Wednesday, December 31, 2008

Being left all alone...

Happen to my BIL actually. Dia ditinggal bas masa tgh berenti minum dekat... belah2 Ipoh sana kut. He's on his way back to KL from Kedah. My sis and her husband had live separate for years due to the work circumstance. Dia keja kat Kedah while my sis kat Putrajaya. Dulu laki dia kat Melaka. Merata2 lah laki dia keja. But, they still happy in their way anyway... banyok way teh!

So, it's happen when he's having his drink kat tempat bas berenti tuh. Maybe 'koya' lama sangat while drinking sampai tak pasan bas dah bertolak. Just 2, 3 minutes after that, he try to catch the bus up dengan polis peronda yang kebetulan ada kat situ. Tp biasalah... laju giler driver bas tuh bawak.. tak tercatch up. Driver bus tu pun siot je tak cek dulu passenger cukup ke tak. Main bawak je.

Just imagine, in that kind of situation, you've being left all alone at the place that you don't even get use to. What will you feel? Kalo aku... mau meraung situ. Back to my BIL, lepas polis peronda tu tak leh gi any further, sebab dah sampai limit, dia gi pulak tanya one by one keta yang stop by kat stesen minyak to fuel up their car, mintak tumpang nak gi KL. But, biasalaaa... nowadays, banyak org jahat, org pun tak berani nak bagi tumpang. Keta penuh lah, tak gi KL la... macam2 derang cakap. Kalo kita pun, we're not taking the risk right? Ntah mamat mana nak tumpang. But he's not put the blame on them. Once they refuse to give him a lift, he ask for another. Masa ni, dah tak tau malu lah. Darurat beb!

At last, there's 2 young guys which is on their way to KL. But they just willing to give a lift up to Selayang since there's their destination is. OK la.. Selayang pun dah alhamdulillah sesangat. So, they went off.

On their way, BIL keep on reciting wateva surah yang dia igt. Mintak tolong selamat lah semua barang2 dia dalam bas tuh. That's what he afraid of. Kalo setakat baju, dia tak kesah, tapi aku tak tau lah pulak apa barang yang penting sangat tu. Laptop ke apa ke.. tatau le. Dia call my dear hubby, suh tunggu bas tu kat Pudu. Masa tu lak kitorang kat kg, balik raya haji hari tu. Tak dapat nak nulung.

Then, budak laki yang bagi tumpang tu tanya la... keja mana? Ada bisnes kad tak? Ye lah.. derang pun takot gak tersalah bagi tumpang kat org jahat mana2 ke. BIL pun cakap la.. keja situ sini and gave his biz card. Mamat tu lak, once tau BIL keja kat tempat tu, terus tanya ada kenal org tu org ni. Sekali BIL tau lak org yang dia tanya. Siap cakap org tu duk mana keja apa semua. Bila dah kenal tu, derang pun cam confident, org baik2 ni. Bukan org jahat. They change their mind, hantar BIL terus kat Pudu.

Sampai Pudu, melilau lak cari bas. Dia kata tatau la sebab gabra ke apa... tak jumpa bas tuh! He've been searched the bus from end to end, but could not found it. Sudahhh...

Finally, dia jumpa sorang mamat yang satu bas ngan dia. Dia cam mamat tu sebab mamat tu pakai baju batik which is quite easy for him to recognize. Dia tanya mamat tu kat mana bas tu? Sekali mamat tu cakap depan tu je. Aisehhh camne bleh tak nampak? So... alkisahnya.. selamat lah dia dan barang2 nya.

Morale of the story... memang hampeh driver bas tuh!

Tuesday, December 30, 2008

I've been tagged!!!

Baruku tau rupanya aku di tagged oleh kawan ku si Mc Dee ittew... Sorry woo... aku baru tgk. OOo.. kata aku gedeber yeeerrr!!! Itu dulu maa.. zaman kanak2 riang ribena tuuu...

So, here's the questions...

1. do you think you are hot?
Yeah...so damn hot! Based on the research and rating by AC Nielsen which is i can't recall when it was published! Wakakaka...

2. upload your favorite picture.
Actually, it's not my fav, but... kira buleh la...



3. why do u like this picture?
Tak ke cun giler aku tu??? auwwww.... hahaha!!!

4. when was the last time you ate pizza?
last 2 weeks. to be exact 13 Dec 2008 - fuhh... sungguh kagum ngan ketepatan dataku ittew. Tapi apa relevan nya soklan ni????

