Wednesday, April 20, 2011

Another big TEST from ALLAH

Yesterday, while drive in entering my work premise, I've got a call from my dear sis (Mc Yah). Asked me do I look the status of my anak sepupu in his facebook? Of coz la blom since opis pun blom sampai. Biasala… time opis baru bukak facebook. Balik rumah aku tak amik port dah. Then, she told me that my other anak sepupu had passed away! Ya Allah!!! Really shocked, even my hand was shaking right after heard the news. How? I asked her.


Regarding to Mc Yah, Eyie (my anak sepupu) was accident early morning today. But she hasn’t got the details. His parent was rushed to hospital after got a call from a friend of their son. And as of now (masa kakak aku call tu) my cousin still at hospital. Innalillah… What a shocking news to be heard this morning.


Arwah disemadikan lepas Asar. Meninggal pada hari Jumaat, betapa besar kurniaNya. Insya Allah... I've called my dear mom after the 'pengebumian' took place. Menurut bondaku, arwah dilanggar lori masa on the way dia nak balik rumah. Dia ngan kengkawan kuar lepas Isyak utk makan2. Budak2 muda... biasalah lepak2 ni. Mak aku kata lagi, tayar lori tu gilis muka dia. Astaghfirullahhh...! Separuh muka dia tu mak aku tak tgk, tp katanya, sebelah mata takde. Sayu sungguh aku dengar. Semoga Allah menempatkannya di tempat org2 yang soleh. Amin...




The day after that, ketaku pulak dicuri org. Adeh... bertimpa2 rasanya. The car was parked in front of the house but outside of the gate sbb dalam gate dah tak muat. Pagi2 tgk, dah lesap. Rasa down la jugak sekejap sbb keta dah nak abih bayar tu...


Logde a police report. Have to take an emergency leave next Monday nampaknya. Nak kena settle ngan insurance, bank semua. Arrghhhh!!!! Hangen betul aku ngan mangkuk ayun tuh. Nyusahkan org betul!


Tp alhamdulillah... a week after that, police called. My car was found. Dan dengan terjumpanya keta ku itu, maka tumpaslah Geng Waja Ais yang memang aim dia curi keja Waja.



Well... this is the big TEST from ALLAH. Hanyalah UJIAN semata-mata!

Sunday, February 20, 2011

Business trip

I've been in comfort zone for quite sometimes and really enjoy it that way. But, finally I've been assigned for a business trip to Labuan. The last outstation that I need to go was around 5 years back. Tu pun dekat je... Seremban.

Tp kali ni agak jauh.... to Labuan. In fact, I’m the project coordinator for Labuan Halal Hub project. Other team members went there for quite sometimes already. Before this I manage to escape from going there, dgn reason ada anak kecik. Hehehe… And finally, my turns come when we’re doing UAT session.

Nana and me - last night at Labuan waiting for our tourist guide to bring us to have dinner

Kalo ikutkan, I don’t need to go pun sbb kalo aku takde, the UAT will be carried out as per scheduled pun. Sbb org lain yang buat UAT tu. Aku just monitor je. But then, aku terpaksa gak pergi sebab lepas tu ada training session. Biasalah… banyak preparation nak kena buat. Walopon aku tak handle the training, tp need to be there as an observer.

Yang tak best, aku kena naik AirAsia. Tak kelas langsung! This is my 1st time naik AirAsia tau. Cuak tu… konpem la cuak jgk. Tp menten. Hehehe… It tooks 2 and half hour to be there. Pilot masa pegi quite ok. Tak terasa sangat gegaran. Even masa landing pun, smooth je. Kecuakkan ku hilang begitu saja. Hahaha!!!

Sampai sana, terus kitorang sewa keta. Dapat sewa Suzuki SX4 tuh!!! Melaramkan kitorang 3 hari kat sini. Tp keta tu bleh sewa 2 hari je sbb hari ke3 dah ada org booked. Takpela.. hari ke3 kitorang sewa Vios la. Rasa cam org kaya lak tukar2 keta. Ahaksss…

Hambek ko.... penuh satu beg coklat!

1st day, check in hotel, solat semua, kuar gi beli kasut and coklat. Then blah ke tempat yang nak buat UAT tu… which is one of our pilot site. namanya Gro Point Fisheries (GPO). Sblm tu sampai sesat barat cari. Tempatnya Patau-Patau. Tp kitorang sesat dah sampai atas dari Patau-Patau. Apa kenama tempat tu… lupa lak. Pusing2 last2 jumpa gak. Patut la tak jumpa awal2, mmg takde sign board pun. Harus la sesat kannn…

1st day nyer UAT session abih dalam kul 5.30. Lepas tu, kitorang kuar lagik beli kerongsang lak. Kawan aku borong sampai beratus2. Aku tak segila tu sbb aku bukan jenis suka pearl2, crystal2 ni. Baiklah beli emas terus.

Muka org cuak wehhh...

2nd day – UAT session one whole day. Habih lambat pulak tu. Kul 6 lebih. Pas tu, kitorang merewang ke bandar. Kena buat copy for Training handout. Mula2 prepare 3 copies only sbb expect tak ramai join. Sekali bos derang kata dekat 10 org nak join. So, kena buat copy lagi. Cari kedai Photostat pun dah 2, 3 kali pusing. Sementara tunggu Photostat, sempat lagi shopping coklat. Mmg gile coklat la duk sini. Lepas perabihkan duit, amik training h/out semua, kitorang gi makan kat Anjung Ketam. Kawan aku nak makan sangat2. Kalo tak makan, tak leh balik kekdah nya.

Having a dinner at Anjung Ketam

Lepas dah sesat 2, 3 kali cam biasa, jumpa jgk Anjung Ketam tu. Betul2 tepi laut. Tp tak nampak apa pun sbb malam. Gelap gulita ko! Sejuk…. Angin kuat sangat malam tu. Kitorang order air kelapa yang kelapanya boleh buat santan dah. Keras giler… tak le nak korek pun. Ketam, amik 2 jenis masakan – honey milk ke namanye? Lupa lak. Satu lagi masak cili. Semua sekali dalam 180 hengget. Kira sorang dalam 60 hengget la.

3rd day – traning. Tp pagi2 buta dalam kul 6.30 pagi, kuar pegi jeti beli ketam and udang. Pas tu gi GPO suh frozenkan. Pas tu, gi airport amik sorang lagi member (infra) datang. Then gi Data Centre nak setelkan bab infra. Hari ni seharian kat Data Centre. Training attends kejap je. Tp suh kitorang nyer partner monitorkan. Make sure all sign off dapat. Tu yang penting!

Waaa... merasa aku drive SX4!

Malam makan ketam lagi. Tp tempat lain lak. Org Data Centre (Mazree) yang tunjukkan. Kira dia la yang jadi tourist guide kitorang. Murah lak tu. 4 org makan dalam 50++ je. Lepas tu pusing2 satu pulau. Yang gabra masa pusing2 tu fuel indicator dah menyala2. Stesen minyak pulak takde kat area2 pantai tu. Sib baik sempat sampai stesen minyak dalam bandar. Pas isi minyak, sambung round2 lagi. Around 1 lebih jgkla baru balik hotel.

4th day… dah last day. Gi GPO amik ketam udang yang dah frozenkan tu. Sambung beli coklat sket2. Round pulau lagi sekali sbb semalam tak puas hati gelap. Tak nampak pun pantai. Kul 10.30 dah naik flight balik KL. And we landed LCCT around 1.40 pm. Kali ni pilot nyer sungguh kasar. Rasa melantun2 dalam tu. Landing pun kemain bergegar. Kawan aku siap muntah lagi.

Nice view up there!

Well… it’s a wonderful trip I guess. Sebab utama, kitorang tak terikat ngan tugas sangat. Banyak main2, jalan2 je. Semua kerja were handled by our partner, and as main contractor to Perbadanan Labuan, we just need to monitor and obverse. How I wish I can take part in this kind of trip again. Hahahaha….!

Happy Birthday to dear hubby!

Today is a special day for me which is the day of dear hubby’s being delivered. In fact, I try to arrange a special dinner with him. Of kos with the kids as well. Tp, he's quite bz this day. So, we end up just having a dinner at home. Senang citer, tak menjadik la rancangan aku!

Anyway, still wanna wish him... HAPPY BIRTHDAY DEAR HUBBY! May Allah bless you with all the good things!


With Haiqal on our holiday at Ilham Resort

Thanks for being with us all this while. Being such a wonderfull person to us and may we still together. Until death do us apart. Insya Allah...

Family pic that I love the most!

Erk... present? Sorry all allocation for the present was utilized for summan payment. Seribu ko habih bayar saman!

So, your present kira postpone tahun depan. Bleh???

p/s: He got netbook for the present, tp kira aku bayar balik monthly kat dia. Aci tak? Hehehe....

Monday, February 14, 2011

An awkward moment

We used to experience an awkward situation once in a blue moon, right? So does me. Actually, it’s happen quite sometimes tp biasala… aku takde masa nak hapdet blogku ini. Malas satu hal… hehehe….

Okeh… once, we had dinner at our regular restaurant. Having tom yam, ayam goreng kunyit and such. While eating, suddenly we saw a couple came in. It’s normal situation if they just like a usual couple. But, they are wearing wedding gown!

Imagine, the bride with her beautiful wedding kebaya, long veil and make up. The groom with baju melayu, samping, tanjak semua lah. Warna sedondon okeh! Nganga la jugak aku tgk couple tuh. Apakah????

Nak kata kawin lari, siap baju pengantin semua. Nak kata buat photo shot, takde la cameraman nyer. Nak kata tgh modeling, melampau la kalo gi makan malam pun pakai baju sponsor. Nak kata tgh buat wedding reception, takkan la takde acara makan beradap. Iskkk… semua yang aku speku tak leh pakai. Tp agak lawak la tgk pemandangan cam tu.

Satu lagi… yang ni agak menyakitkan hati la. On the way to back home, tgh aku bawak keta, ada satu van sekolah depan aku. Masa nak masuk simpang, spt biasa… sbg pemandu berhemah, aku bagi signal. The van not even light the signal on. Tp masuk simpang jgk. Ok la… aku ok lagi. Betul2 kat tepi simpang tu, ada another school van stopped. Mmg makan jalan la. Tp sbb takde keta lain dr opposite site, aku piker boleh la aku masuk simpang tu. Tp, sesuka ati je van skolah depan aku tetiba berenti sebelah van tu. Aku dah hangen. Pesal benti tgh2 jalan ni?

Sekali, tgk driver nyer turun, an Indian lady… jalan ke van sebelah… angkut student dalam van sekolah tu ke dalam van sekolah dia. Apakahhh??? Dah lah benti tgh jalan, tepi simpang. Bleh angkut org lagi? Aku ngan keta2 kat belakang ni cam org budus lak duk menunggu. Iskk… mendatangkan kemarahan sungguh!

Satu lagi, masa tgh odw nak gi keja. Bab jem tu, biasa lah. Mmg kalo nak ke opis, I have to pass 2 toll. Masa ramai2 keta tgh queue nak lepas that toll, adalah sorang mamat ni, naik kancil. Tetiba je menyelit kat keta depan aku. Bajet nak potong keta depan aku. Sekali keta tu tak bagi, so, dia berjaya menyelit depan aku. Ok la… takpe la… ko je nak gi keja!

Lane yang aku tgk queue tu lane TnG. So, elok je dia nyelit, mmg turn dia nak kena touch card tu. Sekali tgk ‘Card is not valid’. Waaarghhh!!! Marah giler aku! Siap hon2 kat mamat tak reti bahse tu. Dah lah menyelit, kad tak leh guna. Mmg menyusahkan org la! Satu keja la aku kena reverse keta nak bagi mamat tu kuar dari lane TnG tuh. Isk…giler nyer marah, aku rasa nak langgar je keta dia. Kalo aku bwk keta buruk, mmg aku sondol je!

Tak pasal2 kena maki ngan aku berbakul2. Nasibla… sapa suh ko budus tak skolah?

Friday, February 11, 2011

Aku pokai!

Hiarghhh!!!!
Had a headache for almost 1 week just because of this. Apa lagi kalo bukan saman menyaman ni! Hishhhh... sungguh lah aku tension tahap nak mamposss!!!

Yesss.... I know, once you do it wrong, you deserve to be summoned. I know it really well. Tp kalo tgk sejarah saman aku ni, all the speeding just more 10 or 11 km/h je dari yang limit tu. One more thing, kebanyakan tu semua masa balik kg. Hiarrghhh!!!! Aku stress... stressssss!!!

Tp, bila mengingatkan I have to pay it no matter what, kalo tak takleh renew roadtax! Maka, gigil2 tangan aku nak menderma duit pada kerajaan mesia yang terchenta nih! Sungguh tak ikhlas wokey! Takde sipi2 pun aku bermurah hati nak menderma ni. Baik la aku coping baju barang sepasang 2, kasut ke, beg ke. Puas jgk ati aku!

Actually, I did call the helpdesk for 1 agent ni. Asking which summon should I pay so that my roadtax renewal can be done. He told me the blacklisted one. Sblm ni aku dah bayar summon lain which cost me RM200. Ok lah tu. Takde nak marah sangat.

Opss.. lupa nak bagitau. Since ada 2 keta, maka 2-2 keta tu aku kena setel. Satu keta (nama aku – dear hubby yang bayar) ada 4 saman – semua speeding. Another one (nama dear hubby – dear hubby gak bayar..hehehe) ada 3 saman. 1 speeding, 1 langgar lampu merah, 1 parking. So, yang aku dah setel adalah langgar lampu merah ngan parking tu je. Bila En. Helpdesk tu kata, saman yang ada mark blacklist yang akan block roadtax renewal, aku check balik. Satu keta ada 1 yang blacklist. Adeh… melayang lagi 300 hengget duit aku. Sib baik PDRM tgh sales 50% skang ni.

So, aku kira dah setel la. Sekali, bila aku check lagi sekali, saman lain lak yang di marked as blacklist. Hisshhh…. Bukan setakat meyirap, me’oren’ ni, dah masuk tahap me’ribena’ aku ni!!! Apa kes dah clear, tp mark yang lain pulak??? Sungguh la aku hangen nak mampos!!!

Tp ye la…. Sapa la aku nak hangen2 pun kan? Sekali lagi dengan menggigil2, aku bayar jgk saman ni! Jadi semua sekali, aku telah menderma sebanyak RM650 kepada kerajaan! Tu pun ada lagi 2 saman yang tak bayar. Kalo la lepas ni dia mark blacklist jugak... hmm… aku bayar jgk la!

Sungguhlah aku ni rakyat yang chentakan negara! Tak termasuk duk bayar cukai tiap2 bulan lagi. Oo… bermurah hati sungguh aku rupanya!!!

Maka sekarang… aku pokai. Haruslah duk melepak kat rumah je pas ni… huhuuhuhuhu…..!

Tuesday, January 25, 2011

Backdated Birthday Celebration

Budak tanak nyanyi
Actually this event took place 2 or 3 months back. Just don’t have time to update it here. Well, nursery tempat Iqmy and Haiqal transit selalunya mmg akan organize an event called Birthday Party. Usually it’ll be arranged twice a year. One for month of Jan – June, another is for Jul – Dec .

This event pun for Jul – Dec batch but they invited all parents to join in. Sebab it was scheduled on Sat after Haiqal sunat hari tu, it’s only Iqmy and me yang pegi. Dear hubby duk umah jaga Haiqal.

At first, I’ve been told from his teacher that Iqmy take part in singing masa event tu nanti. So, sblm pegi, kemain papa dia suh Iqmy berlatih nyanyi. Macam la budak tu besssttt sangat nyanyi nyer. Tp kat rumah, mmg sakan la dia nyanyi. Lagu ntah apa2 pun.

Org lain tgh nyanyi, dia duk tepi je...

Sampai kat nursery, well… quite big event jugak la nampak. Siap berkhemah bagai. Mula, duduk2 and sesi suai kenal ngan other parents. Masa ni la baru tau, anak dia ni best friend Iqmy, anak dia ni kunun2 awek dia tu, dia ni dia tu…. Gitu gini… hehehe… gossip… biasa la.

He got spot on his face. Merah2, bengkak2. Sian...

When the time comes, hampeh si Iqmy tanak join nyanyi. Siap duk bawah khemah sensorang. Haishhh… agak bengang gak la mak dia! Kemain aku standy ngan camera nak amik gbr dia menyanyi. Alih2 tak nak. Tp bukan dia sorang pun. Ada lagi geng dia sama kategori. Siap melalak2 masa org nyanyi. Lawak lak wehh!

The birthday cake. 3 tingkat youuuu..

Cikgu dia kata, masa praktis, ok je semua. Nyanyi ngan penuh bersemangat waja. Alih2 masa hari kejadian, tak serupa bikin lak. Tp kalo tgk masa tu, mmg patut derang takut. Semua parents siap ngan camera duk tunggu nak amik gambar. Ala2 press conference lak. Mau derang tak seram! So, dimaafkan la…


Acara menyanyi yang diselang seli kan ngan acara melalak... hehehe...

Wednesday, January 5, 2011

Teater

It's planned by Mc Yah which sms me asked whether I'm in or not. For me, as long as our family can gather around cam ni... it's should be a must joining event then!

At first, I’m not so into the mood of watching a theater nowadays. Plus, when Mc Yah informs only 6 and above kids are allowed to join. Meaning that I have to leave Iqmy behind which I really hate doing it.

Siyes tak besh posing sorang2. Masa ni geng semua tak sampai lagi

But then, an email from Kak Cik arrived. Listing all the members who will be joined. It’s stated that Mc Na and my mother are joining too. Waa…. Aku sudah terpengaruh maa! Dan2 tu aku reply email mention that I’m in with Haiqal only. Have to maaa!

The show is on 31 Dec 2010 at 8.30 pm. Venue? Of course la Istana Budaya. I’m planning to car pool with Mc Yah since it just two of us. Lagipun aku tak berapa reti jalan2 dalam KL ni. Yang aku expert, gi keja, balik keja. Gi JJ pun expert jgk. Hahaha… tu kira wajib dalam senarai.

Hero - heroin

But, then, Mc Yah suh gi umah dia dulu. From there, we’ll car pooling. Haishhh!!! Buhsan aku! Kena bawak keta jgk. Lastly. Aku drive sendiri la. Kemain duk menghafal jalan yang dear hubby bagi.

Acara wajib, berposing beramai2

Kul 6.30 ptg aku dah gerak. Sian Iqmy, nangis2 nak ngikut. Kalo bleh masuk, mmg aku bawak je. Tak sampai hati sungguh tgk dia. Dear hubby kena umpan bawak gi kedai beli gula2 baru ok. Hmmm… makan rasuah jugak!

We arrived around 7.45 gitu kut, plus sesat2 sket. Perkara biasa tuuuu. Mula2 pegi solat dulu. Masa nak masuk surau, kebetulan one of the actor baru kuar. Siapa? Hero teater ni… Fizo Omar. Alhamdulilah… ada jgk artis yang jaga solat.

The kids

8.30 masuk dewan. Posing2 dulu. Then teater start. Ops… lupa nak bagitau. Tajuknya adalah Siti Di Alam Fantasi. Heroin – Liyana Jasmay yang kurus keding itu.

Vanidah Imran as Ratu Labah2

Cerita? OK la… tak de la best sangat. Ada gak part yang bosan tahap cipan bila scene ulat. Huh… siyes tak best! Tp layan jgk la. Show abih around 11.00 gitu. Kak Cik asked to join her hubby supper at Wangsa Maju. Oh yea… sblm tu, bondaku tak jadi join tgk teater sbb geng2 dia ada. Nak join geng2 dia melepak. So, tiket burn satu.

Lepas abih teater, igt nak balik terus. Tp on the way back, Haiqal claim lapar pulak. Kat rumah mmg sah2 dah takde menda. So, aku call Kak Cik and tell her I’m in. Pegi kedai mamak kat Wangsa Maju. Had quite heavy supper which is nasi lemak and magie goreng. Kira count down kedai mamak ni je lah.

Johan Raja Lawak as Pokok - yang banyak buat lawak

Lepas lepak2, around 1 am jugak lah gerak balik. Sampai dalam 1.30 gitu. Masuk2 je, naik atas, tgk si Iqmy tertido sambil tertonggeng depan tv. Alahaiii… sian nyerrrr...