Pagi tadi, topik kat Hot FM adalah cerita di tempat parking. Suddenly aku teringat kisah yang aku alami long ago. Tp nak tepon Hot? Mmg tak koser la kan. So I preferred to jot down here for my reading pleasure sek sok.
Ok... Masa tu malam. Kitorang tgk mid night. Kitorang tu referred to aku, dear hubby and Haiqal. Masa tu baru ada Haiqal. Dia pun dalam 5, 6 tahun cam tu. So, mmg selalu gak kitorang kuar tgk mid night together gether. Rasanya kali ni citer Transformer ke? Sbb dear hubby mmg duk tunggu2 citer ni.
Movie abih kul 1 lebih kut. Kitorang pun kuar la ke keta nak balik. Haiqal pun dah tangkap lentok. Sampai kat parking, sekali tgk tayar pancit daaa... Maka berkerja keras la laki aku nak tukar tayar. Nak bukak skru tu pun punya seksa. Sbb derang ketatkan skru tu guna machine angin tu kan... harus la tak leh guna kederat laki aku yang slim ittew.
Dear hubby guna besi panjang, dan pijak besi tu untuk longgarkan skru. Tp tak bergerak pun kooo... Lepas 2, 3 kali cuba, dia suh aku naik n pijak besi tu secara berjemaah ngan dia plak. Aku pun tolong la. Tak bergerak jugak wehhh!!!
Masa ni... ramai je org yang lalu lalang, tp semua main tengok je. Takde rasa nak tolong kitorang langsung. Melayu ke China ke... semua sama. Kitorang still gegeh duk panjat batang besi tu. Adeh la... punya ka ketat skru tayar tu, sampai letih gak la kitorang. Tp hampeh tak bergerak. Prihatin sungguh rakyat Mesia ni.
Sekali... ada la sorang pompuan. Agak boyish dengan style tomboy dtg tolong. Sebab dah tgk kitorang cam helpless je nak tukar tayar ni. Dia try panjat besi tu, then... tadaaaa... sekali tendang, skru dah longgar. Walawehhh....hebat tu.
Maka, dengan pertolongan dia... berjaya la dear hubby tukar tayar. A zillion thanks to her. Aku pun lupa nak berkenalan. Setakat cakap cam tu ye. Yang lawaknya... dia sempat bagitau..."korang tak cukup berat tu..." Miahahahaha.... hampeh!