Wednesday, October 8, 2008

Kisah Haiqal

Malam tadi... Haiqal pecahkan gelas time aku tengah nak tidokan Iqmi. actually, aku takde lah marah sbb benda kecik je. tapi yang aku hangen tu... banyak pulak citer dia.
haiqal nak letak situ, tapi terkena siku
haiqal tak igt nak letak situ
haiqal tak sengaja letak situ
macam2 lagi la excuses dia bagi


Ni lah abang long kesayanganku...

aku pulak... dah lah penat. imagine masa tu dah kul 9 aku tak mandi2 lagi. solat maghrib je kejap. then kena layan iqmi since papa ada kelas malam tu.

letih betul nak kena sapu, mop satu dapur. ye lah, kaca yang kecik2 tu bahye kalo terpijak. bukan setakat anak2, mak bapak pun bahye tau!

dah tu aku acu2 je nak cubit. tak cubit ponnnn. dia nye nangis cam kena dera lak. jadi tarzan la kejap aku malam tadi. pekik2. aku rasa jiran2 mesti heran tarzan mana sesat ni...

tapi satu aku puji anakanda ku ini. dia memang boleh harap tgk2 kan adik dia. so, sib baik lah dia ada time aku sibuk nak kemaskan kaca2 tu.

lepas tu, timbul rasa bersalah dalam diri aku sbb tengking2 dia cam tu. bukan kesalahan besar pun. pecahkan gelas je. lagipun salah aku gak suh dia amik air sendiri. kalo aku amikkan, blom tentu tak pecah. aku sendiri pecahkan gelas lebih banyak dari dia. wakakakakaka!!!

tu la.. bila dah marah, kita tak kira dah kesalahan tu besar ke kecik. lagipun dah nama budak. baru 7 thn. apa sangat yang dia tau. buah langsat pun dia panggil buah nangka. hehehehe...



To my dear son, sorry for yelling at you!

aku akan cuba untuk kawal kemarahan aku. kawal emosi ngan anak2 aku. insya allah....

No comments: