Okeh… aku nak citer sket. Hari Jumaat tu, sempat dengar dalam Hot FM, derang nyer topic hari tu adalah Final Piala Mesia ni. Hari tu gak derang pasang lagu Hobin Jang Hobin (ye ke?) dan lagu Kelantan (taktau tajuk). Siyes tak besh lagu2 itu. Hehehe… Interesting part is, they interviewed Menteri Besar for both of finale. Aku sempat dgr yang N.9 nyer je. Kelantan tak sempat sebab dah sampai opis. Aishhh… tak sempat nak dgr Nik Aziz cerita pasal dia main bola dolu2.
Balik keja lak, DJ lain lak but still topic sama. Kali ni dia pasang lagu N.9 – Apo kono eh jang - lawan ngan lagu Kelantan – Wau Bulan. Tp atas dasar bodek, dia kata seri. Hehehe.. ala… tak heran pun. Nama pun pertandingan, kalo 2-2 menang, tu bukan bertanding namanya.
Sabtu – dari pagi sampai petang kitorang kuar. Lepas breakfast McD, gi MAEPS jumpa bos aku jap. Motip aku rajin jumpa bos hari cuti??? Sebenarnya, Jumaat tu aku tertinggal hp aku. Dear hubby call, and he asked to take the phone with her. Lagipun Sabtu tu derang ada mtg kat MAEPS, so bleh aku amik je kat situ.
Lepas tu, gi Maxis Centre nak terminatekan broadband. Package yang aku amik dulu mahal, so terminate yang tu, subscribe yang lain. Maxis gak. Aku kan loyal customer gitu!
Then, gi JJ – lunch, tgk wayang seround – cerita Life.. as we know it. Best gak. Tp Iqmy menyepoilkan mood aku nak tgk wayang. Tensen gua ngan budak kecik tu! We arrived home dah dekat kul 7.
Send this pic to my siblings. Mc Na replied "Nur Iqma?". Hahahaha...
Malam, semangatku berkobar2 nak tgk final Piala Mesia ni. Tp, awal2 N.9 dah sumbat sebijik. Terus aku frust. Masuk bilik, guling2 sambil baca novel. Agak lama lepas tu, dear hubby menjerit… “GOALLLLLLL!!!!!” dengan happy sekali. Waa… Kelantan dah score le. Aku pun menyelit semula nak tgk. Tp kejap je sebab si Iqmy ajak masuk bilik. Ntah apa yang dia nak buat!
Tak lama lepas tu dear hubby jerit lagi “GOALLLLLL!!!”. Haaa…. Dah leading la! Semangat ku kembali. Aku jenguk tv jap. La… baru 60++ minit. Lama lagi. Aku jadi takut nak tgk. Tak leh tgk ni, nanti perasss. So, aku masuk bilik semula. Sampailah dear hubby jerit “Yeaaa…. Kelantan juara!”
Barulah aku kuar tgk. Giler arrr… happening abih! Tp yang buat aku kesal, botol air mineral bersepah atas padang. Konpem peminat Kelantan yang balik sebab nampak merahhhhhh je semua kat tempat duduk penonton. Hmmm… tak berubah2 jgk mentality derang. Tp, aku gegeh menganga tengok penyampaian pingat pada semua. Laki aku konpem nyesal tak gi tgk kat stadium tu. Sebab last year dia gi tgk tp balik dgn frust!
Aku rasa sebab dia tak gi tgk kut Kelantan menang. Hehehe… bleh buat speku gitu?
No comments:
Post a Comment