Thursday, August 25, 2011

2011 Ramadhan...

Today is my last day working before heading back to hometown the day after tomorrow. Bulan posa tahun ni alhamdulillah.... berlalu dengan begitu pantas. Dan aku ucap syukur sebab posa thn ni merupakan posa paling jimat. Kami cuma berbuka 3 kali kat luar. Yang lain, semua bukak kat rumah which is I'll cook or just tapau at my office cafe. Mmg jimat giler sebab cafe pun caj murah. Subsidi kannn...

Persiapan, mmg aku dah setelkan awal2 lagi. Not a problem at all. Thn ni insya allah kami akan sedondon for about 4 days. Hehehe... melampau ke? Ok je aku rasa. Itulah untungnya prepare awal2. Ada banyak masa nak cari colour as per required.

Okeh... nak cerita pasal bulan posa tahun ni. Alhamdulillah... aku sempat solat terawih berimamkan dear hubby, sekali ngan Haiqal. Iqmy menten jadi tukang kaco orang. Adalah dalam 5, 6 malam jugak sempat, sebab dear hubby pun bz. Kalo dia ada kelas malam, aku pun cuti terawih. Bleh gitu???

Paling aku igt 1st wiken masa bulan posa. Ya Rabbi.... mmg tak productive langsung. Aktiviti tido sepanjang hari. Laki aku laaa... Aku ada gak basuh, sidai, lipat kain semua. Tapi mmg rasa malasss ya amat hari tu. Huh... melepek betul! Si Haiqal lak tgk tv dari subuh sampai malam. Aku pun pening tgk tv lama2. Last2 bukak posa kat luar sbb malas masak.

The next wiken lak, hari Sabtu masak nasi ayam, semua tawar. Hari Ahad nyer masakan plak semua terlebih garam. Apakahhh???

Kuih raya tahun ni tak banyak order. Sbb mmg dah tau takkan abih nyer. Rumah aku, kalo takde org datang, mmg tak de sape2 sentuh la kuih tu. Aku plak, kat rumah org, laju je makan. Kat rumah sendiri buat tak tau je. Hehehe....

Oklah... wish all of you selamat balik kampung. Semoga selamat balik, selamat kembali. Insya Allah....

No comments: