Wednesday, November 5, 2008

Iqmi's Update

Tengah melepak


Just an update for Iqmi's growth:


Anak papa nehhh...
  1. Dah kenal orang. Kalo gi hantar nursery tu, dah tau nanges. Sedih lak aku. Huhuhuhu

  2. Manja ngan papa. Memang ni anak papa coz papa dia suka manjakan. Kalo nampak papa dia tu, sengih manjang.

  3. Suka geget time menyusu. Sakit wooo!!! Walopon takde gigi, tapi kalo dia geget, dia akan tarekkk sekali. Fuhhh... Sakit siot! Lepas tu buat muka inesen. Ngan sengihan cute dia tu. Hishh... nak kena cubit gak budak ni.

  4. Suka men air. Memang masalah nak mandikan dia. Tak leh duduk diam. Sorang kena pegang, sorang kena siram.

  5. Selsema tak hilang lagi. Risau betul aku mikirkan selsema Iqmi ni. Malam2 mesti nafas dia berbunyi grukkk...grukkk gitu. Cam hidung tersumbat.

  6. Malas nak bergolek. Kena kita pusingkan, baru dia nak meniarap. Tapi dari meniarap, bleh je dia pusing baring balik. Hampeh je... Kalo time tido tu, bleh pusing 360' lagi.

  7. Segala benda yang dia pegang dia akan masukkan dalam mulut. Tak leh pegang apa2 time dukung dia. Mesti dia kan rebut, pas tu masukkan dalam mulut dia.

  8. Suker hisap jari org. Jari sendiri tak sedap kut. Siap tarik jari kita then hisap. Bukan setakat hisap je, siap geget tuu... Lagi satu, dah start hisap jari kaki dia, org kata nak dapat adik ek?

  9. Nak gak makan apa yang org makan. Tapi aku tak bagi ler. Sian lak tengok dia duk nganga2 nak makan. Cam anak burung daaa...

  10. Nampak susah sangat kalo dia nak berak. Dia nyer expression time meneran tu... fuhhh... seksa betul nengok. Siap berpeluh2. Najis ok je... bukan keras pun. Abang long dia gelak sakan kalo tengok Iqmi meneran ni. Kawan tu nak berak pun tak senang.
Amboih... rileks nampak!
Tu je kut for the time being. Actually banyak lagi progress dia. Tapi idea tak mari le...

No comments: