Truthfully, I've never experience an accident. I mean the one yang cedera2 la. Kalo setakat calar2, kemek2 keta tu.. ada la 2, 3 kali.
Tapi kali ni, it's happen to my boy. The eldest one Haiqal. Masa tu, aku still dlm pantang. Dah sebulan kut baby Hadif masa tu. Mak aku still ada rumah aku, tolong jaga kitorang. Sebulan jugak la bondaku tersayam duk rumah.
Actually, since blm bersalin lagi si Iqmy duk mintak nak beskal. So hari tu, weekend, dear hubby kuar ngan anak2 gi beli beskal. Kunun masa tu nak repair beskal Haiqal je. Sekali balik, 3 beskal sekali ada dlm bonet keta. Katanya, satu untuk Iqmy, 1 untuk dia and beskal lama Haiqal dia bwk repair. Tp pas2 ni beskal baru tu akan bagi kat Haiqal jugak katanya.
So, every evening, lepas balik sekolah, derang akan round taman perumahan ngan beskal. Sebab nyer nak train Haiqal naik beskal gi skolah. Sekolah dekat je... tp fee utk transport beratus. Mmg tak berbaloi la. Tp nak lepas dia naik beskal g skolah cam tu je.. mmg tak berapa nak harap la kan. Harus la train dulu. So.. derang akan naik beskal la petang2 lepas balik skolah dgn dimonitor oleh papa derang.
Hari tu, baru hari ke2 derang round pun. And hari ke 3 lepas beli beskal. Aku duduk kat rumah je la sementara tunggu derang balik. Around 7 mlm, tetiba mak aku cakap.."Eh.. naper Haiqal balik jalan kaki? Sapa yang hantar? Naik keta tu". Aku pun bangun nak tengok. Lepas tu, mak aku cakap lagi.. "Eh... naper muka Haiqal berdarah2 tu?" Haaa.... Apa????
Dengan pantas aku terpa ke pintu. Sekali tengok muka anakanda beta... uwwaaaaa... kenapa??? kenapa????
Serious... masa ni hati aku dah takde rentak dah. Berdebar2 cam apa ntah. Siap nak nangis lagi. Terus aku tanya "Kenapa ni Along?". Dia jawap accident je. Huhuhuhu... aci kerat jari... mmg aku nak pengsan!
Muka berdarah abih, mulut bengkak. Katanya dah pegi klinik. Tak lama kemudian, dear hubby sampai. Baru lah tau cerita sebenar. Mula2 dia ke taska derang nak amik benda tertinggal. Laki aku ngan Iqmy tak ikut. Tp duk main2 area2 situ je. Taska derang pun takde la jauh sangat. Masa tu... laki aku ngan Iqmy duk main beskal... 2 row je belakang rumah aku. Haiqal lak kat simpang nak masuk row rumah situ, lepas dah balik dari taska dia. Sekali bunyi dentuman kuat. Instict laki aku cakap.. accident ni. Pas tu dia nampak beskal biru kat tepi keta tu. Alamak... anak aku! Terus dia jerit nama Haiqal. Sib baik Haiqal masa tu boleh bangun. Kalo terbaring... ntah la.. tak tau la cemana.
Masa tu la pulak duk sibuk ngan Iqmy. Nak lari ke tempat Haiqal pun tak boleh nak tinggal Iqmy sorang2 kat jalan tu. Tp dia jerit kat driver keta tu... Jangan lari! Ada orang kat situ tolong angkat beskal and check keadaan Haiqal. Laki aku pulak, sibuk nak marah driver keta which is apek tua instead of tgk keadaan anak. Duk cakap jangan lari... jangan lari...
Bila dah tgk semua, dia tanya cemana kena? Apek tu kata Haiqal salah sebab tak tgk kiri kanan, main masuk je simpang. Haiqal lak kata dia tak nampak keta sebab tepi jalan tu ada keta lain park. Terlindung. Tapi laki aku nyer conclusion... apa2 hal apek tu salah sebab Haiqal budak. Kalo kita yang langgar budak... otomatik org tua yang salah. Budak tau apa?
Terus derang bawak Haiqal gi klinik. Parking kt klinik tu penuh lak. Laki aku n Haiqal n Iqmy masuk klinik dulu. Apek tu gi park keta dia. Sempat laki aku pesan kat budak2 muda yg tgh minum kt restoran sblh klinik tu... tgk keta apek tu, hafal plet no. Takut apek tu lari. Apek tu cakap "Saya tak kan lari maaa... saya pun takut ni" Sian pulak dengar dia cakap camtu.
Doktor basuh luka, check semua ada patah ke apa. Alhamdulillah.. luka kat muka je. Tangan sket. Patah riuk mmg takde. Tapi tang muka pun... ngeri la wehh... Aku mmg takleh letak ubat kat luka dia. Seriau. Mak aku la yang tolong letak.
Yang sadisnya, the next week tu dia peksa. Nak MC pun tak leh. Sian... kang miss lak peksa dia. Dah la nak UPSR tahun ni. Tp alhamdulillah... weekend tu luka dia baik ngan cepat. Aku pun paksa dia minum pati ikan haruan yang sepatutnya aku minum. Hehehe... teknik ngelat.
Yang pasti... walopon luka yang sedikit tu pun dah buat aku kelam kabut nak pengsan. I can't imagine how to face a worst one. Sungguh aku tak sanggup. Mintak dijauhkan... dan semoga keluargaku dilindungNya dari segala penyakit, kecelakaan dan apa jua bencana. Insya Allah. Amin...