Thursday, January 29, 2009

Another summon???

Hiarrgghhhh!!!

Sungguh tension aku bila dapat tau samanku bertambah lagi satu! Siot tolll la... buhsan!!

Dah 3 saman yang berjaya ku kumpul. cissss....

Tapi mengikut kata kawanku, sesungguhnya, sesiapa yang takder saman, maka dia bukanlah rakyat Malaysia yang baik sebab tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Ye la tuuuu....

Wednesday, January 28, 2009

Our holiday!!!

Sebenarnya kitorang gi PD dari 2 minggu hari tu lagih. Seminggu gak aku tak hapdet blog ni ekk.. sungguh bizi seorang aku ini. Hehehehe...

Ok. Pasal our holiday tu, original plan was my sister is coming. Dah set up chantekkk punya. Sekali masa hari Sabtu tu, dia sms mentioning that she's not able to make it. Sebab laki dia tak balik lagi. Masa tu baru kul 11 lebih. I did reply her text saying that she just coming no matter how late it is. Kalo kul 6 pun ok lagih. So, aku expect dia datang lah jugak walopon lambat.

Hari tu lak, Haiqal skolah ganti and dear hubby pun keja. So, aku just prepare kain baju semua tu dulu sementara menantikan hero2ku pulang.

Lambat pulak dear hubby balik. Haiqal kul 12.30 dah ada kat umah. Iqmi pun, lepas Haiqal balik baru aku mandikan. Susah wooo nak mandikan si kecik ni. Dia punya gerak... segala jenis kuak dia bedal. Tak larat aku nak pegang. Sabtu tu, aku dudukkan dia, bleh lah mandi elok sket.

Dalam kul 2 baru dear hubby sampai. Banyak pulak cerita dia. Alkisahnya, kawan dia nak pinjam motor. Pompuan. Nak gi beli barang. So, dia pun bagi lah. Sekali kawan dia call kata jatuh motor. Kelam kabut dia gi cari. Alih2 duduk kat tempat parking lagi. Motor tu jatuh atas kawan dia tuh. Sib baik dia nampak sebab kawasan tu cam terlindung sket. Masa dia sampai, kawan dia still terbaring situ. Takleh bangun. Patah tangan. Dushhhh!!! Seram aku dengar. Kelam kabut lak laki aku ni gi panggil kekawan pompuan lain nak tolong pegang. Alim lah kunun....

So, dia rasa bersalah lak. Kalo dia yang tolong gi belikan barang, insya Allah tak jadi. Tapi benda nak jadi kan... motor dia calar sket je.

So, gitu gini gitu gini... dalam kul 2.30 gak kitorang bertolak. Adik n abangku dari Johor dah bertolak around 11.30 lagi. Adik n sepupu ku dari Wangsa Maju pun dah bertolak. Masa aku sampai Telok Kemang, derang baru lepak. So, kitorang terus direct check in dulu. Masuk bilik, usha situ sini. Solat Asar dulu, then kuar balik cari makan. Lapar wooo...


Yeahh... topi koboi Pok Jie


Iqmi the cowboy...

Kerek giler waitress kat Telok Kemang tu. Aku tanya ada apa pun cam nak marah. Geram jee aku nak blah. Sib baik mee goreng dia best...

Balik resort, temankan Haiqal mandi kat swimming pool lak. Dia ni dari tadi bad mood sebab tak bagi mandi. Tak de keja lain, asyik nak main situ je. Tak mencabar langsung. Hihihihihi....



Haiqal with the uncles

Malam, ada movie... Transformer. Layan je. Habih dah kul 11 lebih. Nak kuar makan pun dah penat. Lagipun semua cam kenyang lagi. Tido je la. Iqmi lak, dari dalam cinema tu lagi dah nyenyak. Penat sangat kut...

Mc Yah (my elder sis) did sms me, mmg dia tak jadi datang. Lantak lah....

Esoknya, aku, dear hubby n Mc Na (my sis) plus Iqmi, gi kuar bekfes. Belikan untuk bebudak lain sekali. Pas makan, aktiviti bebas. Mandi swimming pool lah. Ngan Iqmi sekali join. Lawak gak tgk Iqmi main kolam sampai terlelap tu. Hahahaha...


Pakat berendam belakoo!!!


Around 1 kitorang checkout. Have a lunch around that, then went back off.

Overall best sebab hang around with my brothers n sister. Looking forward for another holiday with more participants. Adik badik aku la...

Thursday, January 15, 2009

Coming holiday...

Dah lama rasanya tak gi bercuti since Iqmi was born. Biasalah... bila ada baby ni, nak bergerak tu sungguh time consuming. Nak balik kg pun rasa kurengggg sebab perjalanan yang jauh.
Last school holiday pun sian si Haiqal tak gi mana2. Duk melepak kat rumah je. Sib baik tak banyak komen.

Our latest family pic. Susah woo nak gambar amik berempat skang ni

So, mengenangkan lama tak berholiday, kitorang plan nak gi PD this weekend. Accomodation was successfully booked. Sebab kitorang amik apartment, aku ajak sekali kakak, abang dan adik2 ku. The more the merier maaa...

Sehari je stay. Cukup la... lagi pun skolah baru start . Tak leh cuti. Kira nak tebus balik holiday utk Haiqal la ni. We'll see how our holiday gonna be then....

Tuesday, January 13, 2009

Uwaaaa....!!!

Malam tadi, Iqmi jatuh katil!!! Memang aku rasa bersalah giler. Rasanya kejap je aku tinggal. Mula2 aku letak dia dalam buai, tapi dia nak bangun. Takde ciri2 budak nak tido langsung! So, aku pun angkat lah dia. Put him in the middle of the bed. Again... in the middle of the bed!
Lepas tu, aku pun pusing belakang, pegi kat dressing mirror. Ntah apa benda aku nak buat ntah. Sekali bunyi... GEDEGUMMMM!!!!!
Iqmi dah selamat landing kat atas lantai. Cara jatuhan tak dapat dikesan sebab aku dah berlari gi angkat dia. Dia.... normal la. Nangis sakan. Meraung sampai 'selok' (I dun find a suitable word... bahso klate jugok best!)
Waaa... sian nya babyku. Aku dukung sambil peluk dia. Usap2 kepala dia sambil menyalahkan diri sendirik. Haiqal pun ikut sama nangis. Takut adik dia cedera parah. Tinggi gak katil tu wooo... adoihhh... cemana aku bleh careless sampai camtu sekali??? Marah sungguh ngan diri sendirik!
Lepas dah diam tu, aku bagi minum susu. Masa tu aku call dear hubby. Berbakul dia bebel kat aku. Dia on the d way ke class. Terus cancel class, suh aku siap dia nak balik bwk Iqmi gi klinik.
So, kitorang gi klinik. Check kut2 ada kecederaan dalaman yang tak nampak. Bahya wooo.
Tapi alhamdulillah. Dr check, semua ok. Tak pitam, tak muntah, even no bruise at his body. Check mata pun, respond ok. Alhamdulillah. Dia pun masa dr check aktif kemain. Siap sengih2 dah.
Pas ni kena always keep him on eyes since dia dah nak merangkak. Mengengsot dah sakses dah...

Friday, January 9, 2009

Thank God... it's Friday!

The day that I've been always looking forward to. Walopon banyak keja hari ni, tapi di saat2 lunch hour yang panjang ni, sungguh malash rasanya...
Actually, aku plan nak kuar soping walopon duit dah tinggal serdak. Duit cam air lak kuar nak2 musim masuk sekolah ni. Aduihhh... cemana lah org boleh beli keta besar 4, 5 bijik, rumah juta2? Aku nak menten apa yang ada ni pun... berpeluh!!! Tapi aku bersyukur coz what I've got today datangnya dari titik peluh sendiri. From nothing... again... nothing! Then we manage to stand on our own feet slowly. Dari rumah sewa... ke rumah sdirik. Dari keta kecik.. tukar besar sket. Dari berdua.. bertiga... skang berempat. Continual improvement gitu... hehehehe
So, bersyukur lah dengan apa yang ada sekarang!

Back to my plan. Aku plan nak kuar soping, tapi bila dah mengadap keja... tak sedar lak dah kul 1. Lunch hour hari ni kul 12.30. Sebab dah rugik half an hour, terus aku cancel plan yang sungguh berfaedah itu. Melanguk lah aku kat opis ni dengan memember sambil bergossiping. Just got a news that one of staff just past away around 12.30 pm today. Innalillahhh. Terkejut gak sbb sungguh tak sangka. Walopon aku tak baik ngan dia, tapi sbg rakan sekerja yang tak penah keja sekali (sebab subsidiary len2) aku tau gak lah sket2 pasal dia. Sblm ni tau yang dia mmg sakit, but rasanya he's recovering. Anyway, rezeki dia meninggal hari Jumaat. Al-fatihah to him.

Hari ni kawan aku cakap SOGO sales. Waaa... rasa melonjak2 atiku ini nak gi. Tapi konpem kena rejek permohonanku ini oleh dear hubby. Mamat ni mmg tak suke pergi area KL nuh. Ntah apa lah dosa tempat2 nu. Hehehehe...

Dah...dah... back to work!

Thursday, January 8, 2009

Entry takde tajuk

Sib baik aku tak move out turun bawah. Tetiba dapat email remain to the current seat. Geng2 bawah lak kena naik. Wakakakaka... siannnn. Ad hoc lak tu. By tomorrow kena settle. Ntah apa punya decision la....

