Dari 11.03.13 iaitu hari Isnin lagi aku dah start cuti… MC la. Isnin ada checkup kat Serdang. So mintak MC. Selasa… ponteng dengan sukati. Rabu, checkup kat Az Zahrah. Mintak MC sampai Jumaat terus. Tak larat dah aku nak drive gi keja wehh… Doktor lak tak banyak songeh, siap tanya nak berapa hari MC. Pagi kul 10.30 checkup tu.. dr dah check…. Bukak 3 cm. Tp dia rileks je suh aku balik. Kalo ada contraction baru dtg spital. Aku lak… cam blur2 ayam gitu.. balik je. Sebab nya aku mmg tak penah rasa cemana contraction sblm ni. Pregnancy sblm2 ni… semua kena tahan masa checkup. Tak sempat contraction pun.
Sampai rumah, dear hubby call cemana, aku cakap la dr ckp dah bukak 3. Dia lak yang gelabah, suh gi spital. Lepas zuhur, kitorang gi Serdang. Gamble je… kalo kena tolak Kajang, baru nak gi Az Zahrah. Sampai Serdang… mmg ramai la yg tgh tunggu. Ada gak yang tgh queue utk dibawa ke Hospital Kajang sebab penuh. Aku tawakal je. Menyerah diri utk di check.
Mmg lama la menunggu. Ye lah.. dah spital
gomen kan… what do you expect? Kalo swasta lain la… tp adik aku kata dia gi
check Az Zahrah pun mau 2, 3 jam gak menunggu. So… kira sama je la. Baik gi
yang free dah gomen provide ni kan.
1st check… dah bukak 4. Suh tunggu
lagi. Sempat aku solat Asar dulu. Laki aku dah penat menunggu. Standard la tu
kan… yang aku bersyukur sangat sbb tak dtg spital time tgh malam2. Sebab masa
tu nak campak mana anak2 aku? Bukan ada bibik boleh tinggal cam tu je. Yang lawak,
dear hubby dah pesan kat budak2 tu… ‘kalau mama sakit nanti, along jaga adik
ekk. Papa dah tak bleh jaga sebab kena tgk mama. Nanti kita wat latihan gi
spital!’. Amik ko… siap nak wat rehearsal tuh.
Okeh.. sambung cerita. Around 7.30… check
lagi. Dr kata dah bukak 5. Terus dia nak pecahkan air ketuban. Aku? Harus la
gabra tahap gaban! Takot woiii… Pulak tu… rasanya 3 org duk kerjakan aku nak
pecahkan air ketuban. Walopon tak sakit sangat… tp ngeri gak la weh. Lepas tu,
nak cucuk utk drip plak. Walawehhh… 3 kali cucuk kat 3 tempat wokeh! Semua tak
sakses. Last sekali derang cucuk kat atas pergelangan tangan, dah situ je yang
ok. Orait gak ahh… tak la sakit sangat time bergerak2 nanti.
Kul 8.30… aku dah ditolak ke labour room. Bilik
no 10. Tak lama lepas tu, dear hubby masuk. Borak2 sambil tunggu contraction. Masa
ni la semua terasa.. nak berak la.. nak kencing la.. adoiyaaa… nak gi toilet
dah tak boleh. Sib baik misi semua baik2. Semua org nak beranak cam tu kut. Aku
sblm2 ni dr bagi ubat utk buang segala benda dulu masuk labour room. Ni tak
sempat masuk ward, terus tolak ke labour room. Tu yang tak best sket.
Around 10.30 pm baru terasa bebetul
contraction yang sakit giler nak mampos… boleh pulak aku lupa cemana nak
meneran time ni. Aku igt time rasa nak meneran tu teran la. Pas tu rileks. Sekali
kena teran sampai baby kuar daa… adehhh…. Tapi seyes, ni la 1st time
aku deliver yang betul2 normal. Selalu kena induce and tak rasa sakit sangat2. Ke
dah lupa sakit? Ntah ler… hahahahaa!!!
Lepas teran rasanya beratus2 kali.. (ye…
agak over sampai beratus. Gimik je.. hehehe) aku dah abih tenaga. Ye la…
imagine.. last meal aku adalah kul 12 tgh. Lepas t uterus tak makan sampai
malam. Harus la letih nyahhh! Sampai bidan dah suh laki aku amik air sapu2 kat
muka sebab aku dah nak pitam. Bidan tu siap cakap… nak tarikh cantik tak… cepat
teran!!!At last… kul 11.37 pm… keluarla another hero. Alhamdulillah sesangat. Takde perkataan yang mampu aku katakan selain bersyukur yang teramat sangat. Bila dah azan dan iqamat, nurse bwk kuar utk dibersihkan. Nurse tya, sblm2 ni baby berat brp? Aku cakap paling besar 3.0 kg. dgn konfiden dia kata, yang ni around tu jugak la ni. Bila nurse hantar baby balik, dia cakap.. ‘baby puan berat 3.5kg!’ Haaa!!! Hambek kooo… patut la rasa cam putus nafas nak beranakkan dia. No wonder aku rasa susah nak kuar. Kalo time Iqmy dulu, bila kuar kepala, senang je kuar badan. Yang ni… adoiii makkk seksa!!!
Tapi yang tak best Serdang ni, dia tak
letak dlm ward. Just letak kat Transit room which is dlm ni ada la dlm 10 katil
without any borders for each bed. Terbukak ala2 dorm gitu. Imagine la kita nak
nyusukan baby… mmg tak selesa la sebab laki masing2 ada temankan wife memasing.
Sungguh tak menepati citarasa. Tapi kira darurat kut sbb ward penuh.
Pulak tu baby ku tak berak for 1 whole day
for the 1st day. Jadi tak leh balik lg. nak dekat 24 hours lepas
deliver, baru dia berak. Tp aku lak problem sbb katanya agent pembeku darah
kurang. Kalo normal reading 150, tp aku nyer 130 jer. So kena amik darah buat
test lagi. Lepas tub bp over low pulak. Siap berbunyi2 mesin tu time nurse amik
reading. Aku dah cuak. Apa lagi ni???
Dlm tghari cam tu, doctor kata reading dah
normal. Boleh balik. Yahoo… terus aku tak tya dah pasal bp tu. Kira ok la. Cuma
pening2 sket. Biasalah… aku mmg darah rendah.
Well... dengan itu bertambah lah koleksi hero ku. Apa pun mama loves all my heroes very much! You are such a wonderful gift to me...
Welcome to the world my evedearest NIK IQRAM HADIF