. Ustaz tu pesan, suruh selalu berzikir. Amalkan baca al-quran. Selalu buat solat sunat.

Well... kalo bagi aku, susah untuk aku percaya benda2 ghaib cam ni. Tp bila dah kena ni... harus la akui, mmg ada makhluk lain selain kita manusia. Tp yang harus ditakuti.. hanya ALLAH!