Tuesday, September 29, 2009

Cerita raya - edisi balik kampung


Driver tgh sahur

Selamat hari raya to all muslimin and muslimat out there! Salam Aidilfitri!

Okeh... cerita raya aku panjang kali ni. Harus aku buat entry berepisod2. Ala2 telenovela gitu! Hahahahahaha

So, lets start with my last stop ek. Khamis sblm raya tu, aku kata aku nak ponteng kan? Oleh kerana aku senyap lepas tu, maknanya... aku telah berjaya ponteng ngan sakses la tu! Actually, plan cam nak failed di saat2 akhir sebab tetiba bos aku ada. Elok je duduk kat bilik dia. From his place, he can straightly see me. Jadi plan aku agak terbantut. Dari kul 11, aku postpone ke kul 12. Tp bos aku still duk kat tempat dia. Hissh... mamat ni takde meeting ke? Selalu takde pun lepak kat tempat dia.

At last kul 1, dia bangun. Bukan nak kuar. Tp datang tempat aku.
Sekadar gambar hiasan - test camera sebenarnya. hehehe
Haaa?? Apa lagi ni??? "Nik... ni surat ni u buat gitu... gini. Form ni gitu gini... Doc ni gitu gini" tetiba banyak la arahan dia. Uwaa... rasa nak nanges!

Aku buat2 angguk, paham ngan instruction walopon dalam hati dah nyumpah seranah memacam. Otak still bekerja keras... cemana aku nak blah ni? Suddenly aku cakap "En. XXX, saya nak balik awal hari ni bleh? Anak saya demam, nak gi klinik" perghhh... sungguh effective otakku!

"Okeh. Nanti make sure doc tu semua you buat gitu... gini..." sempat lagi bagi amanat terakhir tu! Aku? Apa lagi.... zuppppp kemas lappy, tutup suis. Hahaha... masuk dalam keta aku gelak kuat2. Muahahahaha!!! Tabik spring pada diri ku sendirik!!! Syabasss inspektor sahabbbb

Balik rumah, igt nak landing2. Tapi x leh la. Hati dah ada kat kg. So, aku packing barang2. Buat tu buat ni, tetengok, dah Asar. Lepas solat, amik anakanda2 semua.
Aman perjalanan bila budak kecik ni tido
Malam, around 12, bangun. Kemas barang, sidai kain. Normal sidai kain kul 12 malam ni! Gitu gini, dalam kul 2 pagi gak lah kitorang bertolak. Igt jalan clear masa ni. Sekali kat jem kat Karak. Dushhh... merangkak gak la. Pulak tu, jalan biasa ke Bentong ditutup. Dia bukak jalan lain as alternatif. Tp nak masuk simpang tu pun panjang berjela duk queue. Finally, kitorang lalu ikut Terengganu. Baik jauh sket dari duk merempuh jammed nuh. Haaa... merasa lah aku toll free malam tu. Ahakss!

Co-pilot ni keja dia tido je

Around 5, dear hubby benti kat RnR mana ntah. Sahur dulu. Kejut abang long, makan sahur. Alhamdulillah, dia makan tanpa banyak soal. Siap bertambah tu. Papa dia lak tak lalu makan. Iqmy, tido dengan lena sekali!

Lepas tu sambung journey. Dear hubby ngantuk sakan. Naik risau aku tgk, last2 aku suh dia stop. Aku lak drive. Nak ikut Jerangau - Jabor. Tapi tatau jalan. Abis semua org aku call tanya jalan. Tp terlepas lak simpang ke Muktafi Billah Shah. Sambil dear hubby membebel, aku stop keta, dia lak bawak. Pusing balik masuk LPT, masuk balik simpang Muktafi Billah Shah. Jalan terusssss ladang kelapa sawit, tak jumpa surau! Hampeh.. terlepas Subuh aku hari tu. Dah kul 7 lebih, jumpa stesen minyak. Dear hubby sempat solat. Aku ngan beratur nak masuk toilet nyer dah berejam. Missed jugak.


Sudah bukak baju... panas seyhh!

Lepas tu sambung lagik. Aduhhhh... sungguh mencabar jalan balik kg. Terasa lama amat nak sampai. Adalah 3 kali tukar driver sbb main pilot asyik tersengguk je. Co-pilot lak tak leh nak berenggang ngan kapten kecik. Huhuhuhuh...

