Last night, around 10.30 pm, suddenly our premises gone blackout. Out of nowhere! Dah la skang ni musim panas. And it is! Mmg panas sungguh bila tetiba kipas switched off. Aircond tak sempat pasang lak tuh.
Bukak tingkap, nyamuk lak berkeliaran masuk. Huh... buhsan! Tangan lak tak berenti2 duk mengipas. Anakanda semua dah bukak baju. Yang kecik lagi la... bogel. Sib baik pakai pampers. Hehehehe...
Bila dah tak tahan dalam bilik, kitorang turun bawah lak. Laki aku sibuk duk ajak tido hotel. Huh... tak membina langsung cadangan! Kalo dah tido hotel, sah sah la esok aku EL. Haiqal pun ponteng sekolah. Lagipun, perabih duit je kalo setakat nak duk hotel depan rumah. Apa kess?
Kat ruang tamu bawah, ok sket. Tp bila dah lama2, panas tu terasa gak. Laki aku lak nak kuar. Ada janji ngan kawan dia. Aku suh kuar je, dia tak sampai ati lak nak tinggalkan kitorang. Lastly, dia ajak kuar sekali. Dia kuar jumpa kawan dia, aku ngan anak2 tido dalam keta. Hah!!! Tak penah buat keja gila cam gini. Tapi bila dah darurat, belasah je.
Si Iqmy, mentang2 kena aircond keta, dan dan tu lelap. Kalo tak, duk berlari je dalam rumah sblm tuh. Aish... susah la kalo dah biasa tido dlm aircond nih!
Balik rumah around 2.30 am. Alhamdulillah. Letrik dah ada. Tp, baru notice, tingkap tak tutup, lampu kipas semua terpasang. Yang dasat tu, TV pun terpasang. Kuat lak tu bunyi. Adehhh... dah jadi pembaziran letrik lah pulakkkk
No comments:
Post a Comment