This year punyer bulan posa mmg kelam kabut. Just imagine, 1st day sahur dah bangun lambat. Siut je hp aku. Kunci alarm kul 4.45, tak bunyik2. Dear hubby yang bangun dulu. Kul 5.30 dah masa tuh. Si Iqmy lak, time ni lah dia nak bangun. Kunun nak pose sekali la tuh. Sekali, org azan Subuh, dia sibuk minum susu. Hehehehe...
1st day posa, tak de menda buat. Just melepak kat rumah. Masak pun lauk simple2 je. Dear hubby gi pasar ramadhan ngan Haiqal just to buy some kuih and air tebu utk buka. Si Iqmy lak tunjuk perasaan nak kuar rumah. Dah bosan duk sepah dalam rumah kut. So, aku pun pakaikan kasut, then bawak dia jenjalan depan rumah. Kebetulan papa n abang long dia balik. So, papa dia bawak round naik moto lak. Aku terus siapkan juadah berbuka yang 'seberapa' itu. Hehehehe...
Lepas dah round, bwk masuk rumah balik. Dah sengih2 dah muka Iqmy, suker la tuh. Tp abang long dia... masya allah... pucat lesi. Siyes pucat. Sian sungguh tengok dia. Tp nak suk bukak, sayang sangat. Dah kul 7 masa tu. Aku suh tahan je. Kijam ke??? Tak kut. Lagipun bukan 1st time posa. In fact, he'd started to fast during his 5 years old. So, aku assume tak apa2 la.
Boleh lagi aku suh dia tgk waktu bukak pukul berapa kat kertas aku tampal atas peti ais. "Kenapa hari Isnin mama?" Haiqal tanya. Aku jawab "Jangan tgk yang hari Isnin, tgk yang hari Sabtu lah waktu bukak kul berapa?".
"Tp kenapa September mama?" dia tanya lagi. "Ye la... kita posa sampai September. Tp tgk lah yang August punyer." Aku suh dia tgk lagi. "Takde pun August." Haishhhh... terpaksalah aku gi tgk sdirik. Aik... betul la... start posa hari Isnin. Sekali tgk tahun 2008 la... Adehhh.. cemana aku bleh silap print thn lepas punyer? Hehehehehe.... terpaksala aku menggugel balik cari thn ni punye jadual posa.
Lepas bukak, sakit perut lak dia. Papa dia kata 'kebuluran'. Cam perut terkejut gituh. Ntah la. Lepas dah sapu ubat, solat Maghrib n Isyak, siap mintak nak makan nasi lagik. Hehehe.. lawak lak.
2nd day posa, lagi kelam kabut. Sedar2 dah kul 5.40. Kalut kejut Haiqal bangun. Takde panas2 lauk. Makan je cam tuh. Dah tak sempat. Sib baik dah siap makanan. Kalo tak, mau sahur minum air je. Sadis tulll...
Hari ke2 ni, aku lak yang letih over2. Giler penat, tatau la naper. Siap menggigil2 tuh. Nak kata lapar sangat, tak pun. Tp rasa lesu gitu. Melepekkk je aku hari tu. Sian dear hubby, dia yang kemas rumah, vacuum, lap2 abuk. Eh... selalu pun mmg dia buat. Hahahahaha!!
Bukak posa semua beli. Tak larat nak masak seyhhh!!! Siap ngidam nak makan secret recipe nyer kek lagik. Poyo jer.
Rerupanya, sebab aku tak leh posa hari ni! Tak best betol tak posa time keja. Line tak clear la nak menjalankan operasi! Hishhhh!!! Kena cari geng ni...
No comments:
Post a Comment