Sepanjang perjalanan, adalah dalam 4, 5 accidents. Yang paling teruk, keta masuk paya la... terbabas sampai masuk longkang. Yang lelain just bumber to bumper. But it reminds me to stay alert!

Posa lagi la bang long....

Finally, we arrived home around 12.30. Perghhhh... letih!!! Papa lak lepas sampai, terus siap2 nak gi solat Jumaat. Lepas tu, dia pengsan sampai Asar!

~ END OF PART 1. TO BE CONTINUED... ada cam citer Mr Bean tak? hahahaha....

Thursday, September 17, 2009

Cerita macam2

I've got an invitation for bukak posa with customer yesterday. The venue at Resident Hotel, Uniten. Aisehhh... aku tak penah drive sdirik ke sana. Mmg konpem tak tau jalan. Luckily, one of my colleague would like to go with me. Since he's a guy, I asked him to drive instead. Hahaha.. boleh lah aku bersenang lenang sepanjang perjalanan.

Kitorang decide to move around 4 from office. Takut jalan jem. MRR2... stended arr. Nak2 bulan posa ni. Mencabar keimanan sungguh!

Around 3.50 it's started raining. Aiseh... from my building, I can saw the vehicles were crawling along the road. So, aku kemas2 barang, turun. Tunggu mamat tu tak sampai, aku sms nak gi lepas Asar sbb lagi 4,5 minit nak masuk. Tp, elok je aku send, nampak dia dah sampai. OK la.. gerak terus la...

Sekali, lepas Flamingo, jalan dah clear. Hampeh!!! Blom kul 5, kitorang dah sampai area sana. Nak buat apa melanguk tunggu situ. So, kitorang decide nak jenjalan dulu. Masuk Mines. Jalan2. Window2 shopping. Terbeli gak lah baju Iqmy 3 pasang. Ciiittt!!! Siut je mamat tu. Saja nak perabihkan duit aku!


Ni appetizer okeh. Puding roti, buah, sup daging, bun dan putu piring. Teh tarik sekali

Around 6.15 blah ke Uniten. Dah ada geng sampai. Tp kitorang gi solat dulu. 6.30 masuk restoran tu. Usha2 tempat, menu semua. Quite good! Makanan variety giler. Memacam ada. Menarik la...

Lepas tu, berlangsung la acara lantak melantak, bedal membedal. Hehehehe... Best gak makanan sini. Lepas solat Maghrib, sambung lak episod 2. Hahahaha...

Around 9.30 semua dah mintak diri. Kitorang berempat (team members) pun gerak ke kereta. Tp sempat lagi berbual. Lama gak borak hal2 isu semasa. Dalam 10 lebih gak lah baru tolak balik. Nak kuar dari Uniten tu, aku ikut mamat tu (masa balik dia tumpang org lain lak). So kuar dari Uniten dengan selamatnya.

Sampai mana ntah, aku potong dia. Cam konfiden dah tau jalan. Siap lambai2 ala diva lagi kat dia. Terus je aku drive. Sampai ntah mana2. Mula aku gabra. Tgk signboard, aiiikkkk ni nak ke KL. Sudahhh... kemana hala aku drive ni. Tp berlagak cool. Rilekss... rilekss.... pas ni ada lah signboard ke Kajang tu.


Ni kategori dessert. Choc fountain, eskrem and another teh tarik


Maka aku terus je menonong drive, sampai nampak signboard ke Sri Kembangan, Balakong. Aku hentam masuk. Tawakkal je la....

Last2 kuar ikut JJ Cheras Selatan. Fuhhh.... at last, sampai jugak ke jalan yang aku kenal. Hehehe... lepas tu bawak keta ngan kereknya. Muahahaha...

Sampai rumah, anakanda2 semua dah tido. Tetiba kaki aku cramp. Sakit siut! Selalunya time aku peknen je cramp. Ni tak peknen pun kena gak?

Sblm mandi, jenguk Iqmy jap, sian... tido tanak minum susu botol. Still demam lagik.

Lepas solat, Iqmy sedar. Terus aku bf dia. Rindu giler rasa walopon kejap je tinggal. Selalu aku yang amik dia kat nursery. Only mums know the feeling!

Masa tido, tetiba kaki aku cramp lagik. Huaaa... 2 2 belah lak tuh. Sampai terjaga Iqmy sebab aku duk mengaduh masa dear hubby urut. Sungguh sakit okeh!!!
Eh... kenape ek cramp? Kureng kalsium ke apa?

Around 4 am, badan Iqmy panas. Dia pun cam tak lena tido. Terus aku bangun, kejutkan dear hubby. Bagi Iqmy makan ubat. Hishh.. ubat dia dah nak abis. Kena gi klinik nampaknya. Memang ubat dia kena standby selalu.

Kul 5 lebih, kena bangun sahur dah. Adehhh.. rasa baru je lelap! Dah kena bangun.

Masuk keja hari ni, sungguh mandom. Call adik aku, dia on the way balik kg dari Desaru. Uwaaa.. lagik la melonjak2 atiku nak balik.


Ni hasil shoppingan ku hari ni. Anklet tu org bagi...

Aku rasa nak ponteng lah hari ni. Lepas lunch nanti nak balik terus. Cun tak plan aku???

Kita tgk berjaya ke tak. Okeh!!!

Wednesday, September 16, 2009

Cerita sblm raya

Hahahaha... aku bersiaran lagi. Kan dah kata... MIGHT NOT tu! Maka hari ni aku rasa nak berpoya2 masa keja. Malas wehhh nak buat keja. Nak review document pun rasa cam cacing je tulisan tu!
Hari ni, the meeting at Putrajaya was cancelled. Aku OK je. Lagi suker sebenarnya since tak payah aku duk control cun dalam meeting room nu. Pulak tu, konpem aku yang kena prepare the minutes which is I dun like it very2 much! Kena bagi sepenuh perhatian lah dalam meeting tu. Kalo tertinggal any important point, mau 4, 5 kali kena ulang benda yang sama! Buhsan okeh!

Semalam, dear hubby called, mentioning that he was allowed to take leave on Fri. Waa... suker gilakkk aku! Maknanya, ada harapan lah aku nak balik awal. Sehari awal pun, kira awal gak la tu. Semua family aku balik awal. Adik aku Mc Na, plannyer nak balik pagi Khamis. Pegi keja dulu tunjuk muka, dalam kul 10, 11 dia nak chow. Dia tak pakai laptop ok la nak chow cam tu. Aku ni, nak kemas2 laptop masuk beg, mau semua org pasan aku nak blah.

Org baca Quran, dia pun sibuk nak baca gak

Adik bongsu aku Imah tu pun balik ngan dia. Siap dah janji nak tunggu kat Gombak. Pulak tu plan baekkk nyer nak jumpa adik ngan abang aku dari Desaru kat Kuantan. Konvoi dari Kuantan. Jeles siuttt dgr dia plan cam tu. Rasa nak join gak...

Kakak sulung aku pun balik esok pagi. My other sis, balik esok lepas keja. Bukak tgh jalan, then sambung the journey to KB. So, kalo aku sorang je balik Jumaat, maka aku lah org yang lasssst sekali sampai! Tak syiok maa.

Lepas dear hubby cakap dia bleh apply cuti, maka dengan pantas dan efisyen, aku terus apply cuti. Mintak2 approved la cuti kami itu!!! Aminnnn...

Balik keja semalam, gi amik anakanda2 kat nursery, diammmm je si Iqmy. The nanny said, he's about to sleep. Tgh tepuk2 dia nak tido. Oooo... nak tido ke?

Sampai rumah, terus aku bf kan dia, tp cam tak selesa. Asik merengek je. Naper ni? Badan dah panas. Lepas tu dia muntah. Banyak lak tu. Alahaiii.. siannya. Aku bawak gi sinki, nak basuh mulut dia. Tp dia muntah lagi. Sedih aku tgk dia. Mata layu, bagi susu pun tak nak. Dukung dia kulu kilir dalam rumah.


Ni time tak demam, mmg ligat

Bukak posa pun aku makan kurma je. Lepas tu tepuk2 dia, cam nak tido, tp tak lelap mata. Lepas bagi ubat, dia tido kejap. Baru lah aku melantak. Hahahaha...

Lepas Isya' dia dah ok. Dah sengih2 nak main. Aku pun mandikan dia. Siap pakai baju, bagi susu, terus tidoooo. Ngan aku2 sekali tangkap lentok! Sian abang long tgk tv sorang2.

Haiihhh... time2 nak balik kg ni mesti Iqmy demam. Dah lah nak jalan jauh. Mintak2 dia dah ok hari ni.

p/s: Photos was taken using my hp okeh! Not our new camera. That's answer the blurring pic. Hehehehe.. harus aku bekap kamera baruku itteww

Tuesday, September 15, 2009

Raya ohhh raya...

I guess this is my last entry before I leave for raya. Esok kena ke Putrajaya, lusa n tulat might be bz. I said MIGHT. It could be might not. Hahahaha...

Aku rasa raya kali ni quite stressed since there's a lot to spent to. Semalam je beriban abis servis keta. Not service actually, but banyak tukar benda tu, benda ni. Adehhh... terus mode nak beraya swing! But still, ada lagi saki baki mood tu as I managed to continue picking up the bags. Mmg konpem baju 2 beradik tu tak muat for 1 bag. Kena share ngan bag mak bapak dia nampaknya!

Kuih raya, 5 jenis dah dapat. Ada lagi 2 or 3 pending. Hehehe.. cam update status project la pending2 nih.

Hari ni dah gaji lak tu. 1st time seumor idup, aku tak suke gaji dah masuk! Bukan apa, aku ni jenis tak kuat iman. Kang gaji kemana, bill kemana. Awal gile lak tuh masuk. Hishhh...!

1 more thing. I'm thinking of changing my broadband. Not thinking dah... dah apply dah pun. And I got the successfull application email today. Maka, dengan ini, kena lah aku suh lakiku terminate our current bb account yang mahal gilos! Hopefully, this bb will access as good as previous one... with cheaper price of kos!

Haa... semalam kan, 1st time utk thn ni, kitorang berbuka atas keta. Kesahnya, tak sempat sampai rumah dari pasar ramadhan. Dah mmg lambat gi param sebab amik keta dulu. Lepas abih beriban, balik rumah semula hantar keta. Takkan nak gi param 2 keta kot. Maka, berbuka ngan korek idung je la semalam, sementara nak sampai umah. Hahahaha...! Caiiittt!

Thn ni, kompeniku sungguh kedekut sebab bagi 2 packs sampul duit je! Hampeh! Seblm ni dapat 10, then reduce to 5, thn ni 2 je??? Makin kronik dah nampak nyer. Sekronik ekonomiku!!!

Thursday, September 10, 2009

Raya mood?

It's has been more than half of the month. Minggu depan dah last week posa. As for me, still thinking, which day should I start the journey for balik kampung. Kalo la aku ni bukan bini seorang cikgu, konpem hari Rabu aku dah blah.

Tp, ye lah... dah jadi bini cikgu, kena lah ikut cuti cikgu. Yang aku tak puas ati, kenapalah sampai Jumaat keja??? Dah tu Ahad raya. Memang soheh lah jalan akan jenggg! Huwaaa!!! As for now, hatiku melonjak2 nak balik awal.


Saya posa okeh!

Takpe, kita tinggalkan citer balik kg. Citer pasal len lak. Ohh yeahh... sebab cameraku dah kiok about 1 year back, finally we got us a new camera. Takde lah mahal ribu riban cam Mc Dee tuh! Memandangkan ekonomi rumahtanggaku agak kureng memberangsangkan, we keep that kind of camera aside. And we took the cheapest one instead. Asalkan bleh bercamera..kira ok lah. And... no more Olympus! Poyo sungguh Olympus ni taw!!! Setahun sekali buat hal. Kali ni kitorang amik Canon IXUS lak. OK la tuh. Gambar pun clean n clear gituh. Jadik laa...


Selepas kejadian beli camera baru

Ha... walopon balik raya tak tau bila, aku dah start menge'pack' baju sket2. Pagi tadi lepas sahur, dah pack baju Haiqal, ehhhh penuh gak beg. Baju Iqmy baru sempat masuk sepasang. Tu pun baru baju raya, blom masuk baju tido, baju biasa... underwear dia semua. Adehhh...

Bila kemas2 tadi kan, huishhh... banyak gak baju raya Haiqal. Lebih kureng 7, 8 pasang gak ar. Tu pun ada lagi baju baru aku tak masukkan, jean selai dua. Sebab nampak cam besar lagi. Simpan dulu la...

