Tuesday, November 25, 2008

Madagascar - Escape 2 Africa

Okeh... let's forget about sampul duit kosong tuh. Peristiwa yang sungguh memalukan!

Last Friday, masa aku tgh drive nak balik rumah, Mc Na call tanya nak gi tgk wayang tak? Actually aku dah apply AL for Isnin next week nya sebab memang aku dah plan nak bawak Haiqal tgk Madagascar. Dah lama tak bwk dia tgk wayang. But, Mc Na insist to go with her. Kira cam family gathering gak la sebab bondaku nak datang KL Sabtu tu. So, gitu gini gitu gini... ok lah. Aku join since all of our sisters in. Semua adik badek pompuan duk KL. Senang nak bergather-gather. All the brothers duk bersepah. Susah sket.

So, our mum sampai KL Ahad pagi. Kitorang gi tengok kat KLCC sebab Mc Na dah booked ticket situ. Aku gi ngan Mc Yah sebab dear hubby tak gi. Tak sampai ati nak tinggalkan Iqmi katanya. Iyo lah tu...

Haiqal and Adib


Agak ramai jugak yang join... Kak Cik, Bonda, Mc Yah, Aku, Mc Na, Imah (our youngest sister), Atie (tak tau status apa minah ni), Abg Li (Mc Yah's hubby), Wani (our niece), Sonia (Kak Cik's daughter), Haiqal (anak bujangku), Aisyah n Adib (Mc Yah's kids) and Nayli (Mc Na's daughter). Seat pun kena separate sebab tak cukup nak letak semua sekali. And so the movie goes... citer ok lah.. citer kartun, bebudak suka la. Aku pun enjoy gak.

Lepas habih citer dengan si Nayli tido atas riba mak dia, kitorang gi makan Mc D lak. Makan2 boraks2 semua, around 6.30 aku blah. Oh ya, Mc Yah tak leh hantar aku balik sebab dia nak gi jumpa sedara laki dia nak gi Mekah. So dia nak gi Kompleks Tabung Haji dulu lah. Jangan bagi sampul kosong dah lah Yo. Jadi, aku balik ngan LRT n Komuter. Haiqal suker sangat bila aku cakap balik ngan natam tu. Org tak penah naik public transport... hehehehe...

Aku beli tiket sorang je pun. Haiqal kira bawah umo lagi. Jimatttt. Naik LRT okeh je. Haiqal sibuk duk tanya berapa kali lagi nak turun? Maknanya berapa stesen lagi lah tu. Sampai KL Sentral, beli tiket komuter lak. Aku rasa cam aman damaiii je naik benda alah ni. Ye lah... tak de traffic jam, traffic light semua. Smooth je perjalanan. Kan best cam ni selalu balik rumah?
Komuter... cam biasa lah. Agak lama sket menunggu. Tapi still acceptable. Giler ramai org nak naik. Aku pegang tangan Haiqal kuat2 takut terlepas. Naya woooo.

Masa naik tu, ada lah satu kapel ni, duk berdua2an. Yang si laki, nampak cam gentleman, nak bagi seat kat Haiqal. Bukan nak bangun pun, dia alih sket biar ada space suh Haiqal duduk. Sekali aku sound... tu, bagi seat kat akak tu, dia ada baby
Terus dia bangun. Ngan kawan dia kat belakang pun bangun sekali. Hehehe... Gentlewoman tak aku? Bukan apa... sian aku tgk akak tu bwk baby, kecik lagi... dalam 3, 4 bulan baby dia. Insaf jap aku tak payah bersusah payah bawak Iqmi naik komuter cam dia.

Haiqal dalam komuter jakun giler. Dah dapat seat pun still duk bangun tgk cermin tingkap tu. Pas tu duk baca stesen2 dia. Mulut tok sah cakap la... cam2 soklan kuar. Letih aku nak menjawab.

We arrived Kajang station around 7.45. Agak cepat jugak rasanya... dalam 30 minit je. Call dear hubby, bleh amik ke? Bukan apa, takut susah nak bwk si kecik tu. Sekali dia kata bleh... aku tunggu je lah. Bila derang sampai... waaaa... rindunya aku ngan Iqmi!!!

Malam tu, around 12 baru si Iqmi nak tido sebab masa aku kuar, dear hubby kata kul 3 sampai 6 dia tido! Hampeh punya budak. Kalo ngan aku... harammm nak tido cam tu punya lama. Ke papa dia letak ubat tido niii??? Moskil gak aku...

No comments: