Monday, April 20, 2009

buat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Been tagged by Mc Dee tapi baru pasan. Biasa lah... masa buat keja sambil2 rileks ni jugakkk

5 Names I go by
a. Err (only among family members)
b. Nick Air (panggilan kawan2 sekolah)
c. Nik (kwn2 U sampai keja)
d. Cik Err (anak2 buah)
e. Yang (Dear hubby je!!)

5 Jobs I have had in my life
a. Cashier @ Mydin Wholesale (lps SPM... giler best)
b. Pendaftar SPR @ MPKB - dalam seminggu 2 je kut. Bosan!!!
c. System Analyst @ MRCB (contract je.. tahan la 3 bulan)
d. Guru Agama KAFA @ KB (lawak tak? lawak siottt)
e. My current job (malas dah cari keja lain)

5 Places I have lived before
a. Kelantan
b. Skudai, Johor
c. KL
d. Selangor
e. Takde dalam senarai

5 TV Shows that I watch currently
a. Iljimae - Korea.
b. Ninja Warrior - baru berkecimpung
c. Bones - onn off
d. Desperate Housewife - selalu off
e. apa lagik... aku hentam tgk semua kalo time free. Bukan senang nak free tuuu

5 places I have been
1. Mesia - banyak lagi tak cover
2.Hatyai, Songkla, Pattani - masa zaman belia 4B
3. Lain2? Tungguuuuu.... ntah bila la tu

5 People that e-mail/contact me regularly
a. Dear hubby
b. Bonda
c. Mc Yah
d. Mc Na
e. Boss

5 of my favorite foods
a. Nasi Kerabu
b. Nasi lauk budu
c. Nasi dagang
d. Laksa johor
e. Western

5 things I would like to do
a. Melancong
b. Pegi haji
c. Tambah saving... emas.. intan.. berlian
d. Tukar and tambah keta
e. Tukar opis - biar duk depan rumah. hahahaha

5 Things I am looking forward to
a. bring my mom and PIL to haj
b. new camera
c. new car
d. better pay - bila nak jadi mgr niii
e. new tv to be put to my room. yang rosak tak ganti2 lagi niiii

5 friends I think will respond
a. G-Ha
b. Diana
c. erkk
d. hurmmm
e. hehehehehe (sekali aku tatau daaa...)

Stay back?

At last... aku kena keja malam jugak hari ni. Adehhh... terpaksa lah aku tinggalkan my lil Iqmy to my dear hubby.
!st time tinggalkan dia, terasa rindu lak. Selalu, mmg tak penah tido ngan org lain. Tp, terpaksa lah. Dah keja namanya...
Pasal keja lak... skang ni aku rasa sunggub bz sekali. Banyak sungguh keja. Kalo dulu, penah gak aku gi keja tak buat keja langsung. Makan gaji buta je. Oppss...
Maybe because of changes of the management. Lain management, lain cara manage nyer. OK lah... admit it.

Pasal FIL aku.. alhamdulillah that he's recovering. Last night dear hubby call, dah boleh bercakap dengan elok. Ingatan pun dah ok. Cuma jalan tu, still slow2. OK lah... improving.

Bonda ku lak, baru balik dari Jakarta. Hamboihhh... seronok berpoya2 kat sana. Tp aku tak gi jumpa lagi dia. Still aku umah kakakku. Tgk lah esok2 gi jumpa sambil mengaut hasil dari shoppingan dia di sana. Hahahaha...

Now is 2.20 am. Tendernya most likely to drop since we got really high price from the vendor. Banyak cerita pasal tender ni, tp aku malas nak talk about it. Buat sakit kepala je. But uploading doc was successfully done tadi.

Aku lak lately selalu gatal2 badan. Naper ntah. Gi klinik makan ubat allergic ngan ubat gatal pun tak jalan. Siap kena cucuk lagi tu. Tensen siot selalu tergaru2. Selalu terbangun tgh2 malam sebab tak thn gatal. Badan jangan cerita la... dah banyak tanda2 udusss bekas kena garu. Pas ni kena gi pakar kulit nampaknya.

Friday, April 10, 2009

The hard times....

Ntah lah.... aku tatau lah. Skang ni bertimpa2 ujian melanda. Perghh.. ayat. Hahaha...

Takde la teruk sangat actually. Starting ngan FIL yang sakit. Then anakanda Iqmy ku demam. 2 days back, just got a news that hubby nyer grandmom belah mak dia lak kena serang stroke. Mild stroke like his father.

Duhhhh.... bertimpa2 lak rasanya.

Semalam, masa tgh organize training, tetiba aku dapat call dari nursery anak2 ku. Akak tu cakap Iqmy ni cam kena campak. Whattt!!!!

Aku dah gabra. Pagi tadi elok je. Takde tanda2 kena campak langsung! Tapi Kak Yam tu kata baru tgh hari tadi ada spot merah. Aku dah lah tgh bz giler minggu ni. Giler bz!!! Ngan customer tgh duk training, team member semua takde. Semua ada keja kat site, sorang gi data center, sorang gi Putrajaya. Tinggal la aku kontang kanting nak kena urus semua sorang2.
But, seems this is emergency, aku call gak PM cakap aku kena balik. I asked him to come to office ASAP. Rasa cam aku lak PM siap bleh arah2 mamat tu balik opis. Terror tak? Wakakaka....

So, I went home and pick up my lil Iqmy. Masa turun keta tu lah pulak tumit kasut aku tanggal. Hishhh... cam drama korea lak! Hinggut2 aku pakai kasut tinggi sebelah. Hishhh... kalo hero tgk, then hadiah kasut baru sure syok! Sempat lagi aku berangan. Hahahahaha....

Guess... what he's doing??



Memang banyak red spots kat badan Iqmy. Belakang, depan, kat tangan. Cuak gak la. Gi check semua, sib baik doktor kata bukan campak. But that was because he just recovered from his high fever. So, haba panas kuar jadi bintik2 merah. Lagipun anakku ittew takde tanda2 demam masa pun. Aktif sesangat sampai aku tak larat nak pegang. Phewww!! Lega bila dapat tau anak sihat!!! Bleh lagi kitorang gi makan sambil bercanda2 lepas tu. I likeeeee


Hari ni, last training for hardware setup. For next week, training was postponed to another week. Another relief coz banyak lagi doc tak sempat aku review. Aduhhh.... sungguh banyak keja aku skang ekk... Sampai tak sempat aku nak berpoya2 masa kerja as I always do before. How I miss my relaxing time during work those days... huhuuhuhu

Friday, April 3, 2009

when the elders need an attention

Actually my dear FIL's condition really beyond my expectation. Sungguh tak sangka he's become so weak as he never being that way before. Kalo sakit pun setakat demam2, pening2 gitu. But during my visit last week, I can't help it! Akhirnya gugur jugak airmataku melihat keadaan dia. Ditambah plak dengan dear hubby pun turut nangis. Itu lah... bila tuhan nak tarik nikmat, He can do it in a split second.

My FIL's condition mmg agak teruk. Takleh berjalan, bangun. Makan minum semua kena org tolong. Looking at him, makes me wonder, how is it going to be if I'm in his shoes? Will my kids take care of me?

Luckily PIL ada ramai anak. Lakiku 8 beradik and aku sdirik pun 9 beradik. Alhamdulillah, semua anak2 take really good care of their parent. Then, aku pikir, aku baru 2 anak. Org kata, sorang mak bleh jaga 10 anak, tp 10 org anak tak semestinya bleh jaga sorang mak. Hopefully anak2 aku akan jaga mak bapak derang elok2 jugak as we do to our parent.

Talk about PIL, aku lagik kesian dekat MIL aku. Penat dia jaga FIL aku. Aku risau nanti dia lak yang sakit. Selalunya kita lupa pada yang sihat ni coz sibuk duk pikir yang sakit. Bg aku, lagik penting kena jaga yang sihat ni, kena support dia so that dia tahu kita pun concern pasal dia.

Well...
Tonite we'll back to KB again. Penat hari tu pun blom ilang, tp memikirkan masa the elders ada ni lah kita kena jaga, aku abaikan segala kepenatan yang melanda.
Perghhhh... menantu mithali tak aku??? Wakakaka...

Friday, March 27, 2009

On leave

I'll be on leave for 2 days next week.

Sebab nya?

Nak balik kampung. To visit my dear FIL which is not in the good condition. His health become worst since my last visit. According to my SIL, my FIL ni cam nak kena stroke. Simptom2 nya ke arah itu. So, I'm quite worried.

Actually hari tu masa dia nak datang KL, both of us (dear hubby and me) were surprised sebab selalunya dia tak suka jalan2 jauh ni. Dah lah masa dia nak datang tu kitorang dalam mode bz. Keja masing2 banyak. But, since this time he voluntarily coming here, we just welcome him. But dalam ati cam dah berdetik... kenapa bapak mentua ku rajin lak nak datang. Something not gonna right I thought. Doa je la banyak2 semoga everything gonna be just fine.


His 1st time sitting in babychair



So, we're going back ko KB tomorrow. Amik AL 2 days, gonna back to KL maybe on Tues. Cuti kejap2 ni yang aku buhsan. Letih!

Dah lah minggu depan ada stress test. Blom apa2 aku dah stress. Hehehehehe.




Muka budak jakun pakai spek



Some update on Iqmi:

1. Dah tumbuh 2 gigi

2. Tak leh larang... mulalah buat aksi sedih and merajuk

3. Merangkak dengan saksesnya.

4. His weight increase 0.4 kg to 7.4 kg. Naper ringan sangat anak aku ni?

5. Makan banyakkkkk. Tapi berat tak naik2

6. Takleh duduk diam. Ada je keja dia nak buat

7. Mulut dah start bising.

8. Kalo nangis, volume tu sesuka dia je nak jerit.

9. Tak suke duduk dalam playpen or walker dia. Buang duit je beli memahal!

10. Paling penting... menten cute. Ahaksss


Abang long yang poyo tak pakai suar

Pasal abang long yer lak... he's almost 2 months attending his Karate-do class and seems really enjoy it. 1st semester exam... not much improvement cuma Bahasa Arab dapat 100%. Ni confirm ikut kepandaian mama dia ni... wakakakaka.
Tapi math and BI aku rasa ikut papa dia. Sayuuuppp je... adehhhh... takpelah. Kalo ikut papa dia, jenis hero tak 'gaduh'. Insya allah....

Wednesday, March 18, 2009

Hectic!!!

What a long pause after my last post in this blog. Memang haku bz sejak akhir2 ni. Maknanya, sblm ni aku banyak masa melahu la ekkk??? IT terms tu melahu tuuu... Hehehehe....

Actually, my project that I work for has come to the crucial part...UAT. So mmg kelam kabut sket lah nowadays. The UAT take part last 2 - 5 March 2009 and was held successfully even there's a lot of comments given. Kira2 dalam 80% jugak yang pass. Ok apa...

This pic was taken during FRS Workshop at Ilham Resort. Long ago.. aku peknen Iqmi 7 bulan masa ni

Masa buat UAT tu, mmg aku senang bangat sebab it was held at Putrajaya. Dekat ngan umah aku. Pagi2 aku bleh berpoya2 lagi lepas hantar anakanda2 ke nursery. But 1 fine day, dear hubby hantarkan. Lepas tu, dia gi keja. Yang lawaknya, dia bwk ngan kunci2 keta sekali gi keja. Dalam kul 8, kelam kabut aku cari kunci tak jumpa. Kunci satu lagi dah takde battery. Kalut lah aku menalipon lakiku. Cam2 cara dia suh aku buat. Ketuk2 kunci la, tekan dekat2 ngan keta la. Bila semua tak jalan, dia suh aku amik screw driver, bukak kunci tu, then gosok2 battery bagi panas. Lepas tu try bukak. Kemain lagi aku gi cari screw driver, then duk tercongok depan pintu nak bukak kunci keta ni. Abih segala ayuku! Lepas tu, try bukak keta, tak jalan jugak.

Aiseh... aku dah cuak dah. Dah la first session aku yang kena handle segala testing review yang dah buat hari sebelumnya. Adehhhh. Lastly, dear hubby suh bukak je manually. Kalo alarm bunyi, dia suh cari button dalam keta tu suh off kan. Kalo tak jumpa jgk, katanya, tunggu je lah sampai alarm tu berenti bunyi. Takde jalan lain dah. Dah lewat dah pun masa ni.

So, aku pun dengan lenggang kangkungnya, gi cucuk kunci keta. Pusing2.... Aikkkk... tak kunci ponnnn....

Chaiiittt!!!! Rerupanya, dear hubby tak kunci pun keta. Aku ni berpeluh duk godek kunci keta. Sekali, tak kunci pun. Hampeh sungguh!!!

Akhirnya, aku lah org last masuk testing room. Sib baik blom start lagi and semua org sibuk breakfast dulu before the session get started. Phewwww.....

On weekend, aku balik kg. Sebenarnya saja je menemankan my SIL. Dia nak hantar my PIL balik kg. Since both of them not in the good condition, biasa lah... org tua... pening2, letih. So, SIL tak berani nak suh derang balik sendiri. Instead, dia hantarkan. Aku lak, since dear hubby got a school camping, dia suh aku ikut balik. Yang tak bestnya, Iqmi demam masa balik. Sian... badan panas, selsema lagi. Ngan aku2 sekali letih.

Another week, I have to attend a Project Management course. The course was good. Banyak yang aku belajar in case I've become a Project Manager (ntah bila lah tu). But, the last day, I have to skip. Tetiba diserang vertigo. Aduhhh... berpusing2. Rasanya sebab angin kut. Ntah lah. tapi sayang lak sebab tak abes kan. Yang lawaknya, si instructor tu bleh lak tanya aku pening sebab dia ajar susah sangat ke? Hampeh je org tua tuh.

As of now, I have to prepare all those reports. Another testing phase after this which is more challenges! Hope for the best anyway...

Thursday, February 26, 2009

Expired...

Lesenku telah tamat tempohnya 21hb hari tu. Skang dah 26hb baru aku pasan lepas aku godek2 purse ku itu. Maknanya... almost 1 week aku bawak keta takde lesen. Wakakakaka...
Tapi sebab drive keta, aku tak takut sangat. Selalu polis tahan mamat2 motor je. That's why my dear hubby cukup risau kalau ada yang expired motor dia.

Yang tak bestnya, masa semua complete ni, takde lak kena tahan. Kalo lesen mati ke, road tax mati ke, banyak lah plak roadblock nya.

I did remember kitorang kena tahan masa mula2 kawin dulu. Masa tu still belajar, dari U nak balik kg for raya haji. Merempit tu. Masa tu nak naik bas kul 12 malam. Sampai jalan ke Skudai, ada road block. Giler gelabah sebab road tax dah expired. Polis pun tahan suh berenti tepi jalan. Dear hubby dah berpeluh. Tapi buat2 cool. Takleh nampak suspicious woo. Kang tak pasal2 kena. Dear hubby kuarkan lesen. Lambat2 tu. Aku gabra abih dah. Masa tu lah polis lain datang. Nampak cam ketua antara polis2 yang buat road block tu. Dia tgk kitorang bwk beg baju.
Polis: Ni nak gi mana ni?
Hubby: Balik kampung cik. Nak balik raya ni
Polis: Bas kul berapa?
Hubby: Kul 12.00
Polis: Hah... skang dah kul 11.30. Pegi..pegi! Kang kena tinggal bas.
Hubby: Terima kasih cik... (dalam ati..legaaaa!!!)

Terus hubby pecut. Thank God! Lesen pun dia tak tgk. Phewww!!! Kecut perut aku wooo. Tapi sekali igt lawak lak. Hahahaha....

Dear hubby penah gak cerita. Penah sekali , masa ada dia lalu road block, tgk semua motor berenti. Dia tak kena tahan, tapi berenti gak. Sekali kena marah.'Ni sapa suh berenti ni? Jalan....jalan...' polis tu kata. Dia pun jalan la... Tapi masa tu tak takut la sebab semua complete. Hehehehe....

Adeh... bila lah aku nak gi renew license aku ni???