Gaya tido saya yang terbaru!

Baju Iqmy lak nampak cam sket. Haruskah aku menambah koleksi pakaian dia???? Hahahahaha... semalam nampak Anakku sales. Iskk.. gatal je tangan nak amik. Tp masa tu aku gi renew license. Lepas tu, boss lak call. Cam tau je aku nak perabih duit.

Malam ni, plannya nak beli kasut anakanda2 semua. Thn lepas kasut Haiqal amik Adidas, makan ratus gak tuh. Tahun ni tatau la yang mana lak hubby ku berkenan. Takpe.. duit dia. Hahahaha...
Okeh.. baju rayaku, kat sini dah siap 3 pasang for raya 1 sampai 3. Kat kg, call tailor aku semalam, ada 6 pasang. Tu satu tailor. Tailor len, ada 2 pasang lagik. OoO.. banyak gak ekk... kalah rupanya anak2 aku. Hahahaha... Papa jugak yang kesian, kalo aku tak beli, memang takde baju raya lah dia. Kira isteri solehah la aku ni kannn????

Friday, September 4, 2009

Rahsia mimpi

Sesungguhnya mimpi itu mainan tido... aku tau tuh. Tapi semalam nyer mimpi giler best!
Ceritanya... aku jadik org ke 3, 4, 5 (tak tau keberapa) dalam boss aku nyer affair. Hahahaha...giler lawak! Tatau cemana aku bleh terjebak dalam affair boss aku ni.

Pas tu, aku, boss aku, dia nyer affair, gi outstesen. Duduk satu bilik. Giler hampeh mimpi aku, apa kelas 3 org duk satu bilik. Campur laki pompuan lak tuh. Pas tuh, ada satu scene (siap ada scene nih mimpi aku) aku masuk bilik, then kalut2 2 ekor tuh turun katil. Hahaha... Aku pun tak tau lah hapa kejadah watak aku dalam mimpi ni. Cam mak pacak pun ye...

Tp, the most interesting part, the next day, aku masuk opis, boss aku panggil. "Nik, you go downstairs and meet FAO to collect your cheque." he instructed me. "What kind of cheque? I dun remember of submitting any claim this month" aku jawab. Hampeh kan? Poyo je bagus. Dah org suh amik cek tu, amik je lah. Banyak lak songeh nya.
"You've done an excellent work last time and the customer would like to give you a 'Congratulatory reward'. Go ahead."

Aku pun menonong la gi ke Acct Dpmt. Jumpa org yang nak bagi cek. Sign whateva necessary, aku pun amik cek tu. Tgk amount, 5K ko!!!! Waaa... suker nyer aku. Pertama kali dalam sejarah hidup aku, customer bagi congratulatory reward ni! Ntah apa yang nak dicongratulatekan, aku pun tatau la.

Lepas tu, alarm HP aku bunyik... kena bangun sahur dah!!! Cittt!!!! Pelamin anganku musnah!
Mimpi rupanyaaa... adessss

Talking about dream ni kan, dear hubby selalu mimpi yang dasat2. Bukan mimpi dah.. masuk kategori ngigau! Siap lawan2 hantu. Kalo setakat lawan tak gerak kaki tangan ok lagik. Ni, segala jurus kuar. Pulak tu mesti aku terjaga sebab dia akan jerit "Allahu akhbar!!!!". Perghhh... giler sengit lawan tuuuu! Selalunya, kalo aku jaga, panggggg! Aku bagi penampar sebijik. Hahahaha... Tension tau! Kacau je.

Tp ada sekali, dia mimpi hapa ntah, tetiba..pangggggg! Dia tampar aku! Takde la kuat, tp moskil la. Sambil kejut dia, aku tanya naper tampar? Sekali dia jawab...sorii... mimpi lawan resaksa. Aishhh... resaksa bleh main lawan tampar2 ke??? Siot je

Yang lawak sekali, dia penah mimpi jadi Superman. Wakakaka... lawak siutttt. Tp yang tak puas ati, dia kata masa akhir2 tu, dia takleh nak terbang. Habis sekuat tenaga dia cuba nak terbang, tp tak terbang2 gak. Akhirnya dia sedar! Hahahahaha... Sungguh poyo lakiku ittew...

Apapun... mimpi mainan tido... apa ada pada mimpi... kan?