5. the last song u listen to?
Lucky by Jason Mraz ft Colby Caillat yang lakiku sangat suke nyanyi masa nak dodoikan Iqmi

6. what are you doing right now beside this?
finish up my work - user manual documentation - pekerja berdedikasi nih!

7. what name you prefer besides yours?
none. i always prefer mines

8. people i tag.
malas nak mengetag! Bleh gitu??? Blehhhhh....

The rest are not applicable to answer. hehehe...

9. who is #1

10. who is # 2?

11. #3 is having a relationship with?

12. how about #4.

13. say sumthin' about #5

Friday, December 26, 2008

Berdatingan...

Last Wed, I did apply for AL sebab dear hubby ajak jalan2. Just 2 of us. Plan nyer nak gi KLCC. Makan2, tengok wayang.

But, we end up with went direct to Mid Valley sebab gi bank kat PJ nu. Siot je gi sana. Satu keja tak jalan. Yang cawangan kat Kajang kata kena buat police report. Yang kat PJ lak kata tak yah, kena bawak geran keta je. Hampeh betul! Sesia aku buat police report sebab tak guna pun. Alih2 tak leh buat pun release letter tuh sebab tak bawak geran. Baran je akakkkk!!!

So, we went direct to Midvalley. Giler lama tak datang sini, dah banyak perubahan wooo. Sib baik tak sesat je. Mula2 sekali gi hantar gambar nak cuci. Byk woo 271 keping tuh. Stok 2 tahun punya gambar. Hehehehe.... Then, we went to GSC, pilih2 nak tengok citer apa. Ramai giler matnusia beratur! Derang semua ponteng keja ke? Hehehehe.. cam lah aku sorang je yang cuti hari tu. Aku nak tgk Australia. Tapi dear hubby tanak. Dia kata cerita cinta, tak beshhh. So kitorang tgk The Day The Earth Stood Still. Biasa je. Tak best sangat. Memang tak best lah sebenarnya.

Habih show elok2 je time nak amik gambar. So amik gambar dulu, then makan kat The Chilli's. Kali ni hubby order Lamb Shoulder, aku lak amik Chicken Crisply with honey cipottle ke nama dia? Lupa lak. Hubby's menu not as per his expected, dia kata banyak tulang lak bahu kambing nih. Hehehehe... siot je. Dia tu bab milih menu, mmg failed! Aku nyer ok, just a little bit sweet due to the honey. Tapi aku hentam gakkk. Aku paling suker fries dia, best wooo!

Around 4, balik. Berenti solat kat Petronas. Solat Asar sekali. Then balik amik tayar beskal Haiqal. Dah lama dia duk suh repair sebab nak belajar naik beskal. Alih2 sampai rumah, ada poslaju lak. Pekebenda lak? Dear hubby kata ni mesti hadiah menang ni. Aku tanya dia ada masuk peraduan apa2 ke? Sekali dia jawab takde. Chessttt.. hadiah pekebenda kalo tak masuk. Lepas amik anak2, gi poslaju, tapi clerk dia kata van yang hantar barang tu tak balik lagi. So kitorang gi cari kedai beskal dulu. Aku rasa org naik beskal ni dah pupus sebab kedai beskal mmg takde! Time ni lak si Iqmi berak. Adusss... berenti kat Petronas. Tak user friendly betul sebab takde ruang untuk baby. Terpaksa lah aku tukar diapers Iqmi kat surau dia. Nasiblah...

Then, went back to poslaju. Siot sungguh... van tu still tak balik lagi. Malas dah nak amik poslaju tuh. Last2 kitorang gi kedai beskal kat Giant Kajang. Tu pun tokey dia nak dah tutup. Settled!

Esok nya, si Haiqal dah start belajar naik beskal with no training tyres tu. Seems ok for a beginner like him. Lepas dah terror, baru janji nak beli beskal baru. Tu pun siap mintak nak gi skolah ngan beskal. Macam lah mak bapak dia nak bagi...

Tuesday, December 23, 2008

U R My Friends...

Is its fun to make fun of friends, as they don't take it seriously

Its nice walking together with an umbrella in the shade with a friend

It's great and stimulating to get loving words from a friend


Even being with a friend talking nothing is a pleasure


Even a tragedy being with a friend seems comedy

Silly things too seems so nice when it's done with a friend



Decision with a friend is easy, cos they will decide on what u like



Life with a friend is heaven



Life is sweeeeeeet having a friend

THANK YOU FOR BEING MY FRIEND!!!

Monday, December 22, 2008

Kisah budak Haiqal

Edisi 1 - Haiqal and his dental appointment

Actually, this is his 3rd time for him seing a dentist. 1st time masa dia about 2 - just tampal gigi berlubang. Tu pun masa dentist tampal, sorang nurse lapkan airmata. 2nd - check gigi. Just consultation which cost us around RM40. Hampeh sungguh dentist tu! Aku nak suh cabut gigi depan but he said it not neccesary. Dia akan gugur sendiri. Sekali... tak gugur pun but the new teeth had come out. Tumbuh kat gusi atas lak tu. Sungguh kureng cantek! That's why he need to see the dentist again.

Dear hubby brought him since i'm not available. Banyak keja maaa... So, mula2 igt nak amik appointment je, sekali nurse tu cakap bleh buat terus. Biasalah... nak cabut, kena bius dulu. Sblm cucuk, nurse dah spraykan bius tanak kasi terasa sakit nak cucuk jarum tu. So, cucuk satu. Sekali... dia nyer meraung, punya lah kuat. Tanak kasi cucuk dah. Dia kena cabut 2 batang gigi, so should be satu jarum for every teeth. Tapi sebab dia dah tanak tu, cabut satu je. Tu pun hubby cakap dia meronta2. Nak cucuk satu lagi, dia dah tutup mulut. 3 org kena pegang dia tanak kasi meronta. Tapi mulut dia takleh nak buat apa lah kalo dia tutup. Nurse tu bukakkan mulut, dia siap jelir2 lidah lagi. Adoiiihhhh... laki aku cakap, malu habih kat org.

End of story, mission incomplete. Kena pegi lagi nak cabut lagi satu. Kali ni dia nak suh aku gi skali. Macam lah aku gi, tak sakit. Sama je. Tak pe.. support tu penting!

Edisi 2 - Haiqal and his story telling

Last... Thursday, masa tengah tgk tv, Haiqal cerita cikgu kat nursery panggil Iqmi budak sial. Hangin giler aku dengar. Dear hubby lak memang dah berasap2. Aku tanya lagi.

Aku: Cuba cakap bebetul. Cikgu cakap apa?
Haiqal: Cikgu cakap, budak sial tu dah nangis. Nik... main ngan dia kejap (cikgu dia panggil Haiqal - Nik)
Aku: Betul ni?
Haiqal: Entah lah.. Haiqal lupa.. budak sial ke budak sengal
Aku: Pulakkkk (dalam ati... bleh percaya ke Haiqal ni)
Hubby: Sial ke sengal ke... 2-2 tak leh!

Dear hubby dah marah sangat sampai menyumpah2 kat cikgu tu. Terus dia call the owner - Kak Yam. Aku dah rasa kureng best sebab ye lah kita hantar anak2 kita kat situ. Kang kita marah dia kang, dia balas lak kat anak2. Kita tak tau apa jadi kat anak2. Tapi dear hubby memang marah sangat. Kalo boleh dia nak gi face to face ngan budak tu. Lepas dia call the owner tu, budak yang Haiqal panggil cikgu Ja tu called. Based on her, dia tak penah cakap cam tu. Tapi kalo ada, dia mintak maaf. Dear hubby kata kalo tak cakap ok lah. But, please watch your words. Budak2 dia tatau apa. Yang tak best tu, dia ngadu lak perangai Haiqal kat skolah tu. Dia kata Haiqal suker cakap yang ngarut2, ajar kekawan perkataan yang x elok. Aku rasa cam dia nak balas lak. To be fair, hubby belasah lak Haiqal ngan bulu ayam. Sian aku tengok. Berbirat2 punggung dia even hubby pukul tak kuat pun. Aku sendiri tak expect kesan dia cam tu sekali. Actually this is the 1st time dia kenal pukul cam tu. Selalu kena bebel ngan aku and kena marah ngan papa dia je. It's really make my day so miserable!


Tengah usha hp ngan Nelly


Edisi 3 - Haiqal and his riddles

Actually this conversation happen quite sometimes. Between Haiqal and his papa

Haiqal : Papa, Haiqal ada satu teka teki.

Papa: Apa?

Haiqal: Sini ada kedai emas kan... dia tulis K.E.M.A.S. Pas tu kat sini ada Abu kan.. Abu ni pencuri. (please bear in mind, he likes to say kan...kan...kan..) Kedai emas tu takde org jaga pun tau.

Papa: ok...

Haiqal: Ha.. apa jawapan dia?

Papa: (dah gelak sakan) apa ni Haiqal? Papa tak paham la. Apa soklan dia?

Haiqal: Ala.. jawab la papa.

Papa: Wakakakaka... papa tak tau la.

Haiqal: (suka sebab papa dia tak leh jawab) Jawab dia sebab K - Kalau, E - Engkau, M-Masuk, A-Aku, S- Sunat. Haaa... Abu takut kena sunat la

Papa: Lorr... soklan dia kenapa abu tak rompak kedai emas tu rupanya.

Teka teki ni lak Haiqal tanya masa kitorang on the way nak balik kampung.

Haiqal: Burung apa yang ada 3 amalan?

Kitorang: 3 amalan? Apa benda tu?

Haiqal: 3 amalan la...

Papa: Burung Haiqal! (sambil gelak2)

Haiqal: Ala... papa ni... betul-betul la.

Aku: Ok la... apa jawapan dia?

Haiqal: Burung raja udang la jawapan dia

Aku: Apa 3 amalan dia?

Haiqal: Ye lah... burung tinggal kat pokok, raja kat istana, udang kat laut.

Papa: Tu 3 alam la... bukan 3 amalan! Salah soklan tu... tak aci. Patut lah papa ngan mama tak tau!

Haiqal: He...he..he... (sengih2)

And there's other riddles yang derang duk main, tapi ada satu riddle yang aku igt.

Haiqal: Benda apa start ngan T?
Papa: Taik!
Haiqal: Betul...
Papa: Ha..??? Betul??? Wakakakkakaka!!! (ngan aku2 sekali gelak guling2)

Ntah apa punya riddle daaa...

Wednesday, December 17, 2008

Cerita kereta

My sister's new mercedes. Next to it is her previous Aveo

Dalam ke'slow'an ekonomi ni, we're not thinking of having a new car. But my sister did. Dia baru je sambar merc sebijik. Tak paham betul aku ngan minah ni. Keta lama dia still consider baru which is Chevrolet Aveo. Laki dia lak pakai Rexton. Anak sorang je. I mean takde lah desperado sangat nak tukar keta cam aku ni. Rasa Waja tu kecikkk je sejak anak bertambah lagi sorang ni.

Tapi itu lah matnusia. Tak penah puas dengan apa yang ada. So, keta Aveo dia adik aku lak amik. I was about to purchase it as well, but when I'm thinking about the maintenance of it... guess it gonna be high, cancel terus.

Sudut depan lak

As of now, aku tak penah naik lagi keta baru dia ni. Last week derang satu family pegi Phnom Penh pun anak dia dah sound, jangan naik keta mama, keta papa. Naik kancil adik aku je. Ceh... siot je nasihat!

Tuesday, December 16, 2008

Hubby's good day!

Today is really a good day for my hubby. First, rayuan pertukaran dia lulus. Gumbira sungguh dia sampai tak nyempat2 call aku kat ofis masa aku sampai tadi. Tak sempat turun keta. Masa tu dalam kul 7.50 am. Call je dah gelak2 sakan!

Actually, dia baru mintak tukar ke Selangor last year. Tapi the work environment not as per expected. Tak best langsung dia kata and his motivation going down due to that. Mula lah start malas nak gi keja. Dari tak penah MC, sampai MC tetiap bulan. Risau gak tengok perubahan dia. But, pertengahan tahun dia dah ok sket. Dia mintak tukar dari bulan 6 hari tu lagi, tapi gagal. Awal bulan doblas hari tu pun permohonan gagal jugak. Tapi dia tak putus asa, buat rayuan pulak.

So, hari ni keputusan rayuan dah kuar dan permohonan pertukaran ke Wilayah Persekutuan diluluskan. Well... of course I'm happy for him.

Itu satu hal. Satu hal lagi, sebab dia dah down pasal keja tu ari, dia apply kursus pekebenda ntah. Kira masuk belajar untuk setahun. Sijil je pun, tapi dia apply gak. Aku ingatkan Master. Dia kata baik masuk belajar dari mengadap keja yang sungguh membosankan. Gaji jalan, hati tak sakit. Whateva... Borang pun hantar last minute. And today the result said that the application was success as well!