Tu aku bebel pasal bos aku yang kejap suh turun, kejap suh naik.

Ni nak bebel pasal skolah Haiqal lak.

Semalam, Haiqal balik skolah, dia kata cikgu dia marah sebab takde buku tulis. Elloooo... baran betul aku skolah skang ni. Buku tulis je ada 4, 5 jenis. P1 la... P3 la.. G4 la... aduh... banyak wooo. Plak tu, masa aku gi beli hari Senin lepas, stok tu takde, stok ni takde. Siot sungguh! Lagi, buku MGB (majlis guru besar) wajib beli 5 bijik. Tapi bila aku suh Haiqal guna, dia kata cikgu tak bagi guna sebab takde lencana sekolah kat depan. Pas tu, hapa kejadah suh wajib beli? Sesaja abihkan duit mak bapak?

Lagi dia cerita, masa belajar, dia mengantuk. Biasalah... bebudak... sekolah petang lak tu. Kalo aku kat opis pun boleh lena, ni pulak dia yang sekolah dari pagi lagi. Tp cikgu marah dia. Siap cakap 'Nanti cikgu siram!'

Actually, aku takde lah nak backing anak, tapi bukan takleh cakap cara elok. Dah namanya cikgu. Kena lah pandai tackle problem budak. Suruh dia gi toilet basuh muka ke... suh bangun buat exercise sket ke. Geram aku nak siram dia balik. Kalo dah budak ngantuk, tu maknanya dia tak reti mengajar. Or cara dia mengajar tu quite boring sampai budak tersengguk2. Hiii... marah betul aku. Tapi aku marah pun takat kat rumah je. Takde lah nak serang cikgu tu. Takde keja wehhhh. Biasalah... ketidakpuasan ati seorang ibu.

Our bundle of joy

Ni nak bebel pasal aku sdirik lak.

Apa kena ngan aku ni? Pagi tadi makan nasi lemak. Pas tu, kul 10 melantak lagi roti bakar. Lunch tadi makan rojak. Skang ni... naper lapar lagikkkk??? Aduihhh... tension siot. Aku pasan lately ni aku makan banyak sungguh. Hari tu, dear hubby belikan nasi ngan laksam. 2-2 aku bedal dengan jayanya. Pulak tu, siap abiskan nasi lemak Haiqal yang tinggal separuh. Lepas tu, bleh makan eskrem lagikkkk. Simptom apakah yang melanda diriku ini???

Untuk menyedapkan ati... aku cakap yang aku skang kan breastfeed Iqmi. So, I need to eat a lot in order to stimulate the milk. Kununnnnnn

Wednesday, January 7, 2009

Lunch Date with Joan - Backdated

Well... this is my turn to treat Joan a lunch. Sebenarnya minah tu demand nak makan kat California Kitchen Pizza. But since it was located at KLCC which is quite far from my workplace, I just asked her to come over here instead. Lagipun kat tempat keja aku ni baru bukak JJ and based on my colleagues, kat situ banyak restoran.

So, last Fri, lunch time kuar gi amik Mc Joan at lrt Setiawangsa. Berjanggut aku tunggu tak sampai2 jugak minah ni. Call2 baru tau... train delay rupanya. Chesssttt... buhsan betul! At last aku suh dia turun kat Jelatek and I fetch her there. Terpaksalah aku gi stesen Jelatek lak.
JJ baru ni... ok lah tempat dia. At first, we decided to have a meal at Izi. Dah duduk pun. Tapi belom apa2 dah cakap yang ni takde, yang tu takde. Spoilt terus mood. Kitorang bangun and move on. Kerek giler sehhh...

Our drink - Mocha

So, masuk Spices. Seems ok. Makanan pun ok with reasonable price. Kenyammmmm giler! Tapi their desserts not as per expected la. Igtkan makanan Middle East sebab nama pun Spices, tapi banyak western food lak. Hentam je lah...

Sharing is caring maa...

Lepas tu, round2 the stores. Tak banyak pilihan baju. Igt nak sambar selai dua. Sekali takde yang menarik perhatianku lak.

Joan's choice - Fish fillet with wegdes

My choice - Sesame chicken - Tak sedap sangat ponnn

Our dessert - Cheese cake yang rasa cam pisang and Bujang Senang yang tak senang mana ponnn. Eskrem murah, tapi rega mahal giler.

So, next lunch date will be on Joan's. Hehehe... aku nak paw Mc Joan habes2an. Takpe... Mc Joan always get well prepared. Kan Joan...?

