Ni cerita pagi tadi. Almost 1 month, aku sengaja gi keja lewat as my kompeni skang ni practice flexible working hour. To others la. For me, masuk kul berapa pun, time balik, sharp je aku balik. Miahahahaha!
So lately, dear hubby will go to work first instead of waiting for me. Jadinya, dia pegi keja, aku baru nak bangun tido. Maka, pada pagi tadi nan indah permai, dear hubby kejut suh gi keja, aku dengan mamai cakap.. okeh..okeh. Then sambung tido.
Pas tuh, Haiqal bangun. Kejut kan aku “Mama, bangun lah.. dah kul 7 ni.” Aku still cakap okeh… okeh… Lepas dia mandi, pakai baju sekolah siap, dia kejut lagi. Aku tanya “Haiqal nak gi mana ni?” Dia jawab “Nak gi sekolah lah.”
Dengan konfiden level yang tinggi aku jawab “Nak sekolah amenda nyer? Hari ni ari SABTU!” Maka, sebagai anak yang patuh, dia pun tukar baju tido balik, landing depan TV. (Bab ni patuh la sangat! Citttt!!!)
Tetiba, aku cam tersedar… eh betul ke hari ni Sabtu? Pikir2 balik… laaaaa… hari Jumaat lerrr… Kelam kabut aku bangun, mandi. Solat Subuh dah masuk kategori Subuh gajah rimau kerbau semua. Cecepat siap… suh Haiqal tukar baju sekolah balik. Tp budak tu dah takde mood. Tanak gi sekolah. Terpaksa la aku halal je dia cuti hari ni.
Dan… I arrived at office around 9.30. Fuhhh… sakses sungguh hari ni!
No comments:
Post a Comment