So, 2 2 permohonan dia berjaya! Suka ati sangat dia tu sampai janji nak banjer aku makan kat Chili's, tengok wayang semua. Just name it. Sib baik bini dia ni tak mintak banglo sebijik. Hehehe...

So, to my dear hubby, congrates for the successfull of both applications. Pas ni mula lah pening paler tatau nak pilih mana satu. Whateva your decision is, I always by your side...

p/s - Minyak turun lagi hari ni become RM1.80 per litre. I guess a good day for Malaysian too...

Monday, December 15, 2008

Iqmi's High Fever

Last Tuesday, hari raya haji ke-2, Iqmi kena serang demam panas. Quite drastic that makes me wonder how it's happen! Giler takut aku!!!

Alkisahnya, siang tu, he's in the pink of health. Gelak2, main2, gurau2 semua. Takde tanda2 dia demam pun, just flu sket. Flu ni pun dah lama sebenarnya. On off gitu. So I expect nothing. Pulak tu he's wearing bee constume that makes him look sooo adorable! Semua org kata kiyut giler. Mak dia dah kembang habih kembang bila one of relative said that he looks like me! Wakakakaka!

Malam tu, kat rumah mak aku, kitorang sibuk ngemas baju2 my late father. He got a lot batik shirts! Semua baju2 still in a good condition. Lipatan kemas lagi tu. Siap ada paper celah2 lipatan baju. According to my mum, my late father sent all his shirts to Kamal Dobi and he pay monthly basis. Kelas tak ayah aku??? So... banyak lah baju2 dia yang kitorang duk try. Even my dear hubby got 3 shirts. Meriah gak lah masa tu sebab baju late 70s, tau2 lah fesyen dia cemana. Pakat duk gelak sakan.

Pas tu, aku siapkan Iqmi, nak tido. Masa tido tu, dia cam tak selesa. Aku igt sebab hidung dia tersumbat. So, aku ngan dear hubby sedut hingus dia guna penyedut tu. Meronta2 dia sambil menangis tanak kasi. Terpaksa kitorang pegang kuat2 nak sedut hidung dia tuh. Then, ok... sambung tido.

Kul 3.30, dia merengek. Rasa cam panas sket kepala dia. Hubby turun dapur gi amik ubat. Aku still sapu2 hidung dia. Sekali tengok dia cam menggigil. Aku dah panik. Pesal ni? Terus aku angkat turun ke dapur gak tunjuk kat hubby. Terus dia amik Iqmi then basahkan kepala. Dia suh cari asam jawa nak rendam towel. Tapi harammm aku tak jumpa! Biarlah dulu asam jawa tu, kitorang bagi ubat demam dulu. Lepas tu, hubby suh aku naik bilik amik sapu tangan nak basahkan and letak kat kepala dia. Masa aku kat atas, tetiba hubby naik. Dia suh siap, nak gi hospital. Tangan Iqmi dah biru and dia menggigil2. Aku dah nangis2 sambil panggil mak aku. Mak aku lak cakap, dia sejuk ni, suh selimutkan. Aku tengok mata, takut terbeliak ke atas, tapi alhamdulillah. Mata dia ok.

Berdesup kitorang gi hospital. Tapi thank god, ada klinik 24 hours tepi jalan. Terus hubby stop keta. Kebetulan doktor tgh merayau2 depan kaunter klnik dia. Terus bawak masuk bilik rawatan. Lepas cek semua kena cucuk kat punggung. Iqmi nangis. Tapi kejap je. Kemudian merengek2 balik. Tapi seems that he's ok then. Dr pun cakap la takde apa2 cuma jangan bagi kena demam lama2. Dia igt kitorang tak bawak gi klinik bila anak dah demam lama lah tu. Terus aku cakap, baru malam ni dia demam. Aku pun malas nak cakap lebih. Asal anak aku sihat, ok lah. Cakap lah dr nak cakap apa pun.

Lepas amik ubat, balik rumah. Siot je nurse situ tulis nama Iqmi - Nik Ismail Haqimi. Ceh! Habih nama anak aku!

Kat umah, kitorang basahkan towel, then letak kat kepala dia. Dia pun dah tak menggigil. Syukur sangat. Tapi kitorang memang tak tido sampai subuh. Risau sungguh! Alhamdulillah. He's recovering. Esoknya dah tak aktif dah. Diam je. Banyak tido sebab asyik makan ubat. Nestum pun tak lalu nak makan. Sib baik dia still nak breastfeed.

Serik wooo kena pengalaman cam ni. Tanak lagi lah jadi cam ni anak mama ekkk. Pleaseeee sesangat. Siyes aku takoott! Moga2 ni lah kali pertama dan terakhir!!!

Selamat Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya to all muslims. Well, kitorang balik KB on Fri, kul 11 pagi. Lepas mandikan Iqmi, take our breakfast, then we went off. Jalan quite ok. Tak jammed, tapi keta banyak. Ok lah. Sampai rumah PIL around 7 lepas berenti makan, solat kat Kuala Krai. Kat rumah PIL, hubby's elder sister and brother were there with their family. Meriah gak lah.

Raya haji kali ni just went well. My PIL tak korban pun, but my mum did. So at PIL house, tak bz sangat, just taking pictures activity as usual. Pagi tu MIL buat nasi dagang. Aku just bancuh air je. Menantu takleh harap! Hahahaha...

Balik rumah my mum, here we go. Sibuk giler duk uruskan hal daging mendaging. Ada ek ayat tu? Hehehe... Semua my siblings were at mum's house except Mc Yah - ada kursus on 9th to 13th and Hamdi - his wife takleh cuti.

Agak banyak jugak daging my mum dapat, around 12 kilos, compared to my aunt +- 6 kilos. So, hari tu kitorang masak daging goreng, daging bakar, sup tulang. Semua berasaskan daging. Pemandangan biasa di hari raya haji la kan... Tu pun perut ngan hati lembu tak masuk menu. Dah banyak sangat. Tak larat nak makan pun. Giler bz ngan daging semua tuh, dekat maghrib baru bleh makan. Fuhhh... mentekedarah la. Apa lagi!

Raya ke-2, MIL buat rumah terbuka. Tak ramai join since tak war2kan. MIL tak larat. Pas tu, kitorang gi beraya rumah makcik hubby. Dia hidang sup gear box tuuu. Aku tak reti makan benda alah ni, but dear hubby 2 kali ceduk! I just have daging dendeng and kuzi ayam with bread. At last... jumpa jugak benda lain selain daging. Asyik daging sejak semalam, naik jemu aku!

Thursday, December 4, 2008

Balik kampung - naper ni???

Today is my last day working before raya haji. Lama gak aku cuti. 5 - 15 hb. Campur Sat Sun and public holiday dalam 10 ari gak arr. Raya sakan tuh.

So, we plan to go back to our hometown early2 in the tomorrow morning gitu. Tatau lah bila exact timenye. Tgk bangun kul berapa. Biasa lah... ada anak kecik ni, rancangan selalunya tergendala manjang.

But, entah lah... hatiku cam kureng sedap nak balik kali ni. Dunno why. Rasa excited tu takde compared to balik Raya Posa tuari. Naper ekkk??? Ni yang aku tak suker ni... Hati pun berdebar2 je. Jangan lah ada apa2 yang buruk berlaku. Mintak jauh sesangat. Mintak2 everything goes just fine. Mungkin ni mainan perasaan ku je... Insya Allah! Insya Allah! Insya Allah!

Actually, my school's alumni is planning a reunion for ex-students this 7 Dec. Rasa cam nak join, tapi kang aku sorang je batch aku yang pegi, mamposss duk sengih2 sorang. Siot arrr. Tapi based on discussion dalam our group, ada yang nak gi. FYI, penaung alumni kitorang ialah YM Tengku Amalin Aisyah Putri. Ye... ye... anak sultan kelantan tu. Memang dia skolah kat skolah aku nu, but since she is our junior, rasa cam tak best je. Hehehe...poyo je aku ni. Tengok la dulu cemana. Kalo tergerak hatiku nak join, aku gi lah intai2 dulu. Kut2 ada geng satu batch, aku lepak. Kalo cam sayuuuupppp je, aku blah ar. Hehehehe

Tapi yang tak bestnya, camera aku still kiok! Selalu lupa nak bwk repair. Nampak gayanya, kitorang ber'cameraless' lah raya haji tahun ni. Aiseh... takleh aku nak berposing maut. Tak pe arr... baju raya pun recycle raya posa ari tu. Baru sekali pakai pun... Tak basi lagi.