Oh ya... on d way back, Joan did bought Big Apple Donuts 6 pieces X 2 boxes. Tapi banjer aku 2 pieces je! Ok la... sungguh sedap Big Apple Donuts ni. Derang letak syabu ke apa? Moskil sungguh aku...

Tuesday, January 6, 2009

Back to school...again!

I'm on leave for 2 days to settle up Haiqal's registration day at both his school - sekolah agama and sekolah kebangsaan. Phew!!! Giler letih. Cam kerja lak.


At his Sekolah Agama

Tapi hari ni, dah slow down. I let Haiqal go to school by his school bus. Ye lah, bayar sama gak. Dah tu tak turun2 pun tambang. Minyak naik dia naik, minyak turun, dia remain cam tu gak. Sabar je lah aku!

At his Sekolah Kebangsaan - he's quite ashamed coz his mother yang over amik gambar. hik...hik...

Hari ni bleh lah aku merileks kan diri. Giler rileks sampai blogging pun atas katil ni. Wakakakaka... susah gak blogging sambil baring ni. Asik silap taip je. Nyampahsss...

Well... dear hubby pun start keja at his previous workplace. Suka la tu. Org kata giler talak pun menten senyum. Hari tu, dia gak mintak tukar. Setahun je tahan, mintak masuk balik. Anyway, as long as his happy with his work, it doesn't matter where is it. Kalo nak ikutkan, dulu dekat giler tempat keja compared to his workplace now. Keja pun lagi banyak. Tapi dah dia suka cam tu, let he be then...

As for me, based on last Fri meeting, I'll be no longer involve in my current project. Project Manager and Project Director has been changed as well. Terasa tak best lak tinggal separuh jalan cam tu. Almost 70% done. But, kena la ikut kata boss. Rasanya pas ni will be quite busy as I'm in charge in daily operational punya tasks. Aku nak join project Putrajaya pun tak lepas. Kalo tak dekat sket ngan rumah. Adoihh.. tu lah kalo dah jadi kuli ni. Nanti aku jadik boss seksok, blehlah aku buat ikut suka aku. Tapi ntah bila lah tu.... takpe, niat tu ada.

Esok, dah masuk keja. Thinking about the traffic jammed (which I bet will be really bad during this school hour) makes me stressed all out! Duh....

Friday, January 2, 2009

Haiqal and his Ismail

Do you remember Haiqal's bicycle? (Betul ke eja beskal ni... pesal nampak pelik lakk). So... it got a name ok! Namanya ialah Ismail. Wakakakaka.... lawak siot!

Actually, dear hubby really love put a name to wateva things that he intends to. Cam motor dia nama Eric, teddy bear yang dia hadiahkan utk aku (kes tatau nak beli b'day present apa) dia letak Erica. And hari tu, lepas tayar beskal Haiqal dah repaired, he asked Haiqal... what he gonna address his bicycle. Sekali Haiqal cakap nak letak nama Ismail. Gelak sakan kitorang. "Tak komersial langsung!" said his papa.

Anyway, Haiqal seems like that name very much as he always called it Ismail. Dialog yang aku tak leh lupa:

Haiqal: Mama.. esok Haiqal nak jogging
Aku: Jogging kat ner?
Haiqal: Kat taman la. Mama jogging lari2, Haiqal jogging ngan Ismail

Sampai part Ismail tu, aku blur jap. Sapakah mamat itu??? Laaa... nama beskal dia rupanya. Terus aku gelak sakan. Sungguh lawak anakku ittew...

Thursday, January 1, 2009

Welcome 2009

So, 2008 has just left us behind. There's come 2009. That's life is... keep going

Pertama kali aku bersiaran dari rumah ni. I guess just wanna check my email and do some billing transaction. But then, Iqmi seems behave really nice with his abang long, I think I can do something else. Hehehehe...

Last nite, there's no countdown or whatsoever celebration for us. Tahun baru omputih! Buat apa nak sambut bagai. I guess, we (Malaysian and muslims) should celebrate Maal Hijrah hari tu. No concert moncert things, but it's would be nice if we had bacaan Yasin and doa akhir and awal tahun. Lebih afdal kan.. Buat besar2an kat Masjid Negara.. or semua masjid kat mesia ni. Ahhhh... amannya rasa!

Actually, aku tgk berita tadi, lepas sambutan tahun baru, there 2 accidents in KL. Sorang mati and another 3 hurtly injured. Dari berita tu, yang meninggal tu pompuan melayu yang baru lepas sambut tahun baru kat pusat hiburan which is I bet, they could be in drunk..perhaps la...

Lagi, ada yang kena tangkap bermalam dengan bukan muhrim for this new year celebration. I feel really sad coz all of them are Malay teenagers.

Tetiba aku takut nak besarkan anak2 dalam situasi and keadaan cam ni... It's really hard!!!