Ok lah... for those yang balik kampung jugak utk sambut raya korban ni, berhati2 dijalan raya. Baca doa, selawat. Jangan galoks sangat. Semoga kita selamat balik kg, selamat balik kl balik nanti. Insya Allah.

Wednesday, December 3, 2008

Lunch date with Mc Rose

Dr Rosmaliza and me

Pesal aku rajin mengapdet hari ni? Takde keja ke? Silap aarrr... keja banyak wooo. Tapi rasa terlebih rajin gak. Sementara keja tak leh nak proceed, aku proceed ngan keja yang sungguh bermanfaat ni. Hehehehe....

Actually, dah lama aku lunch ngan my schoolmate ni. I guess 2 weeks ago. Tapi tak sempat2 nak citerkan. Alkisahnya, kawan aku ni laki dia keja kat sebelah kompeni aku. So, she always hang out around the area with her husband whenever she's free. Jumaat hari tu, dia call aku ajak aku join lunch sekali. Dengan happynye aku accept the offer, dah org nak banjer kan. Rugik woo tolak.

Mc Rose ni doktor kat Hospital Selayang. Ramai gak kawan aku jadi doktor ekkk. Sure bangga cecikgu yang ngajar dulu. Aku jugak yang hampeh. Well..last sekali minah ni jumpa around 2 years back... rasanya. Masa tu kitorang gi main bowling kat Sunway Pyramid and she's pregnant her 2nd baby.
So, quite a lot of story we've talked about. Dari cerita cemana dia kawin sampai keja skang. Baru aku tahu minah ni kawen family arrangement. Ada lagi stail tu skang ni ekkk. Well, knowing her since our secondary school, she's really nice girl. Rajin dan pandai. Budak baik lah katakan. Bukan cam aku ni yang selalu ulang alik kena panggil masuk bilik disiplin. Hehehehe...
To Mc Rose, thanks for your treat. Len kali banje aku lagi, tapi tempat best sket arr... hahahaha... demand siott

Entry seksi

Wakakaka... siot je tajuk. Saja je sebenarnya, aku nak tempek gambar bogel anak2 ku. Hampeh je mak derang kan? Ada ke sebarkan gambar bogel anak dalam blog. Memang kijammmm! Wakakakaka... anak aku...sukati aku la...


Ni budak malas mandi, kena gertak nak kasi gambar bogel kat awek baru kalut...



Ni budak suka sangat mandi. Berguling2 dalam bath tub tu. Opss...sensored sket

Itu saja gambar blue dihari ini. Yang bawah umo...syuuhhh...syuhhh... main jauh2. Hahahaha...

Tuesday, December 2, 2008

Mari ponteng keja...

Best tak? Kalo masuk meeting pagi, then petang balik terus. Best kan? kan? kan? That's happen to me yesterday. Pagi ada meeting kat Putrajaya, ding dong ding dong, around 1 jugak habih meeting. Campur ngan take the refreshment sekali. Tu pun sib baik Penolong Pengarahnya mood baik. Kalo tak, habih... dusyummmm kena segala jenis kick.

So, abih meeting duk diskas2 nak balik opis ke tak? PM kata dia tak masuk sebab sakit kepala. Sakit manjang mamat tuh. So, aku ngan gedik nya tanak masuk gak. Tapi, kena prepare surat, update reference number suma. Huwaaaa... malas tul. So, end of story, aku suh je Kak Ayu tolong bagi surat and update all those things. Settle!

Sblm balik, makan2 dulu kat Secret Recipe. PM banjer koooo. Nyesal aku tak taram habih2. Aku bedal brownies je sebab dah kenyang lepas makan mihun masa meeting tadi.

Balik rumah, dear hubby got no paper today, so we went to catch a movie. I really want to watch TWILIGHT as it got a good reviews. So, tengok citer tu la. Best gak! Giler macho hero dia. Ngan aku2 sekali cair. Hahahahaha. Tapi siyes! Memang macho habih! Hensem siot. Terbuai2 aku ngan kemachoan nya. Wakakaka

Lepas tgk, dear hubby mula pasan dia cam si Edward si hero tuh! Hampeh je... Dia tu memang... semua hero cam dia!!! Yang aku tengok, rambut dia je sama. Tu pun kes nak jaga ati. Hehehehe... Yang lain... sipi2 je. Ntah kena tak tidak. Hehehe... dun worry... you're always my hero dear!!!